Teringin Berniqab Hingga Menangis, Yatt Hamzah Harap Temui Kekuatan Suatu Hari Nanti

Share

Teruja lihat sahabat-sahabat di sekelingnya sudah mula berniqab membuatkan keinginan Yatt Hamzah untuk memakainya juga semakin membuak-buak.

Luahnya di Instagram, dia pernah menangis sewaktu mengandung dahulu sebelum keguguran kerana terlalu ingin memakainya namun belum ada kekuatan lagi. Dia juga kagum melihat bagaimana kuatnya mereka di luar sana yang memakainya sehingga menjadi inspirasi dan motivasi untuknya.

SOON.

In shaa Allah.

#throwback
Pernah post gambar ni Jumaat beberapa minggu lalu kalau perasan. Sebelum keguguran dulu.
Masa ni tak tahu sedang hamil. Emosi memang tak stabil, patutlah begitu, rupanya sedang hamil.
Masa ni memang teringin sangat nak berniqab atau at least berpurdah dulu. Tapi tak kuat lagi. Sungguh-sungguh teringin.. Wallahi teringin sampai menangis bagitahu suami.

Lihat sahabat-sahabat sekeliling sudah mulakan dulu. Diri jadi teruja..MashaaAllah kuatnya mereka. Jadi inspirasi dan motivasi buat diri ini.

Mohon doakan Bonda bernama Haryati binti Hamzah ini dan semua wanita lain yang sedang struggle untuk jadi lebih baik diberikan KEKUATAN dlm PERJUANGAN (MUJAHADAH) ini.


Mohon sokongan dan doa semua..
Terutama dari Suami @Zulfadhli_khiruddin
AAMEEN.. 🤲❤😇

Perkongsian Yatt itu mendapat respon positif daripada para pengikutnya termasuklah suaminya iaitu Zulfadhli. InsyaAllah Yatt, kita sama-sama perbaiki diri ke arah yang lebih baik!

IKLAN