Siapa yang tak kenal dengan pereka duo ternama Rizman Ruzaini yang sinonim dengan rekaan-rekaan hebat. Jenama ini sering menjadi pilihan golongan kerabat, VVIP serta artis-artis tersohor tanahair.
Rizman Nordin dan isterinya, Nurida Suraya dianggap sebagai pasangan sepadan dan sweet! Anak mereka, Rizqaa yang kini berusia tiga tahun sangat comel dan adoreable!
Tak sekadar itu, penampilan mereka juga sering menjadi tumpuan. Setiap busana yang disarungkan oleh sang isteri dan anak adalah hasil rekaan suami sendiri. Bertuahnya!
Nurida Suraya Mohd Suhaimi atau lebih mesra disapa sebagai Suraya berusia 33 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.
Suraya merupakan lady boss kepada Rizman Ruzaini Beauty dan Rizman Ruzaini Cosmetics.
Ads
Suraya dianggap sangat bertuah kerana selain bergelar isteri kepada pereka fesyen tersohor Malaysia, setiap penampilannya dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki dijaga rapi oleh Rizman.
Sebab itulah Suraya sentiasa tampil stunning dengan rekaan-rekaan sang suami. Begitu juga dengan penampilan si comel Rizqaa.
Ads
“Saya sebenarnya seorang yang simple dan tak suka melaram. Anak pun tak semestinya kena matchy dengan Mommy. Selalunya Rizman akan sediakan apa yang sesuai untuk dipakai oleh saya dan Rizqaa.
“Rizman mereka pakaian kami mengikut keperluan dan pada setiap kali perayaan. Saya amat bersyukur memiliki suami yang tidak pernah penat untuk menggayakan saya dan Rizqaa.
Sebagai suami juga, Rizman seorang yang sangat memahami dan sentiasa mengutamakan kebahagiaan keluarga.
Ads
Saling bertolak ansur, memahami dan sentiasa mencuba membaiki kelemahan masing-masing adalah tunggak utama keharmonian rumah tangga mereka.
“Terima kasih buat suami yang sentiasa menyokong saya untuk menjadi seorang yang lebih baik setiap hari. Terima kasih sayang!” luah Suraya buat suami tersayang.
RAHSIA CANTIK & SIHAT
“Saya amalkan pemakanan sihat di samping melakukan aktiviti sihat lima kali seminggu.
“Selain mengambil suplemen dan RR Beauty, minum air putih serta rehat secukupnya antara rahsia kekal sihat saya,” jelas Suraya.
Kredit Foto: Instagram @nuridasuraya @rizmanruzaini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berpeluang berkunjung ke Tanah Suci memang menjadi impian kebanyakan muslim. Bukan semua dapat peluang menjejakkan kaki ke sana bagi mengejarkan umrah atau haji. Pada waktu ini, pelakon dan penyanyi terkenal, Marsha Milan Londoh sedang menunaikan umrah bersama suami dan keluarga tercinta.
Tersenyum menyambut tahun baru yang pastinya akan memberikan kegembiran berterusan buat kita. Namun ada juga momen tahun lalu yag sukar kita kikis dari ingatan. Antaranya adalah menyaksikan beberapa selebriti yang mendirikan rumah tangga. Dan sebagai ‘public figure’ pastinya penampilan mereka di hari bahagia turut diperhatikan peminat atau netizen. Walau apa jua rekaan yang digayakan, yang pasti menggambarkan cita rasa setiap pasangan.
Jom kita intai penampilan selebriti paling menyerlah dan cukup diingati netizen di hari bahagia mereka. Masih lagi mengekalkan ciri santun sama ada untuk majlis pernikahan atau resepsi.
Admin paling suka stail fesyen digayakan Tunku Tun Aminah dan juga Izara Aishah. So classy, bukan?
Baju kurung tradisional lipat lengan digayakan Tunku Aminah memang sangat menarik perhatian. Lebih istimewanya baju yang dipakai Tunku Tun Aminah itu telah direka oleh beliau sendiri, manakala fabriknya pula direka oleh ibu saudaranya, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Lebih menarik busana ini ditenun oleh banduan di Penjara Penor, Kuantan Busananya cukup ringkas namun menyerlahkan kejelitaan Tun Tun Aminah di hari bahagianya.
Walaupun dikecam kerana dikatakan busana nampak besar dan layahnya agak kejung di majlis pernikahannya, tetapi penampilan Izara tetap memukau. Lain daripada yang lain hasil rekaan Datuk Rizalman Ibrahim. Gayanya sangat ‘classy’ dan busana di majlis resepsi juga sangat wow idea duoRizman Ruzaini. Solekan anggun menyerlah kejelitaan Izara.
Menggayakan kurung moden di hari pernikahannya. Memilih rona putih dengan perincian sangat kemas. Juliana Evans memang sangat cantik seperti Barbie Doll dengan solekan nipis yag dikenakan di wajahnya.
Semuanya perfect tetapi solekan Bella pula dikecam netizen kerana menampakkan sisi tua. Namun dress labuh rona putih cukup santun digayakan Bella dan kelihatan sangat menawan. Sama juga ketika majlis resepsi menyarung persalinan tradisional dengan pemilihan rona terang. Satu lagi ketika majlis resepsi di Jakarta Bella bemilih rekaan dres jumpsuit yang lain dari lain.
Sesuai dengan karektor Ummi Nazeera, persalinan yang digayakan olehnya di majlis pernikahan dan perkahwinan juga sangat sweet. Rona pastel serta terang jadi pilihan kedua mempelai. Wajah Ummi juga mendapat sentuhan jurusolek terkenal, Saidatulnisa Aminudiin. Paling suka melihat persalinan kurung moden kain bertingkat digayakan di majlis perkahwinannya.
Kalau orangnya sudah cantik, pakai apa sahaja tetap cantik. Pelakon berdarah pan Asian ini memilih persalinan putih untuk pernikahan. Sedondon dengan suami tersayang. Tanpa solekan tebal, kejelitaan wajah Siti Saleha begitu menonjol dengan persalinan putih dan dia memilih songket pula di majlis resepsi.
Menjadi Ratu Jawa di majlis pernikahan menjadikan Mawar Rashid lain daripada yang lain. Pasangannya juga turut menggayakan penampilan sama. Cuma untuk majlis resepsi, Mawar memilih dress moden dengan sentuhan feather di bahagian skirt. Sememangnya bekas finalis Dewi Remaja ini berjaya mencetus kelainan di majlis perkahwinannya.
Isteri kesayangan Sharnaz Ahmad ini cukup cantik sekali di hari bahaginya. Kakak kepada Neelofa ini bijak memilih dres dengan rekaan sederhana tetapi tetap menyerlahkan kejelitaaanya tika bersanding di sebelah suami tersayang.
Juga menamatkan zaman bujangnya tahun ini bersama penjaga gol pasukan JDT. Mia Ahmad begitu cantik sekali di hari perkahwinanya. Mengadakan beberapa majlis dan menyarung beberapa persalinan rona pastel menjadikan gayanya berbeza untuk setiap majlis. Cukup berpadanan dengan hijab yang dipakai.
Pelakon kecil molek in sekali lagi berkahwin dengan pelawal Jep Sepahtu. Walaupun majlis diadakan secara tertutup, tetapi Sari Yanti tetap kelihatan comel sekali. Dia dan Jep sedondon dalam persalinan serba putih. Solekan bersesuaian menyerlahkan lagi kejelitaaan wajah Sari Yanti di hari penuh bersejarah buat kali kedua dalam hidupnya.
Perhiasan kemas merupakan satu perkara yang disukai wanita. Siapa yang tidak suka jika boleh menyarungkan perhiasan kemas tambah-tambah lagi jika ia dihasilkan dari emas atau berlian. Namun harganya yang mahal membuatkan tidak semua orang mampu membeli.
Oleh itu terdapat banyak cara yang dilakukan oleh segelintir pihak, sebagai contoh membeli emas secara ansuran. Perhiasan kemas boleh diambil dan dipakai dahulu dan bayarannya dilakukan secara bulanan.
Namun menurut pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Dalam huraian yang lebih terperinci penerangan dilakukan supaya kita lebih memahami isu ini. Jom kita fahami apa sebabnya pembelian emas secara ansuran haram dalam Islam.
Asalnya, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan sama ada hendak membeli secara tunai mahupun hutang.
Namun begitu, apabila suatu urusniaga tersebut melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.
Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, m/s 81)
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Musnad Ahmad (10/120)
Sebahagian ulama antaranya Ibn al-Qayyim Rhm. mengulas hadis di atas bahawa ia menjadi tunjang utama dalam mualamat yang melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam jual beli. Hal ini walaupun tidak disebutkan secara jelas namun dapat difahami berdasarkan senario yang berlaku bahawa terdapar dua hasrat yang ingin dicapai oleh kedua-dua penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)
Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja. Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan harta lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.