Photo by Ekaterina Bolovtsova from Pexels

Kulit yang sihat menjadikan aura seseorang wanita itu jelas terserlah. Soal warna kulit itu tidak penting, yang penting kulit sihat dan tampak berseri. Penjagaan kulit yang teratur dengan penggunaan produk yang tepat mampu menjadikan penampilan seseorang itu penuh karisma.

Sebenarnya amalan penjagaan wajah yang bersifat konsisten dan dilakukan sejak dari awal lagi amat penting agar kecantikan kulit wajah kekal terpelihara. Lakukan langkah penjagaan wajah seperti biasa iaitu mencuci wajah, menyegar dan melembapkan wajah seperti biasa kerana ia merupakan asas penjagaan kulit wajah.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Berikut dikongsikan langkah ringkas penjagaan wajah buat mereka yang sibuk..

1. Guna Pelembap Wajah

Amalkan menyapu pelembap kulit setiap hari. Memandangkan banyak produk pelembap di pasaran, disarankan agar berjumpa pakar kulit terlebih dahulu sebelum memilih yang sesuai dengan anda. Lebih elok juga pakai sebelum tidur supaya kulit kekal lembap dan tidak kusam.

Photo by Nika Akin from Pexels

2. Banyakkan Pengambilan Sayur-sayuran Dan Buah-buahan

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandugi beta karoten yang boleh mempercepatkan proses kelembapan kulit. Dan dalam masa sama, ia membuangkan toksin dalam badan dan mengembalikan seri kulit kusam.

IKLAN
Photo by Oleg Magni from Pexels

3. Banyakkan Minum Air

Pengambilan air yang mencukupi juga amat penting untuk pastikan kulit kelihatan berseri. Jika kekurangan air dalam badan akan menyebabkan kulit jadi kering dan nampak tidak bermaya menjadikan anda tampil tua daripada usia. Latih diri minum air 8 gelas sehari untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Photo by Daria Shevtsova from Pexels

4. Lakukan Senaman

Jangan lupa untuk melakukan senaman yang paling mudah dan senang untuk diikuti. Apa yang penting ia boleh mengeluarkan peluh. Apabila tubuh sihat, tubuh badan kembali bertenaga. Sudah pasti segala kerja akan dilakukan dengan penuh bersemangat dan tahap konfiden anda juga pasti meningkat. Jika anda jenis yang rajin bersenam bolehlah bersenam di gimnasium.

Photo by The Lazy Artist Gallery from Pexels

 

IKLAN

5. Sentiasa Memakai Pelindung UV (Sunblock/Sunscreen)

Mengikut pakar kecantikan di spa, mereka menyarankan untuk memakai pelindung UV jika kita keluar rumah. Tidak kiralah kita bekerja di bawah panas terik atau di pejabat. Jadi, janganlah sesekali rasa tidak perlu pakai pelindung UV jika bekerja sehari suntuk di pejabat.

Photo by cottonbro from Pexels

6. Rajin Pakai Masker

Rajin-rajinkanlah diri untuk memakai masker. Disarankan memakai masker sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali seminggu untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. Jika anda rajin, boleh gunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda sahaja seperti tomato, yogurt, lemon dan putih telur. Lebih jimat dan selamat.

Photo by Gustavo Fring from Pexels

6. Skrub Wajah Seminggu Sekali

Lakukan skrub pada wajah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ia amat penting bagi memastikan sel-sel kulit mati pada kulit wajah dapat disingkirkan. Gunakan bahan skrub yang lembut dan tidak terlalu kasar bagi mengelakkan kulit wajah mengalami alahan seperti mengelupas dan sebagainya.

IKLAN
Photo by Dana Tentis from Pexels

7. Hindari Stres

Elakkan stres kerana stres boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Rehatkan minda dengan melakukan aktiviti riadah atau berehat santai untuk mengelakkan stres. Di zaman ini memang normal jika kita stress tetapi cara kita kawal dan kurangkan stres itu adalah paling penting.

Photo by energepic.com from Pexels

HIJABISTA: Kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik tentunya perawatan kulit wajah yang konsisten. Selain itu, amalkan diet dan gaya hidup yang sihat.