“Terima Kasih Sayang Bantu Pakaikan HIJAB” – ‘So sweet’ Ucapan HARI JADI Mizz Nina Buat Imamnya, Noh Hujan

Share

Seperti yang kita tahu Mizz Nina dan suaminya Noh Hujan boleh dianggap sebagai pasangan yang cukup romantik. Telah tujuh tahun berumahtangga dan kita boleh lihat, kemana-mana sahaja kelibat mereka berdua dan tidak boleh berenggang antara satu sama lain. Lapan jam lalu, penyanyi yang sudah berhijrah 360 darjah ini mengucapkan kata-kata cukup ‘sweet’ sempena hari jadi suaminya. Terasa betapa kuat cinta mereka walaupun sudah 9 tahun saling mengenali dan tujuh tahun usia perkahwinan belum dikurniakan anak.

Dalam posting yang dimuat turun itu Mizz Nina melahirkan kesyukuran kerana lelaki ini telah memilih dirinya, mempunyai keberanian dan yakin untuk memilihnya sebagai seorang isteri.

Bukan itu sahaja, Imamnya ini jugalah yang telah memberi tunjuk ajar serta membimbingnya melalui hijrah yang dilakukan lima tahun lalu. Noh juga percaya pada Mizz Nina dan turut membantu dirinya memakai hijab dan berdoa untuk terus berada di sampingnya semasa susah dan senang.

Mizz Nina turut meluahkan bahawa Noh juga lelaki yang begitu menjaga hatinya membuatkan dirinya tersenyum dan ketawa. Bukan itu sahaja bahkan Noh juga lelaki yang banyak memberi sokongan padu padanya, memberi motivasi dan juga bersikap jujur pada dirinya.

Teryata sepanjang mereka bersama, Mizz Nina begitu berterima kasih atas segala kasih sayang, kesabaran, peluk cium, kebaikan hati serta Noh juga disifatkan sebagai seorang yang sentiasa memikirkan perihal orang lain terutama bagi mereka yang memerlukan.

Diakhir postingnya itu, Mizz Nina tidak lupa berdoa kepada Allah agar Allah akan sentiasa merahmati suaminya itu, mengurniakan kesihatan yang baik dan memberi ketabahan seta terus dekal berpegang teguh terhadap agama Allah.

Ternyata perkongsian status Mizz Nina itu telah menerima respon positif follower kedua-duanya. Mendapat lebih 30 ribu like dan masing-masing mendoakan kesejahteraan buat mereka berdua dan berharap pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.

@queabdrashid Semoga senantiasa dalam lindungan Allah swt 

smikk_ Amminnn

@puteri_iman88 Moga bahagia hgga ke tmn syurga amiiin

@nisamorita7557 Auwhhhh.sweett

@nsr_miyu So sweet 

@schydas53 Aminn. InsyaAllah, till jannah. Such an inspiring couple. May Allah bless uu both with the best in life

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MIZZ NINA

IKLAN