
Selalunya masalah bagi mereka yang berkaca mata ialah kaca mata ada kesan garis. Keadaan ini tentu membuatkan anda yang berkaca mata berasa kurang selesa kerana rasa seperti pandangan terhalang. Memang ia menjadi satu masalah besar kerana keadaan itu juga boleh membahayakan si pemakai kaca mata kerana boleh menghalang pandangan.
Hendak tukar kaca mata tentulah memerlukan kos yang agak tinggi juga. Sebenarnya ada cara untuk menghilangkan kesan garis pada kaca mata.
Berikut dikongsikan tip untuk menghilangkan garis pada cermin mata atau jam. Caranya mudah sahaja.
1.Ambil kertas tisu sapukan sedikit ubat gigi.
2.Gosokkan pada cermin mata atau jam anda.
3.Kemudian bersihkan dengan tuala kering.
Mudah bukan. Jadi selepas ini tiadalah lagi masalah cermin mata bergaris kerana anda ada cara untuk menghilangkannya.
Tidak lengkap penampilan hijabi yang berkaca mata tanpa solekan. Alasan berkaca mata tidak perlu bersolek bukanlah alasan yang boleh diterima pakai lagi. Jika kena dengan cara solekannya, tentulah wajah anda akn tampil berseri walau anda memakai kaca mata.
Diakui bahawa bersolek untuk hijabi yang berkaca mata bukanlah satu perkara yang mudah. Terutamanya yang rabun dekat. Pasti sukar untuk melihat solekan pada wajah di cermin. Namun, janganlah anda langsung mengabaikan pemakaian sedikit solekan sebelum keluar bekerja atau ke kelas.
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa terdapat beberapa langkah dalam aplikasi solekan mata khas untuk hijabi yang berkaca mata. Ayuh, Hijabista tunjukkan caranya.
1. Fokus kepada mata
Anda mungkin rasakan apabila bercermin mata, anda tidak perlu bersolek pada mata walhal ianya satu kemestian! Apabila terdapat kaca mata yang menghalang pandangan ke arah mata, aplikasi ‘cat eyeliner’ dan juga ‘eyeshadows’ memainkan peranan yang penting. Keduanya mampu memberi ‘nafas’ kepada mata anda di sebalik bingkai kaca mata yang anda pakai.
2. Jangan abaikan kening
Bergantung kepada jenis bingkai kaca mata anda, ia boleh menarik perhatian orang kepada kening anda. Pastikan anda merapikan kening anda dengan menyikat dan melukisnya (sekiranya anda memiliki kening yang nipis dan jarang).
3. Hilangkan kesan ‘indents’
Bingkai kaca mata meninggalkan kesan kepada ‘foundation’ anda. Maka, gantikan ‘liquid foundation’ anda dengan ‘mineral powder’ untuk mengelakkan kesan-kesan ini dari menjadi terlalu jelas.
4. Concealer
Kaca mata meninggalkan bayang pada bawah mata anda, jadi lebih penting untuk anda menutup lingkaran bawah mata dengan ‘concealer’ yang tidak mudah tertanggal. Jangan gusar apabila mahu bersolek bagi hijabi yang berkaca mata. Ia bukan penghalang. Malah, ia dapat menaikkan lagi seri wajah anda yang sudah tersedia berhias dengan cermin mata.
Apabila solekan sudah sempurna pada wajah dan kaca mata sudah lagi tidak ada kesan garisan maka akan lebih terserlahlah aura kecantikan anda.
Sumber kredit: Rosie Zam
Baby Oil Ada Banyak Kegunaan Untuk Kecantikan Yang Penting Bajet & Selamat Diguna

Memiliki kulit wajah yang glowing pasti menjadi idaman setiap wanita. Sebenarnya hanya dengan menggunakan baby oil, anda mampu memiliki kulit wajah yang glowing. Berikut dikongsikan cara penggunaan baby oil untuk mendapatkan kulit wajah yang glowing.
BABY OIL SEBAGAI PEMBERSIH WAJAH
Gunakan baby oil sebagai pembersih wajah. Pilihlah baby oil tanpa alkohol untuk menghindari risiko alahan dan kulit kering. Carilah baby oil yang mengandungi ekstrak almond. Vitamin E yang ada di dalam minyak almond baik untuk mencerahkan dan menjadikan wajah kelihatan glowing.
CARANYA:
Tuangkan baby oil beberapa titis pada kapas wajah dan sapukan pada seluruh wajah.
Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air hingga bersih.
BABY OIL SEBAGAI MASKER
Cara lain untuk membuat wajah glowing dengan baby oil ialah dengan menjadikannya sebagai bahan tambahan pada masker. Baby oil boleh dicampurkan sebagai bahan tambahan pada masker buah untuk memutihkan wajah, seperti buah tomato, avokado, kentang, strawberi, pisang dan sebagainya.
Campuran baby oil pada bahan-bahan masker tersebut dapat membantu memberikan tambahan glowing pada kulit anda. Ia tidaklah memutihkan kulit wajah tetapi ia menjadikan kulit terlihat glowing atau cerah bercahaya.
CARA MEMBUAT MASKER BABY OIL
Belah buah avokado. Ambil isinya. Hancurkan dengan cara ditumbuk atau dikisar. Tambahkan satu sudu makan makan baby oil dan kacau rata.
Bersihkan wajah terlebih dahulu dengan menggunakan air suam dan keringkan. Aplikasikan masker pada seluruh wajah dan leher secara merata. Biarkan hingga mengering sekitar 30 minit. Jika sudah kering, bilas dengan menggunakan air hingga bersih.
BABY OIL UNTUK MENGURUT WAJAH
Cara membuat wajah glowing selanjutnya ialah dengan mengurut wajah dengan baby oil. Ini berguna agar peredaran darah pada wajah menjadi lancar sehingga wajah akan tampak lebih berseri.
Cara penggunaannya mudah sahaja. Bersihkan wajah terlebih dahulu hingga benar-benar bersih. Oleskan baby oil tipis-tipis pada seluruh wajah khususnya pada bahagian wajah yang terlalu kering.
Urut wajah selama 10 minit agar kandungan pada baby oil meresap ke dalam kulit wajah.
Setelah wajah diurut, biarkan wajah selama 15 minit, lalu bilas dengan air hingga bersih. Kemudian bolehlah dilanjutkan dengan pemakaian produk perawatan wajah yang lain.
Inilah beberapa cara efektif menjadikan wajah glowing dengan baby oil yang boleh anda lakukan sendiri di rumah tanpa mengeluarkan belanja yang mahal.
Terdapat beberapa panduan yang boleh diguna pakai untuk membantu kesihatan dan kecantikan kulit secara keseluruhannya. Antaranya:
1. Kehidupan remaja biasanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti luar seperti bersukan dan beriadah. Aktiviti luar boleh mendedahkan remaja kepada cahaya matahari dan debu yang boleh memberi kesan sampingan kepada kulit.
Pada ketika ini, disarankan supaya menggunakan krim pelindung tabir suria ketika ke sekolah atau melakukan aktiviti luar seperti bersukan mahupun beriadah.
2. Melakukan senaman baik untuk kesihatan kulit kerana ia melancar–kan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit.
Selalulah mandi untuk menjaga kebersihan kulit apatah lagi jika kita kuat berpeluh. Kulit yang normal mempunyai nilai pH antara 4.2 hingga 5.6.
3. Sabun tidak memudaratkan kulit, namun jika digunakan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Pilih sabun yang bersesuaian jika mempunyai kulit kering.
Pada masa sama, sapukan bahan pelembap kulit selepas mandi
kerana ia membantu mengekalkan kelembapan kulit. Minyak bayi boleh digunakan untuk kulit yang kering.
Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap manakala jenis kulit sensitif pula, elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit. Kulit juga boleh menjadi kering jika kerap mandi dengan air panas.
4. Salin dan pakai pakaian bersih mengikut keperluan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari bagi menjaga kebersihan kulit.
5. Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya.
Bagi menjaga kulit muka yang berminyak, gunakan penyegar untuk membantu menutup liang roma. Penggunaannya boleh menyebabkan kulit kurang berminyak.
Kulit berjerawat antara masalah yang dihadapi kebanyakan remaja. Jerawat ialah liang roma yang berjangkit dan tersumbat.
Jangan sekali-kali memincit jerawat kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan meninggalkan parut.Gunakan produk penjagaan kulit yang bebas minyak.
Solekan berminyak boleh merangsang pembiakan bakteria di muka dan membuatkan liang roma tersumbat.
6. Di sekelilling kelopak mata pula, sapukan bahan pelembap untuk mengurangkan keradangan kulit mata yang sensitif dan nipis.
7. Selain itu, perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah pengambilan makanan yang sihat. Makanan yang berkhasiat boleh mencantikkan wajah.
Banyakkan makan dari sumber protein, vitamin dan mineral. Kulit akan mendapat manfaat yang besar dengan makanan berkhasiat termasuk lemak yang menyihatkan, protein mencukupi, sayur serta buah.
8. Elakkan daripada merokok atau terkena asap rokok kerana ia boleh menyebabkan kulit cepat berkedut.
9. Minum air dua liter atau sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik.
Sumber kredit: Portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber gambar: 123rf & (top image): lifesavvy.com
Rahsia Cantik Dengan Hanya Makan Buah Limau Mandarin. Hasilnya Memang Menakjubkan!

Kebiasaannya buah limau mandarin sinonim dengan Tahun Baru Cina dengan adanya buah limau mandarin sebagai simbolik. Di Malaysia, semua kaum meraikannya sebagai satu penghormatan kepada masyarakat Cina. Ada juga yang menganggap bulan itu adalah bulan cantik atau bulan vitamin C. Mana tidaknya, limpahan buah oren boleh didapati di mana-mana sahaja.
Anda suka makan limau mandarin atau minum air limau mandarin? Jika ya, artikel ini pasti membuatkan anda gembira. Selain mempunyai rasa yang enak, buah ini ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit.
Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung didalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.
Diet
Bagi mereka yang mahu berdiet, limau mandarin amat sesuai untuk dimasukkan dalam menu diet anda kerana ia mengandungi karbohidrat tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa dan sukrosa.
Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan membantu dalam memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Dengan mengambil sebiji limau mandarin bersaiz sederhana dalam diet harian, anda memperolehi serat makanan kira-kira 30g. Jumlah ini sudah mencukupi keperluan harian tubuh badan (jumlah yang disarankan ialah sekitar 25g sehari).
Antioksidan Yang Sangat Baik
Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen asas dalam pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga dapat membantu dalam proses penyembuhan luka.
Mencegah Anemia Dan Sakit Jantung
Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.
Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.
Pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.
Mencegah Kanser
Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga berperanan dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Limau mandarin merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser. Malah ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.
Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.
Kulit Pun Cantik
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C merupakan agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit sehingga mempercepatkan proses memperbaiki jaringan yang rosak.
Masker Limau Mandarin
Limau mandarin dan lemon mempunyai ekstrak citrus yang berfungsi sebagai antioksidan untuk kulit yang rosak. Mereka kaya dengan Vitamin C dan zink yang akan membantu untuk menghilangkan jerawat. Cara-caranya adalah:
- Kisar 3 sudu besar jus oren segar.
- 2 sudu besar jus lemon dan 1 sudu makan madu.
- Sapukan ini pada wajah anda dan biarkan selama 20 minit.
- Akhir sekali basuh dan lap sehingga kering.
Amalkan setiap hari dan anda akan lihat perubahan pada kulit anda dalam masa beberapa minggu. Anda juga boleh hilangkan masalah kulit lutut serta siku yang hitam dengan menggosokkan jus lemon setiap hari kepadanya.
