Sebelum ini pelakon dan pengacara Zulin Aziz telah berjaya menurunkan berat badannya kepada berat ideal. Namun sebenarnya tidak mudah untuk kita ‘maintain’ saiz sebelumnya memandangkan banyak godaan terutama dalam bab makan. Walaupun sebenarnya dia sudah kurus, tetapi Zulin kini dalam proses menurunkan lagi berat badannya setelah hampir sebulan enak menikmati jamuan sempena Syawal lalu. Tiddak sentuh nasi sebaliknya menggunakan diet telur dalam proses menurunkan berat badannya. Zulin juga turut berkongsi cara masakan telur yang betul dan menu dicadangkan untuk tempoh seminggu.
Zulin mensasarkan 30 hari dan semalam sudah masuk hari ketiga dia diet telur. Hasilnya berat Zulin sudah turun 2 kg dan masih ada 27 hari untuk ditempuhinya.
Dia juga turut memohon followernya mendoakan agar dia kuat untuk menempuh 27 hari mendatang. Selain dari diet menu telur, Zulin juga membertahu dia turut minum teh hijau setiap hari. Menurutnya tidak kira apa jenama asalkan tiada gula.
Di samping itu Zulin juga turut memberitahu petua dalam diet telur yang diamalkannya. Caranya ialah dia hanya memgambil putih telur dan membuang bahagian kuning berkenaan.
Ads
Walaupun pengacara berbakat ini turut mengingatkan mereka di luar sana untuk berdiet mengikut cara tersendiri dan paling penting megikut kemampuan badan sendiri. Jika was-was boleh terus bertanya kepada yang pakar.
Ayuh kita kongsikan menu diet telur untuk tempoh seminggu yang dicadangkan oleh Zulin Aziz. Untuk tempoh itu (2 minggu) tiada pengambilan nasi dan jika dilakukan berterusan boleh turun sehingga 10 kg. Paling penting tiada gula dalam pengambilan diet berkenaan.
Ads
Jadi bagi yang mempunyai masalah berat badan boleh mencubanya untuk mendapatkan tubuh langsing seperti anak dara. Yang penting kena disiplin dan bersungguh-sungguh.
Menu cadangan untuk 2 minggu: turun 10 kg No sugar
Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim
Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang
Berdasarkan Laporan Semakan Populasi Dunia 2019, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kadar obesiti negara ini adalah tertinggi di Asia Tenggara iaitu sebanyak 15.6 peratus. KKM memberitahu, jumlah itu mengatasi Brunei yang mencatatkan 14.1 peratus dan diikuti Thailand 10 peratus dan dan Indonesia sebanyak 6.9 peratus.
Obesiti bukanlah perkara yang mudah untuk kembali pada susuk tubuh yang ideal, perlu ada usaha dan keyakinan diri bagi mengekalkan tahap kesihatan. Namun kerajaan tidak berdiam diri untuk menangani masalah ini. Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal melaksanakan projek rintis pelabelan kalori bagi setiap menu yang dihidangkan melibatkan semua premis makanan.
Untuk permulaan, projek berkenaan, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin, akan diperkenalkan di sekitar Putrajaya pada tahun depan sebelum diperluaskan ke seluruh negara. Kementerian juga melihat kerjasama dengan syarikat restoran makanan segera agar pelabelan menu turut dapat dilaksanakan di rangkaiannya.
Sajian mereka tidak banyak berubah di rangkaian lain, jadi ini memudahkan pelaksanaan projek,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan seminar Anti Obes City Putrajaya dan pelancaran modul program pengurusan berat badan di sini pada Rabu lalu. Tambahnya lagi, KKM juga akan turut membantu premis makanan mengenai maklumat pemakanan.
Jika individu tahap berat badan menjadi penghalang untuk menjalani hidup yang sihat maka jawapan yang tepat adalah berjumpa dengan pakar. Malah dengan aplikasi KWSP, mereka juga tidak perlu membelanjakan duit untuk mendapatkan konsultan bagi melabelkan menu-menu yang dijual.
“Kementerian akan melihat data dan kejayaan polisi ini sebelum membuat keputusan Dasar Pelabelan Menu Makanan,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, inisiatif berkenaan dijadual berjalan enam bulan hingga setahun itu akan dinilai sebelum Dasar Pelabelan Menu Makanan membuat keputusan untuk mewajibkan atau sebaliknya.
Ciapan di laman mikro Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia itu sempena Hari Diabetes Sedunia, menjelaskan sehingga November tahun ini, Malaysia adalah negara ‘tergemuk’ di Asia kerana 33 peratus rakyatnya berlebihan berat badan dan 18 peratus mengalami obesiti. Diharap inisiatif kerajaan untuk anda kekal sihat disambut baik oleh semua pihak dan perbanyakkan program-program yang mendorong masyarakat Malaysia jalani hidup dengan cergas dan bertenaga.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon cantik berasal Indonesia, Citra Kirana kini sudah berhijab. Apabila menonton sinetron Indonesia, Citra Kirana pasti salah seorang pelakon yang melakon watak wanita berhijab. Adakah itu titik permulaan buat Citra Kirana memilih untuk memakai hijab?
Sudah tentu penghijrahan hijab wanita muslim itu di terima baik pada kalangan kita. Menurut Citra Kirana, dia memakai hijab selepas sahaja pulang daripada umrah. Ternyata, doanya di sana menjadi kenyataan. Selepas sahaja pulang menunaikan umrah, Citra mula berjinak memakai hijab tanpa paksaan. Menurut Citra, memakai hijab merupakan keputusan yang besar pernah dibuat olehnya. Selain itu, Citra turut menyatakan beliau rasa tenang apabila memakai hijab berbanding tidak memakai hijab.
“Saya berhijab apabila pulang dari umrah. Saya rasa tenang apabila berhijab dan terasa selamat. Keluarga dan ibu bapa saya berasa tenang apabila melihat saya memakai hijab.
“Pujian demi pujian saya terima apabila memakai hijab malah banyak rezeki yang masuk terutama sekali dari segi pekerjaan,” ujar Citra kepada pemberita Wolipop.
Menurut Citra Kirana, dia bersyukur apabila masih diberi tawaran berlakon yang banyak. Pada awalnya, Citra beranggapan dia tidak akan mendapat kerja kerana batasan apabila memakai hijab. Ternyata dia silap. Selain itu, pelakon sinetron itu juga berpeluang berlakon bersama suaminya yang juga seorang pelakon, iaitu Rezky Aditya. Citra juga dapat banyak kerja seperti model muslimah.
Hatinya terasa ingin memakai hijab apabila Citra perasan banyak watak yang dilakonkan itu memerlukan dirinya untuk memakai hijab. Selain itu, Citra Kirana juga menyatakan hasrat syukur pada Allah kerana selepas sahaja memakai hijab, banyak urusannya dipermudahkan Malah, berhijab juga membantu dirinya menjadi lebih baik dari dirinya sebelum ini.
“Kerana niat saya adalah kerana Allah, jadi segala dipermudahkan. Saya sangat senang dengan keputusan ini.
“Allah sudah atur segalanya. Banyak pekerjaan saya terima setelah memakai tudung. Ia terasa seperti rezeki mengalir tanpa henti. Selain itu, hubungan antara saya, anak dan suami juga menjadi lebih rapat,” kata Citra Kirana
Akhir kata, penghijrahannya berhijab tidak menghalang dirinya berada di dalam dunia industri. Menurut Citra, dia hanya perlu menjaga batasnya sahaja. Citra gembira kerana doa yang dia inginkan telah dimakbul dan berharap agar dia akan kekal istiqamah memakai hijab.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bersenam mungkin ada dalam senarai tugasan semua orang tahun ini. Dengan begitu banyak akaun kecergasan di media sosial, tidak hairanlah wanita berbondong-bondong ke gim untuk memahat lengan, perut atau kaki yang sempurna. Bagi kebanyakan daripada kita wanita Islam, itu juga termasuk membina almari pakaian pakaian senaman yang “sesuai”. Sebagai seorang hijabi, anda benar-benar bergelut dalam untuk mengayakan pakaian yang sesuai.
Dan walaupun sudah pasti ada potongan mesra hijab di luar sana, masalahnya ialah mengetahui di mana hendak mencari supaya anda tidak menghabiskan berjam-jam di komputer menatal melalui halaman pilihan hanya untuk mencari 1 atau 2 helai yang anda tidak pasti akan sesuai dengan baik. Atau lompat kedai dari peruncit ke peruncit dan menyelongkar rak di rak lalu kecewa.
Sesetengah jenama Muslim kini turut menawarkan pakaian aktif yang bergaya dan sederhana daripada tudung sporty kepada pakaian sukan dan banyak lagi, yang memberikan kami wanita Islam konservatif lebih banyak pilihan dan, oleh itu, lebih banyak motivasi untuk benar-benar mendaftar untuk keahlian gim yang telah anda tangguhkan.
Berikut adalah beberapa tempat yang hampir selalu menjamin kejayaan dalam mencari peralatan senaman yang mesra Muslim, sama ada anda memakai tudung atau tidak. Bergantung pada belanjawan dan sejauh mana komitmen anda untuk membiasakan diri bersenam, jenama ini menawarkan pelbagai pilihan bergaya untuk pakaian aktif yang kelihatan comel sambil tetap sederhana yang pastinya tahan lasak!
Jenama tudung kegilaan hijabi yang punyai pengikutnya tersendiri, telah mencipta pengubah permainan untuk atlet wanita Muslim, tudung prestasi berteknologi tinggi. Apa yang membezakan tudung ini daripada yang lain ialah ia mesra teknologi, bermakna ia mempunyai lubang telinga yang memberikan lebih kebolehcapaian dan keselesaan untuk fon telinga, kepingan bluetooth, alat pendengaran, cermin mata hitam dan banyak lagi.
Bukan sekadar yang berteknologi tinggi, malah kudos pada grup kumpulan dUCk telah menghasilkan set pakaian bersenam yang memudahkan hijabi kekal aktif. LIhat sahaja pilihan fabriknya yang mempunyai keselesaan sepanjang melakukan aktiviti senaman.
Jenama Nike cenderung menjadi kegemaran ramai apabila membeli-belah untuk pakaian senaman yang sederhana. Tidak kira musim, Nike mempunyai stok dari kemeja-t lengan panjang, baju peluh dan hoodie. Menariknya lagi, apabila Nike mengeluarkan Nike Pro Hijab, menjadi jenama utama pertama mencipta tudung untuk atlet wanita Muslim. Dengan mencipta karya ini, Nike dapat menangkap seluruh pasaran hijabi yang bosan membeli dua helai tudung, atau berurusan dengan tudung yang sentiasa bergerak di gim.
Mereka juga mengeluarkan Nike Pro Hijab 2.0, yang diperbuat daripada jaringan penyerap peluh yang memberikan lebih pernafasan. Tali dalaman baharu membantu mengelakkan gelinciran lebih daripada versi pertama. Dengan tudung ini, anda tidak perlu risau tentang separuh daripada rambut anda terdedah pada bahagian tengah mencangkung dengan lif dumbbell berat di bahu anda. Fuh lega!
Adidas juga mempunyai bahagian yang hebat untuk gim. Jika anda boleh mencari kedai kilang Adidas berhampiran, maka anda bertuah. Mereka biasanya membawa barangan sederhana sepanjang tahun dan dengan diskaun hebat. Adidas juga memulakan rangkaian hijab, tetapi ia hanya tersedia untuk dijual di laman web Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan pada awalnya dahulu, tetapi lebih mudah boleh borong di atas talian sahaja. Anda akan terkejut dengan potongan unik lagi hebat dan bergaya yang anda temui yang menyemak semua kotak yang sesuai untuk peralatan mesra hijab, seperti Hoodie Originals Wanita ini. Jika anda peminat adidas, terdapat juga beberapa lagi pakaian yang akan menambah keselesaan, gaya dan liputan yang terjamin pada senaman anda.
Jika Puma lebih menggembirakan anda, mereka juga mempunyai cawangan yang menawarkan barangan sederhana sepanjang tahun. Anda boleh mendapatkan bahagian atas yang longgar, labuh dan bahagian bawah longgar di peruncit ini. Baju sejuk dan baju atas yang memanjang adalah penyelamat kerana apabila ia cukup panjang dan longgar, anda boleh melepaskan diri dengan memakai sepasang legging kegemaran yang anda simpan di dalam laci di bawah. Puma mempunyai pelbagai baju sejuk panjang dan seluar olahraga longgar dalam gaya, warna dan padanan yang berbeza.
Under Armour ialah satu lagi tempat kegemaran hijabi untuk membeli-belah pakaian aktif. Tidak seperti banyak jenama lain yang pilihan seluar sukannya terhad kepada sama ada bingkap ketat kulit atau jogger kapas yang tidak dimaksudkan untuk bersenam, Under Armour benar-benar berjaya dalam menawarkan pelbagai pilihan. Anda boleh mendapatkan bahagian bawah longgar yang ringan, bernafas dengan fabrik yang menyerap peluh dan cepat kering serta selesa untuk bersenam.
PINK sentiasa menjadi pemenang dengan seluar yoga terkenal mereka dan baju-t lengan panjang dan baju sejuk longgar. Beberapa bahagian leher u, pullover dan bahagian atas lengan panjang mereka ringan dan mempunyai saiz yang besar serta rasa yang sangat lembut, yang menjadikannya pilihan yang comel dan selesa untuk gim dan pakaian harian. Terdapat lebih banyak pilihan mampu milik, dan kadangkala anda boleh menemui jenama seperti Nikes, Adidas, Puma, Pink dsb. di tempat lain dengan harga yang lebih murah.
Modanisa ialah platform fesyen Turki di mana anda boleh menemui semua dari jumpsuit, gaun, hingga ya, pakaian aktif. Anda tidak perlu risau tentang belahan tinggi pada pakaian, seluar berpeluk kelangkang, atau pakaian peluh ketat kulit semasa membeli-belah dengan mereka. Kebanyakan set baju sukan yang anda temui di peruncit lain mempunyai bahagian atas yang terlalu pendek dan bahagian bawah yang terlalu ketat untuk dipakai ke gim. Dan sudah berlalu hari-hari apabila melapis dengan kamisol panjang sebenarnya dianggap comel. Tetapi Modanisa membawakan anda beberapa pakaian sukan yang sangat bergaya untuk ditambahkan pada almari pakaian anda.
H&M ialah salah satu kegemaran rakyat Malaysia untuk pakaian sederhana secara umum dan sebab itu jenama ini sudah bertahan selama 10 tahun di Malaysia. Membeli-belah di sana selalunya mudah, dan anda cenderung untuk mencari terlalu banyak pakaian mesra hijab bergaya yang sangat disukai. Tidak hairanlah koleksi pakaian sukan mereka juga menawarkan pilihan yang sederhana. Di H&M, anda akan menjumpai beberapa helaian yang labuh sesuai untuk senaman yang baik atau malah kelihatan sporty apabila keluar. Mereka juga menawarkan pembelian dalam talian dengan tawaran menarik dan hebat untuk anda ahli kelab H&M.
Tidak kira bajet anda, terdapat tempat yang pasti untuk mencari pakaian senaman yang comel dan sederhana. Jenama ini sudah pasti memudahkan anda untuk bersiap sedia ke gim apabila anda biasanya akan berputus asa dan memilih untuk bersenam di rumah, jika tidak menemui apa-apa yang sesuai untuk dipakai. Terutamanya jika anda seorang yang ingin pergi ke gim setiap hari, atau bersenam sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu, mempunyai lebih banyak pilihan untuk menambah koleksi gim anda adalah satu kemestian. Ia menjimatkan anda daripada perlu menjalankan mesin basuh anda untuk hanya beberapa helai pakaian berpeluh setiap hari.
Petua lain semasa membeli-belah untuk peralatan senaman ialah, bergantung pada kesesuaian dan gaya, anda juga boleh melarikan diri dengan menaikkan satu atau dua saiz untuk mendapatkan liputan tambahan dan rupa bersaiz besar tanpa kelihatan pelik. Jadi, itu adalah pilihan jika anda menjumpai helaian yang anda suka tetapi saiznya tidak cukup panjang atau sederhana. Dan apabila ragu-ragu, ikat baju peluh di pinggang anda!
Memperkenalkan MOROTAI, jenama pakaian sukan Jerman yang membangkitkan semangat juang anda. MOROTAI, jenama pakaian sukan Jerman yang terkenal di peringkat antarabangsa, secara rasminya dilancarkan di Malaysia. Berasal dari Birkenfeld, Jerman, MOROTAI dinamakan sempena sebuah pulau di Indonesia.
Tertarik dengan kisah ini, pengasas MOROTAI, Rafy Ahmed mahu menyalurkan sejarah perang ini ke dalam falsafah jenama itu, bagi membangkitkan semangat juang dan potensi di dalam diri setiap orang, tanpa mengira apa motivasi mereka.
“Selepas menyaksikan kelahiran dan pertumbuhan jenama ini dari permulaannya, saya sememangnya meminati reka bentuknya yang unik, kemas dan berbagai fungsi. Inilah kualiti yang menjadikan MOROTAI suatu jenama yang istimewa. MOROTAI boleh menjadi penyelesaian kepada permintaan tinggi terhadap pakaian sukan yang versatil di dalam pasaran Asian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MOROTAI Asia, Idris Khan yang juga Rakan Serantau dan Duta jenama MOROTAI.
Sebagai sebuah jenama sukan yang menggabungkan gaya dan kualiti dengan fungsi yang maksimum, MOROTAI menyasar untuk memudahkan kehidupan para atlet menerusi penggunaan teknologi pintar berinovatif. Portfolio produk jenama itu menawarkan pelbagai rangkaian koleksi yang sesuai dengan kepelbagaian kehidupan harian. Ini termasuklah pakaian sukan pelbagai fungsi yang berinovasi dan berprestasi tinggi daripada koleksi Engineered; pakaian pengembaraan yang lembut, ringan dan selesa dalam koleksi Sakura Travel; pakaian renang yang anggun dan sempurna mengikut potongan badan daripada koleksi Lake Constance; dan koleksi MOROTAI Youth yang menarik minat demografi lebih muda. MOROTAI juga akan mengeluarkan koleksi pakaian sukan sopan terbaharu mereka untuk pasaran Asia yang mengutamakan nilai ketimuran.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.