Mana-mana wanita tentunya inginkan kulit wajah yang lembut, cerah dan berseri. Atas alasan itu, mereka sanggup melaburkan banyak wang asalkan impian untuk memiliki kulit wajah yang cantik, sihat dan menawan menjadi kenyataan.

Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan kekangan kewangan menjadi masalah untuk mendapatkan perawatan kulit wajah yang sesuai. Tentunya ia memerlukan bajet yang tinggi. Jangan bimbang. Bagi mereka yang terhad bajet untuk perawatan kulit wajah, anda boleh mencuba perawatan kulit wajah menggunakan bahan semula jadi.

 

Photo by Ekaterina Bolovtsova from Pexels

Masker lobak merah untuk kulit lembap glowing. Guna dua bahan sahaja. Jika diamalkan secara konsisten, pasti hanya memuaskan hati. Kuncinya adalah rajin dan disiplin dalam melakukan apa jua jenis perawatan kulit wajah.

BAHAN-BAHAN:
Satu batang lobak merah
Sesudu kecil minyak zaitun

IKLAN

 

Rebus lobak merah sehingga empuk.
Lenyekkan lobak merah hingga lumat.
Tambahkan minyak zaitun satu penutup.
Ini lobak merah yang sudah siap dilenyek.
Beginilah teksturnya.
Sapukan pada kulit wajah dan gosok perlahan-lahan. Biarkan selama 20 minit.

Masker ini sesuai untuk kulit yang kering, terbakar (burn) akibat selalu terdedah dengan panas matahari. Kita sedia maklum, matahari ada dua cahaya UV: UVA yang menyebabkan penuaan sebelum usia dan UVB yang menyebabkan kulit gelap dan merah terbakar.

IKLAN

Paling ditakuti, cahaya matahari juga mampu meningkatkan risiko kanser kulit. Memang risikonya agak tinggi. Beta Carotene dalam lobak merah sangat-sangat bagus untuk melawan radikal bebas matahari.

Semakin kita amalkan pakai masker, minum jus lobak merah, lama-kelamaan akan menguatkan imuniti kulit terhadap cahaya matahari. Walau bagaimanapun jangan ambil dalam kuantiti yang berlebihan. Ia akan jadi simpton kulit kuning atau dipanggil ‘carrotemia’. Jangan berlebihan, sederhana saja sudah elok.

Vitamin A pula akan melindungi kulit supaya kulit tidak cepat melalui proses penuaan lebih awal. Vitamin A akan membaikpulih semula tisu kulit yang sudah terjejas akibat matahari. Ia menjadikan kulit kelihatan awet muda.

IKLAN

Vitamin C akan menggalakkan kolagen dari kulit terhasil. Penting vitamin c kepada tubuh kita kerana tubuh kita tidak mampu menghasilkan vitamin c sendiri, memang kena ambil dari sumber luar.

Tambah minyak zaitun untuk memberikan lebih kelembapan pada kulit wajah. Memang sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan gatal bersisik. Minyak zaitun ini memang berkesan dalam menambah kelembapan kulit. Minyak zaitun boleh digantikan dengan lemon untuk kulit jenis berminyak, atau tambah madu untuk memberikan kelembapan pada kulit wajah.

HIJABISTA: Petua semula jadi jika diamalkan secara konsisten pasti akan memberikan impak yang memuaskan hati. Bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan tetapi dalam masa yang sama tiada kesan sampingan. 

Sumber kredit: Fyza Shah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI