Semakin meningkat usia, semakin berkurang tahap metabolisme badan. Oleh itu, usah jadikan faktor usia anda sebagai penghalang untuk anda bergiat aktif seperti berusia 20-an.

Sumber gambar: Medgadget

Bukan sahaja dengan pengambilan supplement, namun rutin harian yang sempurna juga turut menjadikan anda lebih muda dari usia! Nak tahu rahsianya? Jom baca!

Sumber gambar: Mikhail

30 Minit Sudah Tidak Memadai

Sekiranya sebelum ini anda selalu bersenam selama 30 minit sehari dan ia berkesan untuk mengekalkan bentuk badan anda walaupun anda tidak menjaga pemakanan. Tetapi setelah umur mencecah 30an, anda perlu menggandakan tempohi senaman anda kepada 45 sehingga 60 minit selama empat kali seminggu untuk hasil yang lebih memuaskan.

Kardio Tidak Membantu Anda Kurus

IKLAN

Jika sebelum ini berjalan dengan pantas atau joging boleh membuatkan anda kurus dengan cepat, kini ia sudah tidak memadai lagi. Selang-seli senaman kardio dengan mengangkat berat kerana hanya dengan cara ini tahap metabolisme anda kekal aktif serta membantu anda kurus dengan cepat di samping dapat membina otot.

Sumber gambar: Ron

Bersenam Dengan Berterusan

Setelah anda membina otot tetapi tidak mengamalkan senaman secara berterusan, pada usia 30-an, otot anda akan kurang beratnya di mana ia akan menjadi lebih kecil dan menggeleber. Lebih memeningkan kerana apabila ini terjadi, lemak akan mudah terbentuk di sekeliling otot walaupun anda merasakan yang anda menjaga pemakanan anda. Jadi, jangan sesekali berhenti bersenam!

IKLAN

Bersenam Dengan Betul

Lebih baik sekiranya umur anda sudah mencecah 30-an, janganlah anda memilih senaman yang terlalu ekstrem kerana walaupun anda mahu membina otot untuk meningkatkan tahap metabolisme, anda perlu menjaga sendi dan tulang anda juga. Sekiranya anda ke gimnasium, dapatkan khidmat nasihat jurulatih di situ. Ataupun anda boleh memilih senaman yang sesuai seperti Yoga atau pilates yang sememangnya ada tenaga pengajar untuk memantau anda.

IKLAN

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI