Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Daripada masalah ringan seperti sedikit bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan hingga menyebabkan tekanan emosi dan parut kekal jika tidak dirawat.

Berikut perkongsian dieyamolek

Macam-macam dah buat tapi miss J ni asyik bertempek je awat lah hai rasa dah usaha macam-macam dah buat tapi still tak okay makin banyak ada lah.

Korang nak tahu, bila jerawat naik menunjukkan sesuatu yang tak kena dengan badan korang ye. Disetiap kawasan yang ditumbuhi jerawat tu memberikan maksud bukan saje-saje dia nak naik taw, jom kita baca kat bawah.

IKLAN


PIPI⠀
✔️ Cuba check cadar, alas bantal korang dah bape lama tak tukar? Ke tukar sebulan sekali ✔️Kat area ni juga menunjukkan awak menghirup udara yg kotor. Mana perokok tegar tu berhentilah dan amalkan gaya hidup yg sihat ye!⠀

✔️Masih tak okay jugak, itu tandanya korang selalu/kerap pegang pipi tu, duk picit jerawat tak sudah. Tahu tak berapa banyak bakteria kat tangan tu.⠀
✔️Handphone kita tu kotor taw, tengok pd mata kasar macam bersih, tapi beribu bakteria yg melekat kat situ taw. So elakkan dari melekapkan telefon di pipi bila jawab call ye.⠀


ANAK RAMBUT⠀
✔️Masalah produk penjagaan rambut contohnya minyak rambut atau pomade. Sebab tu jerawat selalu naik area dahi sebab tak cuci sebersihnya.⠀

IKLAN

✔️Bila mandi tu cuci bersih2 rambut tu ye jgn bagi perap terlalu lama sebab minyak tu yg buat jerawat korang suka nak bersarang 😜⠀

DAGU & LEHER⠀
✔️Cuba check yg girl tu kitaran haid korang betul tak? Ke ada missed setiap bulan? Bila ada masalah hormon tak stabil, minyak suka keluar dgn lebih byk dan menyebabkan liang pori tersumbat. Bila pori tersumbat lagi suka lah dia naik beramai-ramai kan 😁⠀

IKLAN


✔️Jerawat kat dagu juga ada kena mengena dgn usus kecil korang so kurangkan pengambilan makanan yg berminyak dan produk tenusu cth CHEESE. Sape yg suka makan makanan yg banyak cheese tu kurangkan lah kalau nak kulit tu bebas dari JERAWAT ye.⠀

BELAKANG BADAN⠀
✔️Area ni biasanya sbb korang kurang menjaga kebersihan, berpeluh, baju yang ketat dan masalah pencernaan korang. Peluh tu bagus utk metabolisma badan tapi kena lah jaga kebersihan dan mandi ikut waktu dan teratur. Bila peluh bercampur dgn bakteria itu yg jerawat suka naik tu.⠀


✔️Masalah pencernaan ni biasanya sbb kurang makan sayur dan buah. Yg paling penting minum air kosong secukupnya ye sehari sekurang2nya 2 liter taw!

Sumber kredit: dieyamolek

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI