Trik Pakai Tudung Satin Tak Senget & Nampak Cantik Syawal Nanti. Rahsianya Terletak Pada Sebatang Jarum!

Share

Seperti juga dunia fesyen terutama dalam pembikinan pakaian yang mengetengahkan pelbagai tema, hijab juga turut mengalami evolusinya yang tersendiri. Selain selendang dan juga tudung bawal, apa yang dapat diperhatikan trend tudung terkini, penggemar lebih suka menggayakan tudung empat segi dari fabrik satin. 

Dengan pelbagai corak sama ada floral, abstrak, geometri, lukisan tangan ataupun travel around the world, memang tudung jenis ini paling hit masa kini. Sangat sesuai digayakan dengan baju polos tanpa corak yang mampu menyerlah seri penampilan seseorang.

Pastinya hijab jenis ini menjadi pilihan hijabi untuk menggayakannya di pagi Syawal. Memang terletak cantik di atas mahkota dan membuatkan penampilan kelihatan sangat ‘on point’ sambil merai lebaran bersama tersayang.

Namun begitu, bukan mudah sebenarnya tudung fabrik satin ini mahu terletak elok di atas kepala. Kalau tidak kena gaya memakainya, tudung boleh jadi senget dan akan membuatkan mood kita jadi tak tentu arah.

Maklumlah sebagai wanita berhijab, penampilan yang sangat dititikberatkan adalah pemakaian tudung selain riasan diri.

Hijabista berkongsi trik mudah dari Peñata Gaya Hijab Popular, Didiyana Ehsan yang memberi tip berguna bagi memastikan tudung satin yang dipakai terletak cantik dan tak senger di kepala.

Menurut Didi, kunci utama bagi pemakaian tudung satin seperti ini adalah perlu tahu kedudukan untuk meletak jarum peniti yang sesuai.

Letak di bahagian tertentu supaya hijab terletak cantik di atas mahkotamu. Jadi selepas ini, hijab satin digayakan tidak bergerak hingga boleh menganggu konsentrasi dirimu sepanjang beraya di rumah saudara mara atau kenalan.

Selain Neelofa selebriti lain yang gemar menggayakan hijab dari fabrik satin adalah Sherry Ibrahim, Mira Filzah, Vivy Yusof dan juga Bella Dally.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI

 

 

IKLAN