Memiliki bentuk badan yang langsing dan menawan memang menjadi idaman ramai wanita. Ada yang sanggup mengeluarkan bajet yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing dengan potongan badan ala model.
Sebenarnya selain menggunakan cara moden, anda juga boleh mengamalkan cara tradisional dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Ia bukan sahaja tiada kesan sampingan namun dalam masa yang sama dapat menjimatkan perbelanjaan harian anda.
Berikut perkongsian Azwani Muzammel via Masak Apa Hari Ni (MAHN) tentang cara-cara membuat jamu untuk mengempiskan perut serta melangsingkan tubuh. Paling penting jamu ini hanya mengguakan bahan-bahan boleh di dapur sahaja.
Petua ini boleh diamalkan oleh kaum wanita dan juga lelaki. Petua mudah ini untuk kempiskan perut dan untuk kurus. Khasiatnya juga dapat mengeluarkan angin degil dan menghalang lemak terkumpul serta melancarkan pencernaan.
Ia baik juga untuk melancarkan darah uzur bagi kaum wanita. Malah dapat membantu menyihatkan dalaman dan luaran. Dan juga menjadikan awet muda jika diamalkan secara konsisten. InsyaAllah.
CARA MEMBUAT JAMU ASAM KUNYIT:
BAHAN-BAHAN:
3 inci kunyit
1 inci halia
Segenggam asam jawa
2 sudu gula melaka/ gula kabung
Sedikit garam
*boleh ikut citarasa
CARA MEMBUAT:
1. Halia dan kunyit ditumbuk dalam lesung batu. Boleh juga dikisar.
2.Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan juga air asam jawa yang sudah diramas.
3.Didihkan. Tapis dan saringkan. Boleh diminum dalam keadaan suam.
Mudah sahaja untuk membuatnya. Boleh juga diolah rasa ikut kesesuaian kita. Diamalkan mengikut keperluan pengamal.
HIJABISTA: Apa-apa jua petua perlulah diamalkan secara konsisten barulah ia menampakkan hasil. Memang cara semula jadi agak mengambil masa namun kesannya berpanjangan.
Sumber kredit: Azwani Muzammel via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI