Tolak Dress Moden, Kaka Azraff Pilih Sarung Kebaya & Angkat Tema Melayu Klasik Di Majlis Pernikahan. Cantik!

Share

Malam tadi menyaksikan penyanyi bersuara unik, Kaka Azraf atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 29 tahun, selamat diijab kabulkan bersama pasangannya Adam Azriff di kediaman sebelah perempuan di Klang. Apa yang menariknya pada majlis akad nikah itu, telah mengangkat tema Melayu Klasik apabila penyanyi ini tidak memilih dress moden sebaliknya mengenakan baju kebaya klasik yang cukup cantik dan menyerlahkan lagi aura pengantin baru.

Menyarung baju kebaya klasik dari rona putih krim ini digayakan bersama aksesori seperti cucuk sanggul dan juga gelang tangan serta kaki dari Tangsitujuh serta solekan cukup sempurna yang menyerlahkan lagi kejelitaan Kaka Azraff.

Malah netizen turut memuji penampilan Kaka Azraff malam itu hasil sentuhan jurusolek Juliana Nazar seperti seorang Perempuan Melayu Terakhir.

Macam perempuan Melayu terakhir

Cantik macam cerita zaman dulu, unik & klasik

Sementara itu pasangannya Adam Azriff juga turut mengenakan baju Melayu rona sama lengkap bersamping dan juga songkok.

Dalam majlis berkenaan Kaka dan suami menzahirkan rasa syukur mereka pada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa restu serta ucap selamat dalam meraikan penyatuan kasih mereka.

Menyingkap kisah percintaan pasangan ini, Kaka memberitahu dia mengenali rapat jejaka berasal dari Kuala Lumpur itu sejak setahun lalu dan mula menjalin hubungan cinta kira-kira tiga bulan lalu.

Malah Kaka turut mendedahkan dia yang melamar Adam selepas merasakan teman lelakinya itu menepati ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan pasangan hidup.

Hijabista ucapkan tahniah dengan perkahwinan ini dan moga keduanya kekal bahagia till jannah.

Lagi Foto-foto Menarik Sepanjang Majlis:

#1. daymefahme Breathtakingly beautiful! Congratulations kaka

#2. wanighazali_ simple tapi cantik sangat

#3. 1408eena Kebaya ni mmg cntk n klasik..

#4. dianabadura Classic + moden = elegent

#5. yleosyahira Tahniah Kaka & husband. Semoga bahagia hingga ke Jannah. Kaka cantik sgt! Pelamin cantik! Semua cantik

#6. ieta_ibrahim Suka baju dia cntikkkk ringkas tpi nmpak cntik..

KREDIT FOTO: INSTAGRAM KAKA AZRAFF

IKLAN