Tip Pilih Warna Tudung Jika Baju Polos & Kain Bercorak, Barulah Tak Nampak Macam ‘Langsir’

Share

Pemilihan warna hijab yang tepat dengan warna pakaian amat penting bagi memastikan kestabilan dari segi penampilan. Oleh itu amat penting bagi memastikan warna hijab yang dipilih mempunyai ‘intonasi’ yang senada dengan pakaian yang disarung ke tubuh.

Apabila terlalu banyak warna yang ‘disumbatkan’ dalam satu penampilan maka tentulah ia akan menyebabkan penampilan seseorang itu kelihatan ‘carca marba.’

Maka sebab itulah bagi memastikan penampilan kelihatan ringkas dan tidak keterlaluan dengan sogokkan pelbagai warna, sedikit ilmu tentang penampilan perlu ada pada setiap hijabi.

Berikut perkongsian Puan Mary tentang cara-cara memilih warna tudung untuk disesuaikan dengan warna pakaian.

Bagaimana memilih warna tudung jika baju polos dan kainnya bercorak?

Saya kongsikan di sini tip ringkas:

Cara 1: Pilih warna tudung yang sama warna dengan baju cuma berbeza kadar kecerahan atau kepekatan warnanya.

Ini boleh dilihat pada contoh paling kiri sekali di dalam gambar berikut. Tudung yang dipilih adalah berwarna biru lembut di mana baju berwarna biru yang lebih pekat.

Cara 2: Gunakan warna neutral kerana warna neutral padan dengan hampir semua warna yang lain. Contoh warna neutral ialah kelabu, coklat, putih, hitam.

Penggunaan warna neutral ini boleh dilihat pada contoh di tengah dan paling kanan sekali di dalam gambar berikut.

Selamat mencuba!

Moga dengan perkongsian ini para hijabi semua mendapat panduan tentang bagaimana untuk menjadikan penampilan diri lebih menarik.

Sumber kredit: Puan Mary

IKLAN