Bila kali terakhir kali sis membersihkan bantal yang sis gunakan setiap malam? Kebanyakan orang lebih memberii perhatian untuk kebersihan sarung bantal berbanding bantal itu sendiri.

Hakikatnya, kita lupa bahwa kebersihan bantal juga sangat penting. Tidak dapat dinafikan kita hany sering menggantikan sarung bantal sedangkan bantal yang tidak dibersihkan boleh menjadi ‘sarang’ kuman yang menggelikan. Bukan sahaja debu, kulat,pijat, sel kulit dan banyak lagi kotoran melekat pada bantal.

Meskipun dibalut sarung bantal, pada dasarnya, bantal tetap perlu dibersihkan. Oleh sebab itu, mulai sekarang, biasakan diri untuk rajin membersihkan bantal yang biasa kita pakai setiap malam.

KESAN BURUK JIKA BANTAL TIDAK DIBERSIHKAN
Bantal yang tidak dijaga kebersihannya, boleh mempengaruhi kesihatan. Mereka yang alah dengan debu dan habuk akan mula terganggu kesihatan mereka.

Mereka yang memiliki kulit sensitif juga perlu membersihkan bantal dengan kerap. Jika dibiarkan, ia akan membuatkan kulit menjadi merah dan gatal-gatal.

IKLAN

Kita menghabiskan 1/3 dari seluruh kehidupan untuk tidur. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan persekitaran tempat tidur bersih terutamanya bantal.

Bantal sebenarnya ada sisa sel kulit, air liur , kelumumur dan pelbagai jenis bakteria dan kulat. Sel kulit yang tertinggal dibantal adalah makanan hama dan kutu kecil

Selepas makan, kutu dan hama ini akan meninggalkan najis. Sisa tinggalan hama inilah yang akan menyebabkan gejala alahan seperti selsema, batuk dan bersin.

IKLAN

Sebab itu sarung bantal sepatutnya perlu ditukar setiap 1-2 minggu sekali dan perlu dibasuh (jika boleh basuh) setiap 6 bulan.

Jemur bantal dibawah cahaya matahari panas juga berkesan untuk membunuh segala bakteria dan membuat hama yang bersarang lari. Bau bantal juga akan lebih segar selepas ia dijemur seharian.

IKLAN

Jika anda ada masalah jerawat, sarung bantal perlu ditukar lebih kerap. Ia akan mengakibatkan outbreak jerawat yang lebih serius jika anda terus menggunakan sarung bantal yang sama.

Sama seperti baju yang dipakai, bantal juga perlu dicuci menggunakan kaedah cucian tangan. Cara mudahnya, anda boleh mencuci bantal dengan air panas dan serbuk/cecair pencuci yang lembut.

Namun sebaik-baiknya, anda disarankan untuk menggantikan bantal setiap dua tahun sekali.

Sumber kredit: Facebook Public Health Malaysia

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI