Pendidikan yang ingin diterapkan kepada anak perlu bermula daripada kecil supaya dapat dilentur dengan potensi diri yang baik.
Bukan saja ibu bapa perlu memainkan peranan memberi pendidikan kepada anak, bahkan guru, ulama dan setiap anggota masyarakat yang berada dalam sesuatu persekitaran berkewajipan untuk mendidik.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah, maka kedua-dua orang tuanya menjadikannya Yahudi, Majusi, atau Nasrani.” (HR Bukhari)
Pendakwah Indonesia, Sheikh Sidi Rohimudin Nawawi al-Bantani berkata, hadis itu membawa maksud setiap anak mempunyai nilai kebaikan dalam diri sejak lahir.
Sheikh Rohimuddin berkata, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai potensi baik dan sifat semula jadi yang bersih serta suci.
“Dalam diri manusia, tetap ada potensi baik dalam diri. Sifat buruk itu hanya datang kemudian disebabkan keburukan dan nafsu yang mengubah diri mereka.
Ads
“Malah ibu bapa juga yang mendidik anak untuk hidup berdasarkan fitrah, iaitu melalui pendidikan dan kehidupan yang diterapkan.
Berikut perkongsian Umi Diyazara yang begitu menyentuh jiwa.
Cerita pagi ni..
Ads
Umi: ye dik nak cari kek ap..
Adik: ni rm berapa..
Umi: rm9. 90.. Adik nak beli kek untuk siapa?
Adik: untuk mak.. Kek cheese ada?
Umi: ada kek cheese rm15.
Adik: ##&#&&#&#&# (senyap sambil npk berfikir)
Umi: adik ada berapa rm?
Adik: rm20.
Umi: tpe la akk bgi kek cheese rm10 je..
Adik: ok nak coklat 1,kek cheese 1..
Umi tanya die.. Kumpul sdri ka duit ni.. Die cakap kumpul dengan kakak.. Dari awl bulan 1.. Korang kalau nak tau.. Die dan kakak die kumpul duit sekolah tiap hari nak beli kek untuk Hari jadi mak die hari ni.. Mak diorang xtahu diorang beli kek ni.. Kakak die umur 13.. Die umur 11 tahun.. Datang kedai umi naik basikal..
Allah.. Tersentuh hati bila lihat anak-anak yang pandai menhargai ibu mereka semoga menjadi anak2 yg berbakti pada ibu bapa, dan berjaya di masa hadapan.. Aamiin..
HIJABISTA: Semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti anda tidak sabar menantikan satu malam yang cukup hebat iaitu malam Lailatul Qadar. Malam ini dikatakan lebih baik dari 1000 bulan yang lain serta malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan.
Kebiasannya, malam Lailatul Qadar akan terjadi pada 10 malam yang terakhir. Tidak semua individu bertuah untuk bertemu dengan malam yang hebat ini. Hanya individu yang terpilih sahaja akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Disebabkan itu, pakar agama menggalakkan umat Islam untuk memperbanyakkan amalan di 10 malam terakhir ini. Seorang wanita bernama Ummu Naufal telah berkongsi 6 persiapan yang boleh dilakukan dalam mencari malam yang cukup mulia ini. Semoga ia bermanfaat kepada anda di luar sana.
Malam Laylatul Qadr bakal tiba.
Hadiah hebat yang perlu dicari yang dianugerahkanNya.
Dikongsikan bersama sedikit bagaimana kita sekeluarga boleh atur dan persiapkan diri dan keluarga dalam mencari malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang dijanjikanNya;
Usah lagi disibukkan diri dengan urusan dapur, kuih muih eid mahupun keluar membeli belah di tempoh ini (10 malam terakhir). Hentikan!
Menu iftar dan sahur keluarga dipermudahkan.
Aktiviti siang diringankan.
Tidurlah seketika walau tidak biasa tidur di waktu siang. 10 hari terakhir ini sahaja.
Apabila siang sudah cukup rehat, di waktu malam akan terasa segar inshaAllah. Mandilah air suam jika ia boleh menyegarkan tubuh badan. Ringankan makanan berbuka agar badan tidak berasa lemah dan berat kemudian. Jika penggemar minuman panas, siapkanlah minuman panas di dalam termos agar sentiasa ada untuk diminum. Pasangkanlah bauan bakhour atau diffuser minyak pati lemon, inshaAllah ia sangat membantu menaikkan mood, membantu menyegarkan diri dan menaikkan semangat kita.
Solatlah di ruang khusus, atau di mussola kecil keluarga, jika ada. Biarlah ruang ini selesa, bersih, suhu yang sesuai dan baik pengudaraannya.
Elakkan solat di bilik tidur kita, kecuali jika ada penghadang.
Solat, membaca Al Quran dan berzikir diselang-selikan sepanjang malam di ruang khas ini. Hiaslah jika mahu mencantikkan suasana. Ringkaskan ruang dengan apa yang perlu sahaja.
Jika ada bayi, bawa bersama di ruang ini bila si kecil terjaga. Biarkan dia tidur di ruang mussola yang sama sambil kita meneruskan ibadah malam kita.
Subhanallah.
Besar kesan dalam jiwanya inshaAllah.
“Umi, should they write it in points?” Nadiyah bertanya apabila dia ditugaskan membantu adik-adiknya mencatatkan doa yang mahu dipohon sepanjang 10 malam terakhir.
Nadiyah dan Naufal telah diajarkan yang sama ketika seusia adik-adik mereka. Bermula dengan poin sahaja, ditingkatkan kepasa adab menyusun kata dalam memohon doa padaNya.
Doa ditulis agar dirancang rapi apa yang mahu dipohon padaNya. Bila ditulis, menjadi lebih fokus bila berdoa padaNya.
Bersama anak-anak, hafalkanlah doa yang diajarkan Nabi s.a.w kepada Aisyah r.a apabila Baginda ditanya apakah doa terbaik untuk diucapkan pada malam Laylatul Qadr;
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku)
Tingkatkan sedekah kita setiap hari dalam 10 malam terakhir ini. Jika sebelum ini kita memberi makanan iftar kepada jiran tetangga, 10 malam terakhir ini kita memberi kepada yang tidak kita kenali pula.
Pejalan kaki, penjaja di gerai, pencuci sampah…sesiapa sahaja yang dilewati kita.
Edarkan “Ramadan Iftar Bag”. Minta anak-anak isikan di dalamnya; kurma, air, roti, juga sedikit wang, misalnya. Edarkan setiap hari selama 10 hari terakhir ini. Rancanglah berapa beg yang boleh diberikan bersama seisi keluarga.
Amankan suasana rumah tanpa hiburan di kaca tv dan radio. Off telefon bimbit dan disimpan jauh-jauh…..termasuk telefon ibubapa juga ya. Tiada ‘cheat hour’ mahupun ‘reward slot’. Ini dilakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan tanpa salingan.
Usah risau, 10 hari tanpa bermesej dan media sosial tidak akan merbahayakan sesiapa, inshaAllah.
Subhanallah.
Hebatnya malam Laylatul Qadr ini sepertimana Allah swt sebutkan di dalam Surah Al Qadr;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Lalu duhai diri dan sahabat yang dikasihi sekalian, bersungguh dan berikhtiarlah mencari malam kemuliaan ini bersama keluarga tersayang.
Ingatlah, Ramadan tahun hadapan belum tentu kita ada. Maka usahakanlah sekarang kerana tiada usaha bersungguh kita sia-sia di sisiNya.
Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Penuh Kemuliaan ini dalam keampunan dan redhaNya.
Seringkali kita mendengar lagu “Sakitnya Tuh Disini” nyanyian Cita Citata yang popular beberapa tahun lalu. Baru ini hangat diperkatakan bahawa Cita Citata kini sudah berhijrah dan memilih jalan untuk berhijab. Penampilan yang dibawa oleh Cita Citata juga kelihatan manis dan mengikuti trend zaman kini.
Semakin hari lebih ramai lagi selebriti yang berhijab. Selebriti dari Indonesia, Cita Citata yang juga terkenal di Malaysia ini sudah memutuskan untuk berhijrah dan memakai hijab. Walaupun mempunyai imej yang dikatakan agak menonjol sebelum ini tetapi jika terdetik hati seseorang untuk berubah ke arah kebaikan, tidak salahnya untuk memberikan semangat dan doa yang berterusan.
Banyak dorongan dan doa disampaikan kepada Cita Citata dari peminat, sahabat mahupun warganet agar terus beristiqomah dengan penampilan yang baru ini. Kerana bagi setiap kita yang ingin berubah pasti ada liku-liku yang kita perlu hadapi. Tambahan pula, kita tahu bahawa setiap penghijarahan itu perlulah dengan niat yang betul. Begitu jugalah selebriti Indonesia ini. Selain itu, terlihat juga di akaun Instagram Cita Citata di dalam studio pembikinan lagu dan kelihatan seperti bakal ada lagu yang dikeluarkan. Sepertinya berhijab tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk terus berkarya!
Menurut Cita Citata, dia tidak menerima apabila orang berkata dirinya itu berhijrah kerana memakai tudung, sedangkan Cita Citata mengetahui dan tahu bahawa memakai hijab itu adalah perkara yang wajib didalam islam. Selain itu, Cita Citata juga merasakan saat dirinya memakai hijab.
“Secara umum pengertian hijrah adalah berpindah atau menyingkirkan untuk sementara waktu dari suatu tempat ke tempat lain yang lebih baik dengan alasan tertentu, baik itu untuk keselamatan, kebaikan dan sebagainya” menurut Cita Citata di Liputan6
Semestinya tiada salah untuk kita menjadi lebih baik dengan usaha yang lebih keras. Setiap usaha itu pasti datang hasilnya. Begitu juga apa yang dirasakan oleh Cita Citata. Katanya, dia merasakan dirinya lebih baik dari sebelum ini. Di mana berhijrah ini mungkin mengambil masa bagi setiap orang, tetapi pasti akan ada kemanisannya. Semestinya Cita Citata berhasrat agar dirinya yang baharu ini dapat menjadi contoh yang baik.
Menurut Cita Citata juga, dalam islam juga mewajibkan islam itu untuk menutup aurat. Dia juga meminta agar didoakan agar terus beristiqomah. Menurut Cita Citata di akaun Instagramnya, dia amat bersyukur atas segalanya. Kelihatan Cita Citata mula menaik muat gambar yang berhijab secara perlahan-lahan. Pasti perkara itu memerlukan masa yang sedikit buatnya. Semoga dipermudahkan!
Justeru, disaat doa kita sudah dimakbulkan, berusaha la dengan lebih keras dalam melakukan kebaikan. Didalam konteks berhijab, beristiqomah dan berdoalah tanpa putus agar tidak dibalikkan hatinya. InsyaAllah semoga kita juga mengikut langkah yang baik sedikit demi sedikit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tular baru-baru ini perkongsian oleh seorang penyanyi dangdut menangis ketika berjumpa dengan pendakwah bebas. Ifa Raziah berkongsi perasaan sebak dan terharu di akaun Instagram miliknya ketika berjumpa dengan Ustazah Asma’ Harun.
Menerusi video yang di kongsikan oleh Ifa Raziah, dia kelihatan terkejut apabila melihat kelibat Ustazah Asma’ kearahnya. Perkongsian itu banyak mendapat perhatian orang ramai, ada juga memberikan komen positif dan juga negatif.
Melalui perkongsian oleh Ifa Raziah di video posting pada akaun Instagram, dia tidak menduga untuk berjumpa dengan Ustazah Asma’ Harun ketika berada di satu majlis baru-baru ini. Menurutnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima teguran daripada mana-mana pihak jika ia berkaitan dengan kebaikan.
“Saya nak sangat berjumpa dengan ustazah depan-depan, tapi tak ada sesiapa pun yang nak bawa saya. Selepas itu, saya terfikir, eh ada Anugerah Nona Superwoman, masa ini lah peluang saya untuk berjumpa dengan ustazah.
“Saya juga pernah minta untuk buat photoshoot bersama ustazah semata-mata tak sabar nak jumpa. Sebenarnya, siapa tegur saya okay je sebenarnya, itu adalah kebaikan sebab kita nak masuk syurga kan? Kalau betul salah, saya mintak maaf,” katanya lagi.
Namun begitu, perkongsian milik penyanyi dangdut itu telah meraih banyak reaksi dari warganet. Tambahan, ada juga yang menyatakan komen yang tidak manis oleh kerana di anggap hanya sekadar tujuan ‘publisiti murahan’.
Walaupun begitu, ramai juga yang memberikan sokongan buat Ifa Raziah atau nama sebenarnya, Dato’ Saripah Raziah binti Mustapha, 46, supaya lebih memandang kepada arah positif. Mereka juga mendoakan yang terbaik buat Ifa Raziah.
“Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan kasihnya Allah SWT, saya pun pernah terjumpa Ustazah Asma’ Harun dan ia adalah rezeki terbesar saya ketika itu.”
“Syukur Ya Allah…menitis air mata saya, You are amongst the artis yang cakap lepas…but what have you done today…MasyaAllah…syukur yang teramat. Terharu I tengok pelukan you ikhlas…” ujar salah seorang daripada warganet melalui ruangan komen.
Semestinya, pasti akan ada desas desus dari segelintir masyarakat yang memberikan komen yang negatif tentang sesuatu perkara. Meski pun perkara itu mempunyai niat yang baik dan ikhlas, ada sahaja yang ingin di perkatakan oleh mereka.
Walaupun pertemuan Ifa Raziah dan Ustazah Asma’ Harun mendapat banyak komen yang positif tetapi ada sahaja yang mengatakan macam-macam mengenainya. Banyak juga negatif komen yang di berikan, namun, Ustazah Asma’ tidak berdiam diri sahaja.
Ustazah Asma’ telah menaikkan satu posting di akaun media sosialnya untuk memberikan keterangan mengenai perjumpaannya bersama Ifa Raziah. Sama sekali ia tidak di rancang atau bertujuan untuk meraih publisiti murahan.
“Pertemuan saya dengan Ifa Raziah tidak di rancang. Sama ada oleh pihak Ifa Raziah…ada Al-quran di depan saya,
“Orang fitnah ustazah ini banyak drama. Lepas dia kecam-kecam buat pertemuan macam ini, boleh percaya ke,
“Daripada awal lagi saya dah berniat, Ya Allah, temukanlah di mana-mana dengan kak Ifa Raziah saya nak settle. Sebab dalam hati tiada niat untuk membenci.” ujar Ustazah Asma’.
Ustazah Asma’ juga menjelaskan bahawa dia bertemu bersama Ifa Raziah tidak di rancang dan ianya sama sekali tidak juga berkaitan dengan teguran yang pernah di berikan sebelum ini. Namun, segalanya hanya secara kebetulan dan menjadi takdir untuk berjumpa.
Tambahan lagi, menurut pendakwah bebas itu, dia menjelaskan isu tegurannya kepada penyanyi dangdut itu hanya sekadar tugasnya untuk menegur akhlak sesama manusia, bukan untuk membenci. Dia juga berkata warganet perlu tahu perbezaan antara menghukum dan menegur.
“Saya tak kisah saya di fitnah atau di sangka buruk. Tetapi yang lebih utama adalah berkenaan dengan pendidikan akhlak ummah,
“Mungkin di sebabkan itulah kekuatan. Bukan untuk membela diri saya tetapi saya perlu menulis bukan atas nak membersih dan menyucikan diri, tetapi atas sebab tuntutan agama itu sendiri.” katanya lagi.
Pertemuan antara Ifa Raziah dan Ustazah Asma’ Harun telah membuka mata ramai orang untuk sentiasa bersangka baik dan tidak menuduh tanpa sebarang usul periksa. Apa yang penting adalah untuk memastikan anda menegur daripada menghukum.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.