Sheet mask adalah sejenis topeng dalam bentuk lembaran yang direndam dalam serum atau cecair esen. Sheet mask biasanya menawarkan sifat pelembab tambahan. Tetapi kini topeng lembaran terdapat dalam pelbagai bahan dan khasiatnya sesuai dengan keperluan kulit. Malah topeng lembaran dengan sifat anti-penuaan juga kini banyak didapati di pasaran.

Bagi memastikan kandungan nutrien dalam setiap lembaran sheet mask dapat diserap kulit secara maksimum, amat penting untuk anda mengetahui petua-petua untuk menggunakannya dengan cara yang tepat.

Bolehkah face sheet mask dipakai setiap hari? Sama seperti serum dan produk kecantikan lain, sheet mask tidak boleh menimbulkan masalah pada kulit jika anda menggunakannya setiap hari.

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Menurut ahli dermatologi New York, Debra Jaliman, sheet mask selamat digunakan setiap hari. Namun, dia mengesyorkan agar menggunakan sheet mask seminggu sekali jika kulit mengalami masalah jerawat.

TIP MENGGUNAKAN SHEET MASK DENGAN CARA YANG BETUL:

Pilih Face Mask Mengikut Keadaan Kulit
Pastikan anda memilih sheet mask yang sesuai dengan jenis kulit anda. Contohnya sheet mask dengan niacinamide atau vitamin C untuk kulit kusam, sheet mask yang mengandungi lidah buaya atau lemon untuk kulit berminyak, dan sheet mask yang mengandungi minyak daun teh untuk kulit yang berjerawat.

Simpan Face Mask Di Dalam Peti Sejuk
Untuk pengalaman yang lebih ‘menakjubkan’ ketika memakai sheet mask, simpan sheet mask di dalam peti sejuk sebelum memakainya. Sekiranya digunakan pada waktu pagi, wajah akan terasa lebih segar. Jika digunakan pada waktu malam sebelum tidur, sheet mask akan memberikan kesan yang menenangkan.

Pakai Toner Atau Essence Terlebih Dahulu
Sebelum memakai sheet mask, pastikan kulit anda sudah ‘bersedia.’ Pastikan kulit wajah anda telah disiapkan untuk penjagaan kulit dengan menggunakan essence atau toner terlebih dahulu. Kulit yang kehilangan kelembapan selepas wajah dibersihkan perlu dilembapkan lagi dengan toner atau essence, agar kulit dapat menyerap nutrisi face mask yang dipakai pada kulit wajah dengan lebih baik.

IKLAN
Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Bersihkan Wajah Terlebih Dahulu/Cuci Solekan Pada Kulit Wajah
Sebelum menggunakan sheet mask, pastikan anda membersihkan wajah terutama jika anda memakai solekan. Ia bagi memastikan kandungan nutrisi dapat diserap dengan sempurna oleh kulit wajah tanpa terhalang oleh sisa solekan dan kotoran yang menutup pori-pori pada kulit wajah.

Gunakan Pelembap Selepas Memakai Sheet Mask
Pastikan anda menggunakan pelembap lagi setelah menggunakan sheet mask. Ia bagi memastikan kulit wajah anda kekal lembap.

Berikut antara face sheet mask yang boleh anda cuba pakai. Pastikan anda pakai mengikut masa yang telah ditetapkan. Jangan sesekali bawa tidur hingga ke pagi atau biarkan lembaran sheet mask kering pada kulit wajah.

Garnier Skin Naturals Serum Mask

Sheet mask yang sangat nipis ini diperkaya dengan serum yang mengandungi pelembap ini berupaya memberi penjagaan secara menyeluruh buat kulit wajah anda. Hanya dalam masa 15 minit sahaja, kulit wajah anda akan tampil sihat dan segar tanpa perlu melakukan rawatan kulit secara intensif. Terdapat 3 variasi face mask dari Garnier ini yang boleh dijadikan sebagai pilihan utama anda. Hydra Bomb – untuk kulit kering yang dehidrasi, Light Complete – untuk kulit kusam dan kurang glowing dan Sakura White – kulit tidak bermaya dan tampak keletihan.

IKLAN

Hada Labo Vitamin Face Mask (1pcs)

Face mask ini mengandungi 4 jenis asid Hyaluronik yang berbeza untuk memberi hidrasi dan lembapan serta membaikpulih kerosakan pada kulit dengan berkesan. Terdapat 3 variasi face mask boleh dipilih daripada jenama Hada Labo ini samada Vitamin C, E atau H yang mempunyai fungsi berbeza. Vitamin C dengan kandungan ekstrak Yuzu Seed untuk mencerah dan sekatakan tona kulit. Vitamin E pula mengandungi minyak Almond yang berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi kulit dari radikal bebas. Manakala, Vitamin H dengan kandungan esen Japanese Soy Milk mengekalkan lembapan berpanjangan.

Nivea Extra White 3 in 1 Make Up Starter Whitening Pore Minimizer

Berfungsi 3-dalam-1, face mask daripada Nivea ini mampu mencerahkan kulit anda selepas beberapa kali anda memakainya. Ianya mempunyai 3 efek yang berlainan untuk kulit wajah seperti efek pencerahan yang bertindak untuk membaikpulih kerosakan dan menghapuskan kulit kusam serta menghilangkan bintik hitam dengan kandungan Vitamin B3 dan B5. Gliserin bertindak sebagai agen lembapan yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit. Manakala, efek toner pula melindungi kembali liang pori yang terbuka dengan melakukan pembersihan secara aktif. Kulit anda akan tampil awet muda!

The Face Shop Real Nature Face Mask (1pcs)

IKLAN

Bunga Calendula adalah bunga yang berkembang pada hari pertama setiap bulan. Face mask ini juga mengandungi bunga emas yang digelar ‘Marigold’ yang mewakili warna diraja dan digunakan sebagai wreathes pada zaman Greek Roman. Ianya mempunyai lubang udara untuk memudahkan kulit wajah anda bernafas semasa memakai face mask ini. Dengan memberi lembapan dan nutrisi tambahan buat kulit wajah anda, face mask ini dapat menenangkan kulit sambil melembutkannya. Yang penting, bebas paraben.

Innisfree It’s My Real Squeeze Mask Sheet (1pcs)

Sheet mask daripada Innisfree, salah satu rangkaian produk berjenama terkenal di Korea ini menawarkan rawatan kulit bermasalah serta garis halus untuk mengekalkan lembapan dan mencerahkan. Diperkaya dengan bahan-bahan Jeju Green Complex iaitu Jeju Green Tea, Tangerine, Cactus, daun Camellia dan Orchid. Sesuai untuk semua jenis kulit, ianya dapat mengembalikan keserian pada kulit wajah anda. Tiada lagi penampilan kulit kusam dan tidak bermaya. Anda akan kelihatan segar sepanjang masa.

Secret Nature Soothing Coconut Mask Sheet (1pcs)

Seperti yang anda ketahui, face mask lebih baik dipakai pada waktu malam terutamanya sebelum tidur. Tetapi pastikan anda mencuci kulit wajah terlebih dahulu bagi menghapuskan kotoran yang melekat pada liang pori. Ini kerana jika kulit wajah tidak bersih, keberkesanan face mask tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Face mask ini mengandungi ekstrak kelapa dengan Jeju Complex yang akan mengembalikan kesegaran pada wajah anda sambil melawan masalah kulit kusam dan keletihan. Wajah anda akan tampil segar dan bermaya.

Sumber kredit: Productnation.co Top image: Canva

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI