Demam, batuk, selsema atau apa sahaja sakit badan pasti akan melambat pergerakan seharian kita. Emosi juga akan terganggu, serba-serbi tidak kena bila jatuh sakit. Persekitaran juga membuat kita menjadi tidak selesa. Kalau diingat semula tiada pula salah makan yang boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Mungkin anda terlepas pandang tentang isu kebersihan, bukan setakat kebersihan dalam menyediakan makanan. Jangkitan kuman dan bakteria penyebab penyakit juga boleh merebak melalui barang peribadi dan kelengkapan rumah. Walaupun dipandang bersih, rupanya terdapat banyak bakteria akibat sikap kita yang malas dan tidak ambil berat tentang konsep sebenar kebersihan.

Ini barang yang wajib anda tukar atau bersih setiap kali guna….

#1 Berus Gigi

Pakar pergigian mewajibkan kita semua menukar berus gigi setiap tiga bulan. Bulu berus yang sudah lama boleh membahayakan kesihatan gusi dan gigi. Selain itu, ia juga telah memerangkap banyak bakteria hasil persekitaran dalam tandas. Bayangkan berus yang anda untuk membersih gigi dikeliling bakteria udara dari mengepam mangkuk jamban.

IKLAN

#2 Tuala 

Siapa pernah pakai tuala sampai jadi hitam? Tuala sebenar wajib ditukar selepas tiga atau empat kali diguna. Pada mereka yang jarang sekali menukar tuala, mudah mendapat jangkitan kuman pada kulit. Hijabista cadangkan anda untuk membasuh dan menukar tuala setiap minggu. Jangan pakai tuala yang sama yang kondisinya sudah lembik dan berbau!

#3 Cadar Katil Dan Selimut

IKLAN

Balik kerja, tak mandi terus henyak badan ke katil. Cadangan untuk menukar cadar, selimut dan bantal adalah setiap seminggu atau dua minggu. Jika anda mempunyai masalah jerawat pada muka ia berkemungkinan dari bantal tidur anda. Penyebab bau badan boleh datang dari cadar dan selimut apabila anda berpeluh semasa tidur.

#4 Langsir & Karpet

IKLAN

Biasanya langsir dan karpet ditunggu bersih setahun sekali, ada orang langsung tak pernah tukar langsir dan karpet. Apatah lagi membasuhnya. Bayangkan berapa banyak bakteria yang tinggal didalam sekeliling anda? Paling mustahak jika anda mempunyai langsir di bahagian dapur, kesan menumis, mengoreng pasti terlekat di langsir. Ambil masa untuk menghantar langsir dan karpet anda ke dobi sekurang-kurang 6 bulan sekali. Kalau nak jimat? Sental sendiri!

#5 Kipas

Jika anda selalu terbersin, gatal-gatal kulit dan selesema, cuba lihat kipas.. Sah! Berhabuk dan sudah berat untuk berpusing. Jangan tunggu lama untuk membersih kipas anda, kalau anda malas untuk basuh, boleh bersih dengan menggunakan tisu basah, lap sahaja.

Selamat beramal sis dan jangan malas-malas ya!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI