Ramai wanita menggunakan bedak asas dalam solekan harian. Walau bagaimanapun berapa ramai wanita yang tahu secara tepat kod ton atau jenis bedak asas yang sesuai dengan kulit wajah?

Dalam hal ini, sangat penting untuk mengetahui jenis bedak asas yang sesuai bagi membolehkan sapuan tepat dilakukan pada wajah. Dalam masa yang sama juga ia dapat mengelakkan penampilan kelihatan janggal, kulit wajah nampak kelabu, terlalu gelap atau terlalu cerah.

LIMA TIP PEMILIHAN BEDAK ASAS MENGIKUT WARNA KULIT

Pernah atau tidak anda pakai bedak asas (foundation) tapi nampak kelabu? Sesetengah orang kita lihat mekap sangat tebal. Mesti kita tertanya-tanya kenapa bukan? Jenis kulit dan warna dasar kulit setiap orang berbeza-beza, sebab itu setiap orang memerlukan jenis dan warna bedak asas yang berbeza.

Masalah ini perlu dikhuatiri, kerana jika anda salah memilih jenis dan warna bedak asas, warna kulit wajah anda akan nampak tidak rata, parut hitam tidak tertutup sempurna, atau ia akan membuatkan kulit wajah nampak kusam dan akan naik jerawat.

Oleh itu, kenal terlebih dahulu jenis kulit anda, adakah normal, kering, atau berminyak. Kemudian perhatikan warna dasar kulit wajah anda. Mengetahui jenis kulit dan warna dasar kulit wajah dengan baik akan memudahkan anda untuk memilih bedak asas yang tepat.

Berikut dikongsikan LIMA tip pemilihan bedak asas mengikut jenis kulit anda.

KENAL JENIS KULIT

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Tip pemilihan bedak asas yang pertama adalah anda perlu kenali jenis kulit anda. Setiap orang memiliki masalah kulit tersendiri. Ada yang kulitnya kering, berminyak, normal, dan ada juga yang jenis kombinasi seperti normal cenderung kering atau normal cenderung berminyak. Kebiasaannya bedak asas sudah tersedia khusus untuk jenis kulit anda. Ada bedak asas yang khas untuk kulit berminyak dan ada bedak asas yang khas untuk kulit berjerawat. Hal ini akan lebih memudahkan anda dalam memilih bedak asas yang paling tepat dan sesuai.

IKLAN

PILIH TEKSTUR BEDAK ASAS


Perhatikan juga tekstur bedak asas. Tekstur bedak asas ada yang padat, cair, gel, krim dan serbuk (powder). Tekstur berbeza, fungsinya pun berbeza juga. Berikut adalah jenis dari fungsi-fungsi bedak asas tersebut:

Bedak asas padat
Sangat sesuai digunakan untuk kulit berminyak.

Bedak asas jenis cair
Sesuai untuk kulit kering kerana memberi kesan melembabkan. Walau bagaimanapun bedak asas jenis cair juga sesuai untuk kulit normal dan normal cenderung kering ataupun berminyak. Hal ini kerana formulasinya sangat ringan jika dibandingkan bedak asas tekstur lain.

Bedak asas jenis gel
Sesuai untuk kulit kering dan normal cenderung kering, kerana teksturnya agak seakan sama dengan bedak asas cair. Bedak asas jenis ini sesuai digunakan untuk kulit berjerawat.

IKLAN

Bedak asas jenis krim
Bentuknya sama seperti bedak asas jenis padat, hanya testurnya lebih ‘creamy’ dan lembut. Tetapi ada juga yang bentuknya sama seperti krim. Tekstur bedak asas jenis krim ini sesuai untuk segala jenis kulit, hanya kebiasaannya digunakan oleh mereka yang telah mengalami tanda-tanda penuaan. Ia kerana bedak asas jenis krim sangat bagus untuk menutupi parut hitam.

Bedak asas jenis serbuk (foundation powder)
Agak sama seakan dengan bedak serbuk, kemampuannya melitupi lebih baik daripada bedak serbuk biasa. Tekstur bedak asas jenis ini sesuai untuk mereka yang memiliki kulit jenis berminyak.

KENALI WARNA DASAR KULIT

Photo by Jonaorle from Pexels

Langkah seterusnya dengan mengetahui warna dasar kulit anda, kerana ia akan mempengaruhi warna foundation yang paling sesuai untuk anda. Warna dasar tidak ditentukan melalui warna kulit yang terlihat, seperti lebih terang atau lebih gelap, melainkan dikategorikan menjadi tiga dengan warna pembuluh darah sebagai pembandingnya, iaitu: cool, warm, dan neutral.

Warna dasar kulit cool untuk mereka yang pembuluh darah berwarna biru. Warna dasar kulit warm untuk mereka yang pembuluh darah berwarna hijau. Warna dasar kulit neutral untuk mereka yang pembuluh darah yang tidak terlalu berwarna biru mahupun hijau. Biasanya, jika terdedah sinaran matahari, kulit wajah pemilik warna dasar kulit cool akan terlihat merah muda. Dan untuk pemilik warna dasar kulit warm, warna kulitnya akan terlihat bronze.

IKLAN

PILIH WARNA YANG SEAKAN SAMA

Setelah mengenali warna dasar kulit anda, adakah cool, neutral, atau warm, langkah tip pemilihan bedak asas seterusnya adalah dengan memilih bedak asas dengan warna yang seakan sama atau hampir sama dengan warna dasar kulit anda. Janganlah memilih bedak asas yang warnanya satu tingkat lebih gelap atau lebih cerah dari warna dasar kulit anda, apalagi jika warnanya jauh lebih gelap atau terang. Kerana, jika anda memilih bedak asas yang warnanya jauh dengan warna dasar kulit, ia akan terlihat berbeza dengan bahagian kulit anda yang lain seperti leher dan tangan.

Berdasarkan gambar di atas, jika warna dasar kulit anda cool atau cenderung pucat, maka pilihan warna foundation yang sesuai adalah yang memiliki shade warna pink hingga merah. Jika warna dasar kulit anda neutral, maka pilihan warna bedak asas yang sesuai adalah yang memiliki shade warna coklat natural, pilihan ini sesuai juga untuk kulit sawo matang. Jika warna dasar kulit anda warm, maka pilihan warna bedak asas yang sesuai adalah yang memiliki shade warna kuning hingga coklat muda, pilihan ini sesuai juga untuk kulit gelap.

SAPU PADA KULIT WAJAH

Photo by Amir SeilSepour from Pexels

Sering kali jika anda berkunjung ke kaunter mekap di pusat membeli belah ataupun di kedai kosmetik, anda akan diberikan ‘tester foundation’ pada tangan anda. Hal ini kurang berkesan, kerana warna kulit tangan berbeza dengan warna kulit wajah. Cara yang terbaik ialah cubalah bedak asas secara langsung pada kulit wajah anda.

Apa yang perlu dilakukan ialah sebelum mencuba sesuatu bedak asas ialah dengan menanggalkan/mencuci sedikit mekap di sekitar pipi atau dagu. Setelah itu, sapukan bedak asas secukupnya pada pipi atau dagu yang telah bersih daripada mekap. Anda juga boleh bertanya kepada shop keeper atau lebih baik lagi bertanya pada beauty advisor di sana jika ada. Mereka dapat membantu anda memilih warna bedak asas yang paling tepat dan sesuai dengan warna dasar kulit anda.

HIJABISTA: Gunakan penyamar noda (concealer) terlebih dulu terutama untuk kesan parut, kesan jerawat atau bintik hitam, selepas itu barulah sapu bedak asas supaya seimbang. Sapuan bedak asas yang betul ialah dengan cara ke atas atau menarik ke arah luar kiri dan kanan dan bukan menarik ke bawah bagi mengekalkan awet muda. 

Sumber kredit: Video Make Up MUA Top image: Photo by cottonbro from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI