Untuk mendapat tidur yang lena bukanlah perkara yang sukar. Namun, ramai dikalangan kita yang sering mendapat masalah untuk tidur. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kita sukar untuk tidur seperti tertekan dengan masalah kerja ataupun peribadi, keadaan rumah yang panas ataupun bunyi bising yang datang dari jiran sebelah.

Apabila kamu tidak mendapat tidur yang lena, maka waktu tidur kamu tidak mencukupi dan boleh membuatkan kamu tidak bermaya pada keesokan harinya. Bukan itu sahaja, nafsu makan akan bertambah dan kamu akan bertambah emosi. Jerawat juga akan mudah naik apabila kamu tertekan.

Oleh itu, team hijabista berkongsi cara mudah untuk kamu dapatkan tidur yang lena!

  1. Mandi sebelum tidur.

Sumber gambar: The Right To Shower

Untuk memastikan kamu dapat tidur dengan aman dan lena, pastikan kamu mandi terlebih dahulu, terutamanya apabila kamu baru pulang dari tempat kerja. Bukan hanya boleh mengelak dari sebarang jangkitan bakteria, malah mandi juga boleh membuatkan kamu berasa segar dan otot-otot badan akan rasa lebih relaks. Minda juga akan berasa lebih ringan apabila kamu sudah mandi. Jika kamu berasa sangat malas untuk mandi, bersihkan sahaja muka dengan pencuci muka dan basuhlah kaki terlebih dahulu.

2. Pastikan bilik tidur gelap dan sunyi.

IKLAN

Sumber gambar: The Active Times

Adan diantar kita yang begitu sensitif dari segi bunyi. Oleh itu, untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, pastikan kamu tutup semua peralatan elektronik ataupun lain-lain supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang boleh menganggu kamu. Bukan itu sahaja, elakkan sebarang lampu ataupun cahaya supaya tidak memberi tekanan kepada mata serta minda kamu untuk tidur. Jika kamu tinggal bersama-sama dengan keluarga ataupun rakan, bunyi bising dari luar amat sukar untuk dikawal. Masukkan sahaja kapas muka di telinga atau ‘headphone’ supaya dapat mengelakkan kamu dari terdengar bunyi bising.

3. Jauhi telefon bimbit!

IKLAN

Sumber gambar: Huffpost

Sudah menjadi trend pada harini apabila ramai diantara kita yang akan melihat skrin telefon bimbit sebelum tidur. Bukan sahaja boleh merosakkan mata, ia akan menganggu fokus kita untuk tidur dan akhirnya, waktu tidur kamu akan terjejas. Jadi, cuma elakkan telefon bimbit kamu sebelum tidur. Letakkan di sebelah meja katil kamu 10 minit sebelum kamu tidur.

4. Wangian bilik yang menenangkan.

IKLAN

Sumber gambar: Hellonest

Wangian bilik yang memiliki aroma yang menenangkan membantu untuk memberi kamu tidur yang berkualiti. Apabila kamu bau wangian bilik, secara tidak langsung, badan kamu akan berasa ringan dan minda akan tenang. Tambahan pula jika kamu alunkan bunyi alunan ombak yang mendamaikan, pasti kamu mudah untuk tidur!. Pilihlah wangian yang lembut seperti lavender ataupun rose!

5. Muhasabah diri.

Sumber gambar: Goalcast

Sebelum tidur, ada baiknya jika kita bermuhasabah diri kita. Ingat kembali tentang perkara-perkara yang berlaku pada hari itu dan jika kita membuat kesalahan pada orang lain, lebih molek sekiranya jika kita terus meminta maaf pada mereka. Meminta maaf juga memang amalan yang disarankan dalam agama Islam. Oleh itu, hati kamu akan lebih tenang dan jiwa akan lebih tenteram.

Semoga cara-cara ini dapat memberikan kamu tidur yang berkualiti! Selamat beramal!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI