Penggunaan MSG boleh mengurangkan kadar penggunaan garam. Malah pengurangan garam di dalam makanan merupakan salah satu “Key messages” di dalam Malaysian Dietary Guidelines 2010.

Sumber gambar: Foodzyladelivery
  • MSG ialah monosodium glutamate iaitu sejenis aditif makanan yang dibenarkan di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sebagai penambah perisa.
  • MSG merupakan produk hasil gabungan daripada sodium dan asid glutamik (glutamic acid).
  • Glutamik asid merupakan salah satu daripada non-essential amino acid (amino asid yang boleh dihasilkan oleh badan manusia) dan boleh dijumpai secara semula jadi di dalam sayur-sayuran seperti tomato.
Sumber gambar: Ms.Dr Deramus

MSG tidak dilabel sebagai toksin malah MSG dibenarkan penggunaannya di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985. MSG juga boleh diambil secara terkawal. Umum tahu, MSG berfungsi untuk meningkatkan rasa umami (savoury taste) bagi sesuatu makanan. MSG juga diklasifikasikan sebagai GRAS (Generally Recognized as Safe) oleh Food and Drug Administration (FDA).

Tambahan pula, Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA) di dalam laporannya menyatakan tiada Acceptable Daily Intake (ADI) yang spesifik untuk MSG apabila digunakan di dalam penyediaan makanan. Namun, perhatian serius perlu diberikan apabila MSG diambil di dalam kuantiti yang banyak, lebih-lebih lagi penggunaan MSG dan aditif makanan yang lain untuk kanak-kanak.

IKLAN

Persepsi tentang MSG yang dikatakan boleh menyebabkan rambut gugur atau gemuk harus diubah. Punca seseorang itu menjadi gemuk, mempunyai berat berlebihan ataupun keguguran rambut adalah kerana pemakanan yang tidak sihat (unhealthy diet), seperti pengambilan makanan tingi lemak dan gula dan, kurang melakukan aktiviti fizikal dan stress.

IKLAN

HERBA PENGGANTI MSG

IKLAN
Sumber gambar: Bake With Yen

Penggunaan rempah dan herba semula jadi di dalam penyediaan makanan berpotensi untuk menggantikan MSG. Namun, ia berbalik kepada aspek pemakanan yang sihat dan seimbang. Sebagai contoh, mengurangkan penggunaan dan pegambilan garam di dalam makanan.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI