Walaupun pelbagai jenis produk solekan didatangkan dengan pelbagai fungsi, namun jika salah teknik yang dilakukan, pastinya ia akan membuatkan keseluruhan wajah tampak comot dan tidak kemas!

Sumber gambar: Marcelo

Jadi, usah biarkan solekan menjadi bahan untuk wajah nampak tidak sempurna! Ayuh betulkan kesilapan ketika bersolek dengan cara yang betul!

Sumber gambar: Cottonbro

1. Kesilapan : On going too natural
Walau memiliki wajah tanpa cela, anda juga memerlukan sapuan bedak asas untuk menyamarkan noda. Ia melicinkan kulit dan memberikan kemasan yang sempurna, a polished look!

Solusi: Menyamarkan noda
Untuk mengetahui warna terbak untuk kulit anda, sapukannya pada pipi berdekatan rahang anda. This area will give you the truest match. Usah gusar, pilih warna lebih gelap, jika terlalu ringan boleh menjadikan anda kelihatan kelabu.

2. Kesilapan: Pengaris bibir kasar.
Gaya gelap sekeliling bibir boleh mempercepatkan usia wajah anda. Usah mengukirnya terlalu tebal hingga terkeluar dari garisan semula jadi bibir anda dan warna bibir anda akan terperangkap, garisan nipis di sekeliling mulut akan menekankan bentuk bibir menawan.

Solusi: Lembutkan gaya
Untuk memastikan garisan bibir tidak pelik, padankan dengan warna gincu anda atau dengan memadankan warna penggaris bibir dengan warna bibir semulajadi. Gunakan pensel berkrim untuk hasil terbaik jika bibir nampak kering.

IKLAN
Sumber gambar: Jack Redgate

3. Kesilapan: Penggunaan penggaris mata
Pendekatan solekan sejak kian lama mungkin tidak sesuai digayakan kala meningkatnya usia. Severe liner on the lower lid is a rookie mistake. Ia tidak membuat bukaan mata lebih galak tetapi mata kelihatan berat, kecil dan seakan menarik wajah ke bawah.

Solusi: Gariskan di atas dan di bawah
Gunakan pengaris mata di kedua-dua bahagian, atas dan bawah kelopak mata. Gariskan berhampiran dengan garisan bulu mata dan mesrakan warnanya. Untuk pembayang mata, kelabu lembut atau bronze akan menyerlahkan kilauan mata.

4. Kesilapan: Terang memberi impak
Jika mahu ke parti, rona terang bersesuaian tema amat disarankan namun jika ia tatarias untuk siang, pembayang mata berwarna coklat, navy atau violet adalah lebih sesuai. Jika mahu warna kelihatan pekat, layangkan tanpa efek over the top.

IKLAN

Solusi: Pump up your lashes
Satu cara halus untuk menarik perhatian kepada mata adalah dengan bulu mata seksimu. Layangkan maskara dari akar bulu mata hingga ke hujung untuk perlindungan maksimum, lebat dan panjang.

Sumber gambar: Laura Garcia

5. Kesilapan: Menghaluskan kening
Sebagai wanita berprofil tinggi selalunya sedikit berusia, punya rambut yang nipis dan pucat, dahi yang selalu disorokkan. Satu cara mudah untuk memberi seri kepada wajah anda adalah dengan mengukir dan membentuk kening dengan baik.

Solusi: Bentuk dan rapikan kening
Untuk memberi sedikit gaya solekan yang umph, ukir dan lukiskan bentuk kening dengan menggunakan pensel, pilih warna sedikit ringan daripada warna semula jadi kening anda.

IKLAN

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI