Gaya Hidup

Maryam Younarae Kongsi Sebab Pilih Islam, Yakin Pertolongan Allah SWT

Share

Personaliti media sosial Maryam Younarae menyifatkan Islam sebagai antara anugerah terbesar dalam hidupnya selepas melalui pelbagai pengalaman yang menguatkan keyakinannya terhadap pertolongan Allah SWT.

Menerusi satu hantaran di Threads, Maryam berkongsi perbualan ringkas bersama rakannya dari Korea Selatan yang bertanya mengenai kepercayaannya sebagai seorang Muslim.

“Borak dengan kawan dari Korea, tiba-tiba dia tanya, ‘Sekarang awak memang betul-betul percaya Islam?’ Saya terus jawab, ‘Yes’,” kongsinya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai kerana memperlihatkan bagaimana perjalanan hidup seseorang mampu mengukuhkan keyakinan terhadap agama yang dianuti.

Maryam Younarae Yakin Allah Sentiasa Ada

Menurut Maryam Younarae, keyakinannya terhadap Islam lahir selepas dia melihat kembali perjalanan hidup yang telah dilaluinya.

Terlalu banyak perkara yang dianggap sukar dan mustahil akhirnya dipermudahkan. Pengalaman tersebut membuatkan dirinya semakin percaya bahawa pertolongan Allah SWT sentiasa hadir pada waktu yang paling tepat.

“Bila saya fikir balik, terlalu banyak benda dalam hidup saya yang saya rasa tak mungkin jadi kalau tanpa pertolongan Allah.

Sebab itu saya percaya Allah sentiasa ada,” luahnya.

Bagi Maryam Younarae, setiap nikmat, peluang dan kekuatan yang dimiliki bukan berlaku secara kebetulan. Sebaliknya, semua itu merupakan tanda kasih sayang dan rahmat Allah SWT dalam kehidupannya.

Kepercayaan tersebut turut menjadikan dirinya lebih tenang dalam menghadapi cabaran hidup serta lebih menghargai setiap rezeki yang dikurniakan.

Maryam Younarae Pilih Islam Dengan Hati Sendiri

Lebih menyentuh hati, Maryam Younarae menegaskan bahawa keputusannya untuk terus berpegang teguh kepada Islam bukan disebabkan paksaan atau pengaruh daripada sesiapa.

Sebaliknya, pegangan itu lahir daripada kehendak dan kesedaran dirinya sendiri untuk menjalani kehidupan dengan lebih bermakna serta sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.

“Dan sebab tu saya ikut Islam. Bukan sebab orang suruh, tapi sebab saya nak hidup dengan rasa syukur atas semua nikmat yang Allah dah bagi,” katanya.

Luahan itu membuktikan bahawa perjalanan spiritual setiap individu adalah berbeza. Ada yang mengenali agama melalui keluarga, pengalaman hidup, ujian mahupun rasa syukur terhadap nikmat yang diterima.

Buat Maryam, Islam bukan sekadar identiti, tetapi menjadi panduan hidup yang membantunya mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menghargai setiap kurniaan yang diterima.

Maryam Younarae Syukur Dikelilingi Sahabat Yang Memahami

Dalam perkongsian sama, ibu kepada dua orang anak itu turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi sahabat yang mahu memahami perubahan dan kehidupan baharunya.

“Yang paling saya bersyukur hari tu adalah kawan-kawan saya yang betul-betul nak memahami kehidupan saya sekarang,” ujarnya.

Menurutnya, sokongan daripada sahabat yang menghormati pegangan dan pilihan hidup memberi kekuatan untuk terus istiqamah tanpa berasa terasing.

Persekitaran yang positif juga memainkan peranan penting dalam membantu seseorang menjalani proses pembelajaran agama dengan lebih yakin dan tenang.

Perjalanan Hidayah Yang Memberi Inspirasi

Kisah Maryam Younarae menjadi inspirasi kepada ramai bahawa hidayah adalah satu perjalanan yang sangat peribadi. Ia tumbuh melalui pengalaman hidup, keyakinan serta rasa syukur yang mendalam terhadap setiap nikmat yang dikurniakan Allah SWT.

Sumber :  Threads

Related Post
Published by
Nana