Cara Betul Makan Limau Mandarin
Nak makan limau mandarin boleh tetapi jika diambil dengan jumlah yang terlalu banyak, ia boleh mengundang kemunculan beberapa penyakit lain seperti sakit tekak, demam, gejala batuk yang teruk dan kemungkinan menyebabkan sakit perut dan radang usus.
Memahami hal ini, Hijabista kongsi cara yang betul untuk makan buah yang kaya dengan vitamin C ini.
- Basuh atau rendam dahulu buah oren. Kemudian barulah makannya.
- Pastikan jari yang terkena kulit oren yang tidak dibasuh itu tidak bersentuhan dengan isi limau yang hendak dimnakan.
- Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau.
Kembalikan Zaman Kanak-kanak Bersama Teman
Ikuti jalan kenangan bersama Sunquick dan ingatlah tentang detik-detik gembira yang dikongsi dengan keluarga dan rakan-rakan sambil minum segelas minuman jeruk yang dahaga. Dicintai dan dipercayai oleh generasi, Sunquick telah menjadi jenama yang tidak asing lagi dalam rumah tangga Malaysia selama 50 tahun. Usaha berterusan untuk melayani penduduk tempatan hanya dapat dicapai melalui sokongan pengedar, Barkath Group.
Sunquick telah menetapkan standard untuk konsentrat minuman berasaskan buah kerana kini tersedia dalam pelbagai rasa buah yang diilhami oleh alam semula jadi oren, mandarin, blackcurrant, mangga, tropis dan rose lychee. Berpegang teguh pada nilai teras mereka dalam mewujudkan momen bersama komuniti, Sunquick mahu pengguna membuat pilihan pintar dalam memilih minuman segar yang sesuai untuk saat-saat gembira bersama keluarga dan rakan-rakan. Jus pekat Sunquick dibuat dengan jus buah sebenar dan bebas dari rasa, warna dan pemanis buatan; dengan serta-merta membekalkan vitamin C.
Ini Tip Diet yang Boleh Anda Ikuti Dan Menu Terbaharu Untuk Hijabi Anti Lapar

Sebagai perempuan, tentu kita menginginkan penampilan yang terbaik. Tidak hanya penampilan, tetapi kita juga harus sihat dan memiliki tubuh yang ideal. Kerap sekali, ketika anda sedang melakukan program penurunan berat badan, sukar sekali mengawal nafsu makan.
Perkara ini akhirnya membuat program penurunan berat badan anda gagal di tengah jalan. 7 tip di bawah ini, boleh anda terapkan jika anda kesulitan menahan nafsu makan. Jom semak!
1. Membuat komitmen pada diri sendiri
Ketika rasa lapar datang, anda harus ingat dengan komitmen yang buat untuk diri sendiri. Jika anda gagal di tengah jalan, tentu anda akan kecewa dengan diri sendiri. Jadi pastikan anda memegang komitmen untuk menjalankan program penurunan berat badan dengan sepenuh hati.
2. Ingat tujuan anda
Jika anda di tengah rasa kebimbangan ingin makan atau tidak, ingat tujuan yang ingin anda capai. Tentu saja tujuan tersebut tidak akan menjadi kenyataan jika anda masih melanggar komitmen anda sendiri.
3. Membuat diri anda sibuk
Dengan memiliki kesibukan, anda boleh mengalihkan rasa lapar. Anda boleh membaca buku, menyelesaikan tugas kuliah atau pejabat, atau melakukan pekerjaan sebagai salah satu bentuk pengalihan agar anda tidak memikirkan makanan. Lebih baik lagi, jika sedang memiliki waktu lapang anda boleh melakukan aktiviti senaman agar tubuh anda semakin sihat.
4. Menghitung kalori makanan
Sebelum anda memutuskan untuk makan makanan, anda boleh menghitung kalori yang terkandung dalam makanan tersebut. Dengan begitu, anda boleh memikirkan jika makanan tersebut anda makan, bererti ada beberapa tambahan kalori yang masuk di dalam tubuh.
Contohnya seperti ini, kalori yang terkandung di dalam satu keping donat sebanyak 452 kalori. Jika anda makannya pada malam hari, tentu saja akan terjadi penumpukan kalori.
5. Minum air putih yang banyak
Sebelum anda makan makanan, anda boleh mencuba dengan meminum air putih terlebih dahulu. Jangan sampai terkecoh apakah memang betul lapar atau hanya ingin makan saja.
6. Makan lebih banyak serat
Dengan makan banyak serat, pencernaan anda akan lebih lancar dan membuat tubuh anda lebih sedikit menyerap lemak. Oleh kerana itu, anda akan merasa kenyang lebih lama. Jadi, mulai saat ini tambahkan sayur, buah atau biji-bijian pada pengambilan harian anda ya,
7. Makan tepat waktu
Sesunguhnya, jika sedang mengurangi berat badan, anda juga tetap memerlukan pengambilan makanan untuk tubuh. Untuk mengurangi keinginan makan yang lebih, anda harus makan tepat pada waktunya. Anda tetap harus sarapan di pagi hari, makan siang pada pukul 12-1 siang lalu makan malam sebelum jam 7. Dengan begitu, keinginan anda untuk makan lebih banyak boleh diantisipasi.
Ada juga menu yang segera terdapat di pasaran tetapi masih mengawal kesihatan anda. Makanan yang mempunyai zat adalah penting dalam plan diet anda. Pesan sahaja menu terbaharu dari subway dengan penghantaran grabfood yang memudahkan dan terjamin sihat.
Bersempena dengan pelancaran menu segar Subway Malaysia dengan 12 ramuan dan rasa serba baru yang mendorong setiap rakyat Malaysia untuk “menemui semula apa yang anda gemari” di Subway. Menu segar mewujudkan keseimbangan antara kegemaran klasik Subway terkenal dan kombinasi rasa baru, seperti “Bulgogi Chicken” dengan keju mozzarella, “Breaded Chicken Cutlet” dengan sos “Spicy Mayo” dan “Smoky Chicken” dengan sos “Hot Pepper”. Ia juga merangkumi keju yang enak, tiga sos baru, sayur campur, serpihan cili, bahan tambahan seperti alpukat dan cendawan cincang; dan bahagian baru macaroni & keju.
Subway Edar Makanan Sihat Untuk Rakyat Malaysia
Setelah mendapat sambutan yang luar biasa sejak awal kempen, Subway Malaysia telah mengedarkan makanan berkhasiat dan lazat kepada masyarakat yang terjejas, termasuk kanak-kanak, orang tua dan penjaga dari Rumah Seri Kenangan Cheras dan Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai YM Selangor, petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh; dan komuniti kurang bernasib baik melalui NGO Pertiwi Soup Kitchen, Kechara Soup Kitchen dan Yellow House KL.
“Terima kasih Subway Malaysia, kerana menjaga kesejahteraan semua orang di masyarakat kita. Ketekunan anda dalam mahu menyumbang sandwic dan minuman Subway menunjukkan kebaikan dan kemurahan hati anda. Para benefisiari sangat menikmati layanan Subway!” Datuk Munirah Abdul Hamid, Pengasas Pertiwi Soup Kitchen berkata.
“Subway Malaysia mempunyai ikatan yang kuat dengan rakyat Malaysia, dan melalui inisiatif pemberian komuniti seperti ‘Discover and Pay Forward’, kami sangat gembira para tetamu dapat menemui semula apa yang mereka gemari tentang Subway sambil membantu kami memberikan kembali kepada komuniti kami yang memerlukan. Bagi pihak pasukan di Subway Malaysia, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyokong kempen ini dan membantu menyebarkan sambutan Hari Raya kepada masyarakat kami,” kata Encik Shariff.
Rakyat Malaysia boleh terus menikmati menu baru yang mengasyikkan melalui makanan dari semua restoran Subway atau melalui penghantaran melalui Foodpanda dan GrabFood. Untuk mengekang penyebaran Covid- 19, Subway Malaysia memastikan kesihatan dan keselamatan semua pekerja dan tetamunya dengan prosedur kesihatan, keselamatan, dan kebersihan tambahan yang sudah ketat.