Jika mahu memilih kaca mata tidak boleh sebarangan, lagi-lagi untuk hijabi. Kalau tidak sesuai dengan wajah, penampilan anda akan jadi pelik. Lebih-lebih lagi berhijab, banyak yang perlu dititikberatkan supaya cantik dan on point bila dipandang yang penting muka tak nampak pelik dan tudung pun tak kembang.
Apabila kita memakai hijab boleh mengubah bentuk wajah, jadi secara automatik kaca mata yang dipilih harus disesuaikan dengan betul. Kaca mata ialah aksesori yang akan tampak jelas di wajah, malah memberi efek yang berbeza terhadap imej si pemakai. Untuk itu, anda wajib tahu apa tip memilih kaca mata mengikut bentuk wajah, sesuai dengan hijabi seperti anda.
Tip yang pertama
Ads
Kenal pasti wajah anda, sama ada berbentuk bujur, petak, hati, segitiga ataupun bulat. Ini kerana setiap bentuk muka memerlukan frame atau bingkai kaca mata yang berbeza.
Tip yang kedua
Ads
Selepas sudah mengenal pasti bentuk wajah anda, sekarang anda boleh sesuaikan mengikut frame dan bingkai kaca mata seperti di bawah:
Wajah bentuk bulat: Selalunya berpipi ‘chubby’, oleh itu anda perlu memilih bingkai yang berbentuk bersegi panjang dengan sudut yang tajam
Ads
Wajah bentuk bujur: Mereka yang berwajah bujur atau ‘oval’ bebas untuk memilih bentuk frame apa saja, anda sangat bertuah jika memiliki bentuk wajah bujur!
Wajah bentuk petak: Mereka yang berwajah petak sesuai memilih frame berbentuk oval, bulat dengan tepi melengkung, atau bersegi panjang
Wajah berbentuk Hati: Mereka yang mempunyai wajah berbentuk hati lebih sesuai memilih bingkai berbentuk cat eyes,yaitu bingkai yang lebar di bahagian atas dan menyempit di bahagian bawah, dan berdiameter tebal
Wajah berbentuk Segitiga: Mereka yang berwajah segi tiga boleh memililih kaca mata yang memiliki sudut melengkung atau oval.
Selepas anda praktikkan tip ini, pasti penampilan anda berkaca mata lebih wow dan menarik perhatian siapa sahaja yang memandang !
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika orang lain bertemu hidayahnya ketika sudah menginjak usia dewasa, tetapi bagi penyanyi bersuara unik, Wani atau nama sebenarnya NurSyazwani Selamat, seawal usia 12 tahun sudahpun memakai hijab. Dia memakainya kerana menurut arahan ibu bapa selain ia adalah hukum yang wajib diturut bagi seorang wanita. Biarpun masih kecil, tetapi Wani tetap utuh dengan pendiriannya hinggalah kini setelah bergelar penyanyi.
Menurut Wani yang mula dikenali dengan lagu Alhamdulillah duet bersama Juzzthin, ibunya yang juga seorang Ustazah mengajar dia untuk memakai tudung ketika bersekolah dalam darjah enam.
“Oleh kerana waktu itu masih kecik, jadi ada sekali dua kejap buka kejap pakai. Tetapi bila masuk tingkatan 1, Wani sudah mula berhijab sepenuhnya.
“Biasalah masa tu budak kecil bila pakai ada rasa rimas tetapi pada masa sama kita kena belajar untuk bertudung secara sempurna. Ummi juga selalu pesan supaya kekal istiqomah dan tidak buat main-main apabila sudah berhijab,” ujarnya.
Tambah Wani juga dulu masa mula-mula berhijab, dia juga pakai tudung agak singkat, tetapi lama kelamaan cuba melabuhkan hijab yang dipakainya agar memenuhi tuntutan yang disyariatkan.
“Masa itu Wani masih belum jadi artis lagi. Wani mula berkecimpung dalam bidang seni selepas habis SPM. Wani sign kontrak dengan syarikat pengurusan FMC selepas bakat dicungkil di laman youtube.
“Walaupun sudah bergelar artis, Alhamdulillah Wani tetap istiqomah berhijab. Tidak ada pula berdepan dugaan supaya Wani buka tudung. Istiqomah ini juga disebabkan faktor orang sekeliling seperti sepupu dan juga kawan-kawan yang kebanyakannya juga berhijab.
“Wani akui sangat selesa dan rasa selamat dengan berhijab. Dengan berhijab kita rasa tdak ada risiko yang membahayakan (insya-Allah) selagi kita pandai jaga diri. Bagi Wani Islam itu agama yang cukup indah kepada semua insan,” jelas Wani lagi yang menggemari gaya yang ‘simple’ untuk pakaian seharian.
“Tetapi ada kalanya ikut mood juga. Kadang-kadang suka pada gaya elegan seperti penambahan manik pada baju yang digayakan. Warna pula Wani sukakan pastel yang memang sesuai dengan usia Wani.
“Untuk tudung pula, Wani ikut mood. Bawal boleh, selendang pun boleh. Tetapi paling senang untuk Wani gayakan adalah seledang kerana ada awning yang boleh buat ia terletak cantik di kepala.
“Wani sebenarnya tdak berapa gemar tudung instan kerana muka jenis bulat. Kadang-kadang tudung instan jenis ikut bentuk muka,” ujarnya yang turut mengakumi Neelofa yang juga menjadi idola buat semua wanita berhijab untuk bijak bergaya.
Dia juga menolak tanggapan jika berhijab itu menyebabkan penampilan seseorang itu seperti ‘kampung’, kerana menurutnya berhijab juga sebenarnya masih boleh bergaya cantik.
“Banyak fesyen lain yang boleh kita cuba. Misalnya ada palazzo dan blaus yang menepati gaya wanita Muslimah.
“Wani juga tidak selesa untuk menggunakan khidmat perunding imej kerana takut depan dikata cantik tetapi dalam hati kita sebenarnya tidak selesa dengan imej yang ditampilkan.
“Wani lebih selesa dengan cara begini. Tersendiri dan bersederhana sudah memadai. Jika mahukan pendapat tentang fesyen, biasanya Wani akan minta pandangan Ummi. Kalau Ummi kata tak sesuai Wani tak akan memakainya,” cerita Wani lagi.
Menurut penyanyi yang baru berusia 21 tahun ini, dia juga turut mengambil kesempatan membantu keluarga berniaga sempena Ramadan ini di Batu Pahat Johor.
“Setiap tahun memang keluarga Wani berniaga di situ. Wani akan membantu keluarga yang menjual makanan seperti Chicken Chop dan Ayam Penyet.
“Allhamdulillah setelahbergelar artis, sambutan lebih menggalakkan. Malah Wani jiga gunakan medium sosial untuk mempromosikan bisnes keluarga ini.
“Sejak keluar dari program Gema Gegar Vaganza musim lalu, follower di instagram juga makin betambah,” jelasnya yang masih lagi menuntut di Open Universiti di tahun akhir sebelum mengakhiri perbualan.
Wani atau nama penuhnya NurSyazwani Selamat ditemui ketika Majlis Pelancaran Kempen ‘Girang Syawal Tiba’ di Mydin Subang Jaya baru-baru ini.
Dalam majlis berkenaan, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Ameer Ali MYdin berkata kempen ini bertujuan menyediakan pengunjung dengan pakaian raya dengan harga yang rendah berkualiti tinggi.
“Kami di Mydin menyediakan koleksi baju raya dengan harga yang rendah dengan kualiti yang cantik bagi membolehkan golongan yang berpendapatan rendah bergembira di hari raya di samping peraduan dan aktiviti menarik yang telah dirancang.
“Mydin juga telah mengeluarkan lagu hasil kerjasama dengan FMC Music yang berjudul Girang Syawal Tiba,”katanya pada sidang media.
Girang Syawal Tiba 2018 ini juga akan menampilkan koleksi-koleksi baju raya Mydin yang pelbagai dengan jenama Mikayla untuk pakaian wanita dan Mikhail untuk pakaian lelaki yang diperagakan oleh model dan artis-artis terkenal tanah air seperti Haqiem Rusli, Zoey Rahman, Tajul, Sissy Iman, Ernie Zakri dan Wani.
Tidak kiralah sudah berapa lama kita berumah tangga, pasti ada sedikit pertelingkahan dalam perkahwinan yang dibina. Bergaduh itu tak salah, Cuma janganlah dipanjangkan.
Jadilah seorang isteri yang baik, solehah dan sentiasa menurut kata-kata suaminya. Jika masih tidak tahu bagaimana caranya, ikuti perkongsian 48 himpunan nasihat yang diberikan oleh pakar motivasi, Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah. Insya-Allah rumah tangga dibina kekal ’till’ ke jannah.
Dalam hal ini, seorang isteri itu patut mengalah jika berlaku salah faham antara keduanya. Tidak ada gunanya terus terusan bermasam muka kerana isteri perlu tahu syurga itu terletak pada tangan suaminya. Jom semak pesanan Dr Fadzilah Kamsah yang senang dan muda untuk diikuti. Cuma no 23 tu kalau tak reti boleh belajar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Pastinya ramai wanita yang amat menitikberatkan penjagaan wajah. Kadang-kadang dalam sebulan pasti habis banyak wang. Namun hijabi tahu tak dengan kos yang murah, anda pun boleh cantik! Bukan sahaja murah, malah buat sendiri sahaja di rumah.
Membersih wajah adalah salah satu aktiviti yang wajib dilakukan setiap hari untuk memastikan kulit wajah sentiasa sihat dan terhindar daripada pelbagai jenis masalah kulit seperti kusam, berminyak dan berjerawat.
Kulit cerah, licin tanpa cela menjadi idaman semua wanita. Bahkan, ramai yang sanggup berhabis duit pergi ke salon kecantikan atau menggunakan produk mahal untuk mendapatkan kulit yang ‘glowing’ dengan cepat. Namun hijabi tahu tak ada cara lain yang boleh anda cuba dengan bahan semulajadi untuk mendapatkan kulit yang berseri ni?
Salah satu caranya adalah dengan eksfoliasi. Eksfoliasi membantu menanggalkan sel kulit mati dan pengumpulan kotoran lain yang boleh menyumbat liang roma dan menyebabkan jerawat, serta membantu kulit kelihatan lebih cerah dan licin.
Cara terbaik untuk eksfoliasi wajah adalah dengan skrub semulajadi. Kebanyakan orang menganggap kopi hanya sebagai minuman pagi, namun ia juga boleh digunakan sebagai bahan eksfoliasi.
Menurut healthline, skrub kopi dan gula ialah cara terbaik untuk eksfoliasi dan membuat kulit jadi lembut dan licin. Kafein dalam kopi membantu menegangkan kulit, manakala gula membantu mengelupas sel kulit mati. Berikut adalah diantara manfaat scrub kopi dan gula:
Scrub kopi dan gula ialah eksfoliasi semula jadi yang membantu menanggalkan sel kulit mati, menjadikan kulit lebih lembut dan licin, serta kedutan dan jeragat kurang kelihatan. Scrub gula kopi boleh membantu meningkatkan peredaran dan keanjalan kulit.
Scrub gula kopi adalah cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang berseri. Penggunaan serbuk kopi, minyak dan gula secara konsisten boleh memperbaiki penampilan kulit anda dengan meremajakannya dan memberikannya cahaya segar.
Kopi adalah sumber antioksidan yang kaya yang membantu melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kulit. Scrub gula kopi juga meningkatkan aliran darah dan membantu melindungi kulit yang rosak akibat matahari serta memperbaiki penampilan bintik-bintik gelap atau hiperpigmentasi.
Menggunakan scrub gula kopi untuk kesan regangan(stretch mark) mempunyai banyak manfaat. Kopi membantu menanggalkan sel kulit mati yang terkumpul pada kulit dan menjadikan kesan regangan kurang kelihatan.
Bahan:
Campurkan semua bahan supaya tekstur scrub tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah. Hijabi boleh memindahkan scrub ke bekas kedap udara dan simpan di tempat yang sejuk dan kering.
Seterusnya, gunakan scrub pada lengan, kaki dan muka anda sekali atau dua kali seminggu. Caranya, tuangkan 1-2 sudu besar scrub ke dalam tapak tangan. Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 45-60 saat. Bilas apabila anda selesai.
Mungkin terdapat sisa berminyak pada kulit selepas itu. Anda boleh mencucinya dengan sabun, atau membiarkannya untuk membantu melembapkan kulit. Jangan lupa untuk menggosok kulit dengan berus kering terlebih dahulu karena ia akan mengeksfoliasi dan merangsang aliran darah serta membuat scrub menjadi lebih berkesan semasaandamenggunakannya.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.