Kecantikan

Tolak Nasi, Makanan Bergula & Senaman, Cara Diet Zulin Aziz. Berjaya Turun 10 Kg Dalam Sebulan

Share

Pelbagai cara dilakukan seseorang untuk menurunkan berat badan agar kekal langsing dan boleh menggayakan apa jua pakaian yang disukai. Lebih-lebih lagi jika mereka itu di kalangan public figure yang perlu tampil cantik setiap masa.

Untuk menurunkan berat badan, ada yang memilih mendapatkan rawatan pakar dan ada juga yang menggunakan cara alami. Zulin Azin yang juga pernah menjadi penyampai radio Suria FM sudah mampu tersenyum kerana boleh menggayakan kebaya yang disukai.

Zulin telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg menerusi kaedah konvensional iaitu bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat.

Dalam satu temu bual bersama MH Online, pelakon mendedahkan dia kurus selepas mengamalkan senaman dan diet. Manakala daripada segi pemakanan pula, Zulin cuba mengelak dari makan nasi dan makanan yang mengandungi gula sebagai membantu mempercepatkan proses pengurangan berat badan.

“Alhamdulillah saya masih dalam proses mengurangkan berat badan. Antaranya diet=diet saya kongsikan ialah saya vegetarian sebenarnya, tapi kadang-kadang saya ‘cheat’ juga makan nasi.

“Saya selalu amalkan vegetarian 14 hari dan saya diet seperti biasa. Of course saya tak makan nasi dan makanan yang mengandungi gula, Cuma makan buah epal, kacang, salmon dan benda rebus sahaja, ujarnya.

Selain itu, Zulin juga memastikan melakukan senaman dan dia juga menyertai kelas Muay Thai. Katanya dia mahu terus mendapatkan badan yang diimpikan dan paling penting kekal sihat.

Menurutnya lagi, kalau kurus cantik tetapi berpenyakit juga tiada gunanya. Jadi biarlah kurus, sihat dan cantik.

Jadi sesiapa yang nak menurunkan berat badan tanpa pengambilan seberang pil kurus, boleh cuba amalkan cara diet Zulin Aziz yang kini memang nampak semakin anggun dan jelita. Kini dia berazam untuk menurunkan lagi berat badannya kepada berat ideal.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZULIN AZIZ

Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

IKLAN