Tok Ti Teruja Aafiyah Akan Dapat Kawan Kerana Tya Arifin Bakal Lahirkan Anak Perempuan

Share

Menantikan kehadiran insan baru yang bakal lahir ke dunia ini merupakan momen yang sangat mengujakan bagi sebuah keluarga. Debarannya pasti terasa kerana kehidupan kita pasti akan berubah 360 darjah. 

Pelakon, Tya Ariffin juga sedang menghitung detik bagi melahirkan anak keduanya. Jika sebelum ini dia merahsiakan jantina anak yang bakal lahir, kini tidak lagi apabila dia memuat naik video disaat dia mengumumkannya kepada ahli keluarga menerusi instagramnya.

Ia sememangnya satu kejutan buat mereka sekeluarga dan nampaknya Dato Seri Siti Nurhaliza begitu seronok sekali kerana Siti Aafiyah bakal mendapat kawan untuk bermain sekali!

“Mak Iti Teka Baby Girl!”

Netizen juga turut mengucapkan tahniah buat Tya sekeluarga kerana bakal menerima seorang puteri yang bakal menyerikan lagi hidup mereka.

 

 

kredit: instagram @tyaarifinnw

IKLAN