Kecantikan

Tetap Jaga Aurat, Gadis Ini Berjaya Buat Transformasi Lepas Amalkan Intermittent Fasting

Share

Proses menurunkan berat badan kebiasaannya menjadi waktu yang sangat sukar dan mencabar buat kebanyakan daripada kita. Pada masa itulah segala keinginan kita akan diuji. Ia memerlukan usaha yang keras untuk terus mencapai berat badan yang diidamkan.

Berkongsi kisahnya, gadis yang dikenali sebagai @imsyafff di twitter ini telah berjaya menurunkan berat badan dan melakukan transformasi yang hebat pada penampilan selepas konsisten menjaga dietnya.

Biarpun awalnya hanya sekadar suka-suka, namun dia tidak pernah jemu berusaha hingga membuahkan hasil.

Kurangkan kandungan gula dalam pemakanan. Memang susah tapi tetap kena buat!

Gunakan pinggan kecil supaya tak ambil banyak makanan.

Berpuasa 16 jam juga sangat membantu. Jika anda tak boleh lakukannya, janganlah paksa diri pula ya…

Selepas berkongsi caranya menjaga diet, ramai yang terinspirasi dengan kisahnya itu. Mereka juga turut memuji dirinya yang tetap menjaga aurat dengan baik biarpun sudah menurunkan berat badan. Salute
sis!

kredit: twitter @imsyafff

Muat turun majalah Hijabista edisi terkini sekarang!

IKLAN