Pekat dengan dialek utara mereka dan saling berbalas cakap semata-mata bagi mempromosi dan menjual produk, sudah cukup untuk membuktikan bagaimana komitednya mereka dalam berniaga.
Dengan hanya meletakkan diri mereka sebagai wajah dan pengasas, KEKASIH yang menampilkan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, kian dikenali dan berada di kelas tersendiri.
Satu KEKASIH cukup ke? Itu tagline yang dibawa empat beradik yang cukup riuh dan kecoh ketika megadakan sesi siaran langsung di TikTok. Bukan sahaja cantik tetapi turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Bahkan, mereka bijak dalam mencorak kehidupan masing-masing dan peminat sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan semasa mereka.
Keakraban The Melvins ini tidak dapat dinafikan hingga berjaya mengasaskan KEKASIH yang kini sudah mencecah usia empat tahun di pasaran. Pernah bergelar jutawan muda pada tahun 2020, ternyata Melvin Sisters tetap berusaha mengeluarkan produk-produk tempatan yang berkualiti setanding dengan produk antarbangsa.
Bukan Sekadar Tonton, Beli Dan Cuba
Aktif mempromosikan produk di media sosial, memang sesiapa yang tonton pasti nak cuba. “Itulah yang kami harapkan dari orang Malaysia yang menonton live kami, kena beli dan cuba,” ujar Syatila. Tambahannya lagi, yakin menghasilkan produk tempatan berkualiti, mereka beri jaminan bahan-bahan yang terkandung organik dan tidak membahayakan, sesuai untuk pemakaian perempuan mahupun lelaki.
Ads
Sebagai hadiah kepada peminat dan pelanggan setia mereka, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, KEKASIH muncul dengan rangkaian produk edisi RAYA KEKASIH iaitu kosmetik dan moisturiser.
Mewakili adik beradiknya, Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, edisi raya KEKASIH menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad.
“Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami melancarkan edisi baharu KEKASIH. Edisi ini kiranya berwajah baharu. Edisi ini menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan moisturizer daripada KEKASIH SKIN. Macam kosmetik tu ada empat warna ‘best selling’ yang mana kami keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata, dan pertama kali keluarkan pembayang mata.
Para tetamu diberi set KEKASIH khas edisi RAYA
“Insya-Allah, untuk kedua-dua rangkaian produk ini kami keluarkan antara 50,000 hingga 60,000 unit saja. Jadi, memang terhad. Nama pun istimewa, jadi kami mahu semua pelanggan kena dapatkan segera.
Ads
“Dari segi harga pula, satu pek RM19 dwj paling mahal pun RM69. Dalam erti kata lain, kalau beli semua tak sampai RM100,” katanya.
Salah seorang stokis yang giat mempromosikan produk KEKASIH
Tila dan adik beradik bersyukur apabila jenama KEKASIH terus mendapat perhatian dan sokongan ramai pihak. Menurutnya, resipi terbaik produk mereka kekal di pasaran adalah keberkatan hubungan adik beradik.
“Alhamdulillah, KEKASIH sudah empat tahun. Kelainan kami apa yang saya boleh tekankan adalah hubungan akrab kami adik beradik. Buat apa nak gaduh-gaduh. Ini yang membuatkan orang tertarik dengan kami dan KEKASIH. Macam sekarang kami kerap ‘live’ di TikTok dan orang boleh tengok macam mana mana kami berniaga di situ. Kami bersatu di situ dan itulah kekuatan kami.
Emma Maembong antara rakan selebriti yang hadir
“Mungkin produk dan kualiti sama macam orang lain, tapi sebab hubungan itu kami lain sedikit. Tengok saja kami berempat, orang sudah tahu ia KEKASIH.
Ads
“Dalam masa sama, tak keterlaluan jika dikatakan KEKASIH juga satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik. Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam,” katanya.
Empat tahun yang hebat
Menurut Tila, berada pada tahap sekarang bukan semudah yang disangka.
“Kami juga melalui episod hitam ketika musim Covid-19. Dari situ, ia memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk bangkit dan terus mara ke hadapan. Kami memperbaiki apa yang kurang untuk menjadi lebih baik.
“Pada peringkat awal perniagaan, semuanya lancar saja. Tapi, memasuki tahun ketiga, kami tak boleh terlalu selesa. Kami dah rasa kena betulkan mana-mana yang kurang. Jsuteru, tahun keempat ini, KEKASIH bangkit semula,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sering kita lihat luahan rakan-rakan mahupun ahli keluarga yang memuat naik status di laman media sosial mereka yang mengatakan seperti ‘karma will come‘ ataupun apa-apa yang berkaitan. Tetapi adakah ia wajar di perkatakan sebegitu?
Ramai yang masih terpinga-pinga apabila soal mengatakan hukum karma ini bakal terjadi meski pun ianya adalah kepercayaan agama hindu. Ada perbezaan antara kepercayaan agama yang perlu kita tahu sebelum kita ujarkannya.
Sumber gambar dari Canva.
Buat mereka yang tidak tahu, konsep karma itu sendiri merupakan satu kepercayaan dalam agama hindu yakni ia mempunyai konsep yang sangat berbeza dengan kepercayaan agama Islam. Seperti apa yang kita pelajari sebagai umat Islam, setiap apa yang terjadi di dunia ini adalah kehendak dan kuasa daripada Allah SWT. Kita sama sekali di larang untuk meyakini sebab dan akibat yang bakal berlaku tanpa campur tangan Allah SWT itu boleh jadi suatu bentuk kekufuran.
Meski pun, konsep karma ini telah lama tular di kalangan masyarakat di negara kita terutama sekali yang beragama Islam, kita harus tahu bait-bait perkataan yang di keluarkan itu adalah kena pada syarak. Menurut perkongsian di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, konteks konsep ‘karma’ yang harus umat Islam ketahui dalam agama suci ini adalah “perbuatan setiap manusia sama ad baik atau buruk itu akan di balas oleh Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat berdasarkan apa yang dia lakukan”.
Sumber gambar dari Canva.
Sedikit sebanyak mengenai konsep karma, ia berasal daripada bahasa sanskrit dan punyai asas kepercayaan bagi Hinduisme, Buddhisme dan Jainisme. Konsep ini mula di jumpai melalui teks lama Hindu iaitu Rigveda, dan kemudiannya di kembangkan melalui perbincangan Upanishad. Seperti yang sudah di ketahui semua, Karma membawa maksud ‘perbuatan yang memberi kesan kepada hasil atau keputusan’, yakni memberitahu bahawa apa yang kita lakukan sama ada jahat atau baik, kita juga bakal terima yang sama pada masa akan datang.
Tambahan lagi, karma menurut Hindu, mempunyai tiga, peringkat pembalasan yang terdiri dari sachinta karma (masa yang telah berlaku/karma yang pernah berlaku), parabdha karma (karma yang sedang berlaku/kesan daripada karma yang dahulu) dan agami karma (karma pada masa hadapan yang di tentukan melakui karma yang sedang berlaku). Jadi karma ini juga di nilai sebagai undang-undang pembalasan moral atau juga undang-undang kosmos yang akan membalas setiap perbuatan baik mahupun buruk. Kepercayaan karma ini juga menjafa tindak kawalan serta tingkah laku manusia supaya mereka dapat menambah baik dan berharap agar manusia lebih berbakti kearah kebaikan.
Kita perlu tahu bahawa setiap perkara yang kita percaya bakal berlaku dengan sendirinya dan menghiraukan kekuasaan selain dari Allah SWT boleh membawa kepada kekufuran. Melalui akidah Islam, semua perkara yang berlaku adalah dengan kekuasaan dan kehendak dari Allah SWT. Apa yang terjadi pada alam ini adalah dari kehendak Allah SWT dan semuanya bergantung kepada kekuasaanNya. Begitu juga seperti yang paling senang untuk kita lihat adalah peredaran bulan dan bintang pada paksinya, itu adalah contoh terbesar kekuasaan Allah SWT.
Jika ingin di bincangkan tentang karma ini, ada terdapat konsep yang bercanggah dengan akidah Islam. Melalui agama Islam, ia di yakini bahawa segala perbuatan jahat oleh manusia itu pasti akan ada balasannya sama ada di dunia ataupun akhirat.
Maksudnya:“Kebaikan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan(Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah seperti mana yang kamu ingin, seperti mana yang kamu lakukan kamu akan dibalas.”
Meski pun status hadis ini adalah daif, namun, ia boleh di amalkan dan ambil pengajaran dalam bab fadhail amal di samping maknanya adalah benar. Perkataan الجزاء من جنس العمل yang bermaksud:
‘Balasan itu sesuai dengan apa yang di lakukan.’
Ia banyak di perkatakan oleh ramai ulama di mana anataranya Imam Ibn Kathir, Imam Ibn Qayim al-Jauziyah dan juga Ibn Rajab al-Hambali. Juga terdapat banyak hadis dan ayat al-Quran turut menyebut tentang perkara ini, antaranya:
Maksudnya:“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Bukhari)
Juga melalui Ibn Rajab al-Hanbali ketika menerangkan makna hadis ini berkata:
هذا يرجع إلى أن الجزاء من جنس العمل ، وقد تكاثرت النصوص بهذا المعنى
Maksudnya:“Perkara ini merujuk kepada balasan mengikut kepada jenis amal. Terdapat banyak nas-nas yang menunjukkan kepada makna ini[7].”
Menjadi kesimpulan di sini bahawa hukum karma itu sendiri tidak boleh di pakai dalam agama Islam. Menjadi satu perkara yang wajib bagi setiap umat Islam untuk meyakini bahawa apa yang berlaku sama ada di dunia mahupun akhirat adalah satu kehenda dari kekuasaan Allah SWT. Kepercayaan yang meyakini bahawa sesuatu perkara itu berlaku bukan atas kehendak Allah SWT boleh membuatkan anda kufur.
Ketika anda runsing mencari pembasmi kuman untuk mengelak dari jangkitan virus, tisu basah yang mampu menghilangkan bakteria merupakan salah satu alat penting untuk membersihkan kotoran. Anda boleh menggunakannya untuk mengelap anggota tubuh atau untuk membersihkan barang di sekitar. Jenama tisu basah yang dijual ketika ini pun pelbagai.
Ini cara memilih tisu basah yang tepat untuk menghilangkan bakteria. Anda boleh memilih tisu basah yang mengandung alkohol, yang selamat untuk bayi, hingga yang mudah dibawa. Selamat membaca!
Tisu basah sangat praktik digunakan, baik ketika berada di rumah, di pejabat, mahupun ketika anda beriadah. Tentunya akan lebih praktik jika tisu basah tersebut memiliki kandungan antibakteria untuk menjamin kebersihan. Berikut ini kami akan menjelaskan poin-poin penting yang perlu diperhatikan dalam memilih tisu basah.
Tisu basah secara umum dibahagi menjadi dua jenis iaitu jenis mudah dibawa dan isi semula. Pilihlah tisu basah yang sesuai dengan cara penggunaan dan aktiviti anda.
Ketika anda atau anak mengalami selsema, tisu basah portabel akan lebih sesuai. Jenis ini mudah dibawa dan digunakan setiap kali berada di tempat yang mungkin memiliki banyak bakteria. Anda boleh menggunakannya untuk mengelap bakul ketika berbelanja atau membersihkan meja sebelum anda makan. Selain itu, tisu basah ini juga dapat digunakan untuk membersihkan tangan sebelum makan atau sesudah bermain, terutama jika anda tidak bertemu tempat untuk mencuci tangan.
Biasanya, tisu basah mudah bawa ini memiliki isi antara sepuluh helai hingga tiga puluh helai. Untuk berjaga-jaga, anda cukup membawa pembungkusan berisi sepuluh helai. Namun, apabila akan digunakan untuk pergi makan bersama anak-anak, sebaiknya membawa pembungkusan yang isinya tiga puluh helai.
Jika anda sering membersihkan meja di rumah atau pejabat dengan menggunakan tisu basah, disarankan untuk memilih jenis isi semula ini. Jumlah isi tisu basah untuk jenis ini berbeza-beza, antara enam puluh helai sampai seratus helai. Kerana isinya lebih banyak, jenis ini tentunya lebih ekonomi. Apabila habis, anda hanya perlu membeli isi semulanya.
Terdapat dua bentuk bungkusan tisu basah jenis isi semula iaitu bentuk tabung dan kotak. Bentuk tabung memiliki berbagai kapasiti, bahkan hingga yang isinya seratus helai. Di sisi lain, bungkusan berbentuk kotak lebih mudah dibuka dan ditutup. Agar dapat memilih secara tepat, anda sebaiknya terlebih dahulu mempertimbangkan cara dan frekuensi penggunaan tisu.
Selain itu, ketika ini terdapat banyak tersedia isi semula tisu basah yang disertai seal buka tutup yang sama dengan jenis mudah dibawa. Dengan demikian, anda boleh terus menyimpannya di dalam laci tanpa perlu dipindahkan ke dalam bungkusan tabung atau kotak. Isi semula yang seperti ini juga memungkinkan anda untuk membawanya di dalam beg.
Meskipun sama-sama ditujukan untuk menghilangkan bakteria, sebagian produk tisu basah dibuat dengan kandungan alkohol, sedangkan sebagian lainnya tidak. Anda boleh memilih yang sesuai dengan tujuan pemakaian. Jika ingin membunuh bakteria yang melekat di benda-benda sekitar, gunakanlah tisu basah beralkohol. Gunakan tisu basah non-alkohol untuk membersihkan mulut atau tangan agar tidak mengalami iritasi.
Tisu basah beralkohol mempunyai efek pembasmi kuma yang tinggi sehingga sesuai digunakan untuk membersihkan bermacam-macam barang di pejabat, ruang tamu, dapur, pusat perbelanjaan, atau mainan anak-anak. Anda akan dapat membersihkan barang dalam waktu yang singkat.
Tisu basah non-alkohol aman digunakan untuk kulit sensitif seperti mulut dan tangan bayi. Sambil tetap mempertahankan fungsi sebagai pembasmian kuman, tisu basah jenis ini tidak mengandungi alkohol sehingga lebih selamat digunakan dan tidak menyebabkan kulit kering. Selain untuk anak-anak, tisu basah non-alkohol juga sesuai digunakan di rumah sakit atau untuk fungsi perawatan.
Ada beberapa bahan asal yang digunakan dalam pembuatan tisu basah. Periksalah kandungan bahannya sesuai dengan keperluan pemakaian Anda.
Tisu basah beralkohol biasanya mengandung bahan seperti etanol atau zat antiseptik lainnya. Lalu, tisu basah antibakteria yang tidak mengandung alkohol umumnya menggunakan bahan lain sebagai pembasmi, misalnya ekstrak biji anggur atau zat alami lainnya.
Jika anda menginginkan tisu basah dengan efek pembasmi sangat tinggi, pilihlah produk yang memiliki kandungan alkohol lebih tinggi dibandingkan kandungan airnya. Biasanya, tisu basah seperti ini memiliki bungkusan yang bertuliskan “tisu basah beralkohol” atau “tisu basah pembasmi”. Selain itu, keterangan alkohol biasanya berada di urutan atas pada bahagian ingredients di bungkusan.
Namun, tisu basah jenis ini dapat menimbulkan iritasi kerana kandungan alkoholnya yang cukup tinggi. Berhati-hatilah jika hendak menggunakannya untuk anak-anak atau pada kulit yang mengalami luka.
Jika anda sering lap sekitar jari dan mulut, atau menggunakan tisu basah pada anak kecil, dianjurkan untuk memilih produk yang selamat untuk makanan. Akan lebih baik jika produk tersebut juga tidak mengandung pewangi atau bahan pengawet seperti paraben. Untuk anak-anak yang kulitnya masih sensitif, tisu basah non-alkohol dengan standard food grade ini adalah pilihan terbaik.
Tisu basah adalah produk yang bersentuhan langsung dengan kulit. Oleh sebab itu, anda sebaiknya selalu memperhatikan kandungan yang ada pada produk tersebut.
Tisu basah beralkohol biasanya menggunakan etanol. Selain itu, benzalkonium klorida juga digunakan sebagai salah satu bahan yang merupakan bakteriasida dan antibakteria yang kuat. Ada juga keterangan mengenai ada atau tidaknya PG (propylene glycol) yang tahan terhadap kelembapan mahupun cendawan. Jangan lupa, periksa juga mengenai kandungan paraben sebagai bahan pengawet.
Setiap kandungan yang ada di dalam tisu basah sebenarnya sesuai dengan standard yang ditentukan. Namun, jika ingin digunakan setiap hari, terutama kanak-kanak, setiap bahan harus diperhatikan dengan lebih berhati-hati. Apabila Anda khuawatir, pilihlah produk yang tidak hanya non-alkohol, tetapi juga bebas paraben dan pewangi, serta tidak banyak mengandung zat aditif. Berhati-hatilah kerana terdapat tisu basah yang masih mengandungi 99% air, tetapi baki 1% di dalamnya banyak diisi oleh zat kimia. Untuk itu, periksalah dengan teliti.
Pada umumnya, pengguna hanya melihat suatu produk dari segi harga. Apabila harganya murah, tetapi jumlah isinya terlalu sedikit, bukankah itu tidak menguntungkan? Selain itu, seandainya isinya banyak, tetapi ternyata kualitinya tidak baik, anda akan rugi kerana terpaksa menggunakan produk yang tidak berkualiti.
Apabila anda sering menggunakan tisu basah untuk menghilangkan bakteria, pertimbangkanlah setiap aspeknya, baik kualiti maupun kuantiti.
Tisu basah jenis isi semula terbahagi menjadi produk dengan bungkusan baru dan produk isi semulanya sahaja. Jika tisu basah dalam bungkusan sudah habis, anda tinggal mengisinya dengan produk isi semula. Perbezaan harga antara produk isi semula umumnya tidak terlalu besar. Jadi, poin penting yang perlu diperhatikan adalah saat membeli bungkusan baru. Pertimbangkanlah bentuk bungkusan yang sesuai dengan bekas anda akan meletakkan tisu basah tersebut, serta frekuensi pemakaiannya.
Untuk tisu basah jenis portabel, perbezaan harga di antara setiap produk biasanya cukup signifikan. Ada beberapa produk yang harganya lebih mahal kerana ukuran helaiannya lebih besar, atau kerana terbuat dari bahan yang mesra di kulit. Namun, keuntungan produk yang ukuran helaiannya adalah anda boleh membersihkan area yang cukup luas dengan satu helaian saja.
Sementara itu, untuk membersihkan barang-barang di sekitar anda, gunakanlah tisu basah beralkohol yang kebanyakan harganya lebih terjangkau. Dengan membezakan jenis tisu yang digunakan bergantung tujuan pemakaian, anda dapat memanfaatkan fungsi tisu basah secara maksima dan ekonomi.
Setelah mengetahui cara memilih tisu basah, selanjutnya terdapat rekomendasi tisu basah terbaik yang boleh menjadi pilihan anda dalam melakukan berbagai aktiviti. Berikut ini penjelasannya.
Bertekstur lembut dan tidak akan mencalarkan layar gadget Anda!
Gadget yang anda gunakan sehari-hari amat terdedah terkena kuman dan bakteria. Ertinya, kuman dan bakteria tersebut boleh dengan mudah melekat di tangan. Untuk mengatasi hal tersebut, anda dapat mencuba tisu basah yang satu ini.
Dengan teksturnya yang lembut, produk ini dapat membantu membersihkan gadget anda tanpa membuatnya tergores. Dengan demikian, layar telefon bimbit mahupun kamera anda tentu akan selamat. Tambahan, produk ini memiliki fungsi antibakteria yang dapat mengurangi risiko tumbuhnya cendawan pada lensa kamera anda, misalnya ketika disimpan lama pada kondisi kelembapan yang tinggi.
Tekstur berbeza di kedua sisinya sesuai keperluan pemakaian
Beberapa tisu basah terkadang mudah hancur ketika digunakan untuk membersihkan permukaan yang kasar atau kotoran yang degil. Tidak dengan produk ini!Dua permukaan yang berbeza, permukaan kasar boleh membersihkan barang. Sementara itu, sisi lainnya dapat digunakan untuk keperluan seharian.
Hindari sisa dengan dengan senang
Tisu basah yang satu ini dirancang efektif membunuh bakteria sehingga sesuai untuk memastikan kebersihan di mana saja, termasuk ketika kegiatan di luar. Pigeon juga melengkapi produk ini dengan fitur Easy One Hand System agar helaian berikutnya tidak ikut terbawa ketika anda menarik sehelai tisu. Tidak akan ada lagi tisu basah yang terbuang percuma!
Tekstur lembut dan lulus uji dermatologi
Dettol telah lama dipercaya dengan produk pembunuh kuman yang berkualiti. Tisu basahnya yang satu ini lulus ujian dermatologi dan terbukti selamat untuk kulit. Dengan kemampuannya dalam membasmi kuman, tambahan bahan dan teksturnya yang lembut, produk ini dapat digunakan baik oleh kanak-kanak mahupun dewasa. All in one! Tentunya lebih!
Tisu basah serbaguna untuk tangan dan wajah yang kering
Tangan, leher dan wajah ketika cuaca panas mudah kering kesan kurang air dalam badan. Mulalah kulit jadi merengsa dan menimbulkan rasa tidak selesa. Dapatkan tisu basah dari Kleenex ini yang sesuai untuk digunakan pada tangan dan wajah.
Ianya bebas alkohol dengan mengandungi Aloe Vera dan Vitamin E serta lembut pada kulit. Tisu ini juga sesuai untuk anda membuang solekan bagi mengejarkan solat fardu.
Hand sanitizer terbaik bentuk wipes, mudah dibawa kemana sahaja
Jika anda menggemari tisu basah, wipes ini mengandungi bahan yang mampu membunuh kuman dan bakteriaa walaupun tidak mengandungi alkohol. Ianya mengandungi Aloe Vera dan Vitamin E agar kulit merasa segar dan lembut. Ianya mudah untuk digunakan terutama ketika aktiviti piknik.
Baby wipes untuk bayi yang alami masalah kulit sensitif
Teknologi Triple Clean yang digunapakai dalam rekaan baby wipes Huggies ini menyediakan kombinasi ketebalan, kelembutan dan penyerapan yang tinggi. Ianya selamat untuk digunakan pada bayi dan melindungi kulit bayi dari ruam dengan memastikan bahagian kulit yang menggunakan baby wipes ini bersih sebersihnya dan tidak meninggalkan sebarang kotoran. Justeru itu, ianya baik untuk kulit bayi yang lembut dan sensitif dengan melembabkan serta menjaga rapi kulit si manja anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Awal tahun ini menyaksikan beberapa selebriti dan juga personaliti media sosial melangsungkan hari bahagia dan juga majlis pertunangan. Antaranya Elfira Loy, Bella Dally, Nisa Kiss (anak aktor Rosyam Nor) dan terbaru adik kepada pelakon Tilla, Syida Melvin 22 tahun. Syida yang selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan hatinya, Mohamad Syafiq Azim Datuk Seri Shaheen, 30 tahun yang juga merupakan anak kepada usahawan yang dapat jolokan “Iron Lady’, Allahyarham Datuk Wira Dr Maznah Hamid.
Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin memilih persalinan putih berperincian untuk majlis pernikahan manakala dress moden rona coklat cair pula digayakan ketika majlis resepsi.
Terserlah kejelitaan Syida yang juga seorang pelakon ini. Tanpa layah panjang sekadar tiara kecil menghiasi kepala yang cukup ringkas. Pasangannya juga tidak kurang kacaknya menyarung persalinan lengkap Raja Sehari.
Majlis yang diraikan cukup meriah dengan kehadiran sanak saudara ini dilangsungkan di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, Pulau Pinang malam semlam.
Syida yang baru berusia 22 turut bersyukur kerana majlis dirancang berjalan lancar dan turut bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri.
Walau bagaimanapun dalam masa sama, pelakon muda ini berasa sedikit sedih apabila ibu suaminya tidak dapat menyaksikan hari bahagia mereka.
“Kami diperkenalkan oleh arwah pada 2016. Kalau arwah masih ada, dia mesti orang yang paling gembira. Sebab dia nak sangat tengok kami kahwin. Namun, Allah lebih sayangkannya apabila meninggal dunia dua tahun lalu.
“Saya dapat rasakan perasaan suami semalam apabila insan tersayang tiada di sisi. Apa pun, saya cuba untuk menjadi isteri terbaik. Semoga perkahwinan kami ini diberkati dan kekal hingga ke jannah,” katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu ruang komen Syida di laman instagramnya turut dibanjiri ucapan tahniah dan masing-masing memuji keceriaan Raja Sehari yang diumpamakan seperti merpati dua sejoli.
Netizen juga turut mendoakan pasangan ini akan mendapat keberkatan dalam menjalani kehidupan berumah tangga dan kekal bahagia till jannah.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.