Bukan senang untuk senang. Disebalik kejayaan seseorang itu, pastinya ada kisah pahitnya yang tidak diketahui umum.
Di laman facebook, jurusolek terkenal iaitu Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai Mua Bellaz telah berkongsikan status facebooknya 10 tahun yang lalu dimana ketika itu dia belum mampu memiliki set lengkap alat solek kerana kehidupannya yang susah.
Walaupun begitu, Bellaz tidak patah semangat dan sentiasa berniat untuk mengubah kehidupannya dan menjadi hebat dalam dunia solekan suatu hari nanti.
Ads
Ads
Teringin nak beli full set semua alatan mekap sebab tengok ramai orang mekap cantik sangat bila diorang pakai. Tapi apakan daya, kais pagi makan pagi. Aku dengan fikirkan adik-adik dan ma aku lagi. Takpe, akan aku usaha untuk ubah hidup. Aku belajar tengok YouTube minah salleh aku syok gila tengok diorang mekap. One day, insyaAllah aku boleh mekap macam diorang. Amin!
Ads
Alhamdulillah, berkat doa dan usahanya, Bellaz kini menjadi terkenal dan berjaya mengubah kehidupannya secara total. Siapa yang sangka bukan?
Walaupun sudah berada di tahap yang lebih tinggi, Bellaz tidak pernah angkuh dengan rezeki yang dimilikinya malah tetap kekal dengan sikapnya yang merendah diri seperti dahulu. Moga rezeki yang lebih banyak lagi terus mendatang untuk Bellaz!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sememangnya pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin sebuah pemergian yang dicemburui semua. Pergi dalam keadaan yang baik dan memudahkan, ia memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia.
Penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 pada jam 5.13 pagi. Berita sedih ini bukan sahaja memberi kesan kepada peminatnya, malah dari kalangan rakan artis juga turut berkongsi rasa sedih di laman Instagram mereka. Antara selebriti yang turut berkongsi rasa dukacita ialah Fasha Sandha yang menyifatkan arwah sebagai insan yang baik.
Fasha Sandha memuat naik ‘posting’ di laman Instagramnya tentang perbualannya bersama arwah. Menerusi perbualan itu, arwah berhajat ingin menghadiahkan barangan bayi kepada Fasha Sandha dan meluahkan rasa keterujaan ingin berjumpa dengan Fasha Sandha.
Bukan itu sahaja, malah menerusi ‘screenshot’ perbualannya bersama Allahyarhamah, arwah juga semat berdoa untuk Fasha Sandha agar disembuhkan dari segala penyakit. MasyALLAH…
Rakyat Malaysia yang membaca ‘posting’ ini juga turut meluahkan rasa dukacita dan menyifatkan arwah adalah seorang yang baik. Ada juga yang mengatakan setiap satu kebaikan arwah tidak putus-putus menjadi bualan ramai.
Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Ternyata setiap kebaikan yang dilakukan oleh Allahyarhamah Sarah Raisuddin menjadi bualan ramai yang dapat dijadikan contoh kepada semua. Sesungguhnya, pemergiannya ialah sebuah kisah yang menghembus sumber inspirasi kepada semua supaya menjadi umat Islam yang lebih baik. Terima kasih Allahyarhamah Siti Sarah. Tenanglah dikau disana…
Sumber gambar: Instagram Fasha Sandha
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rumah menjadi tempat utama melepaskan lelah setelah seharian berada di pejabat. Namun begitu, apa rasa jika kita balik kerja penat-penat rumah pula berselerak? Lagi-lagi kepada mereka yang dah berumahtangga dan ditambah lagi dengan kehadiran anak-anak kecil. Rumah jarang sangat berkemas, kan?
Hijabis yang workaholic balik lewat petang, mana lah nak ada mood nak mengemas rumah. Jawapannya hujung minggu waktu paling sesuai mengemas rumah. Belum lagi masa yang dipenuhi dengan aktiviti sosial di luar.
Tapi, siapa sanggup nak menghabiskan masa satu hari mengemas rumah sedangkan masa begitu boleh digunakan berekreasi bersama keluarga dan teman?
Jangan bazirkan masa dan penatkan badan. Hijabi kena bijak menguruskan masa dan paling penting kena bijak memilih peralatan rumah untuk meringankan beban. Jadi, bagaimana hendak elakkan perkara ini berlaku?
Tidak perlu bersihkan seluruh rumah, pastikan anda fokus pada tempat yang paling sukar. Maksudnya ialah tempat yang paling berselerak, atau tempat yang paling kita sukar hendak kemas. Caranya, pastikan kita buat kerja yang besar, yang jelas dengan mata kasar dahulu dan benda-benda kecil dan teliti, lakukan kemudian.
Contoh, bilik utama, kerana bilik ini selalu kita kunjungi dan menjadi ruang rehat hijabi. Manakala yang sudah berumahtangga, dahulukan ruang bermain anak-anak. Susun atur semua perkakas dan peralatan mainan. Percayalah, jika benda yang besar ni dah buat, maka benda-benda kecil ibarat ‘petik jari’ sahaja.
Jangan simpan baju hingga hujung minggu sebab kita sendiri tahu akibatnya kan? Hijabi yang bekerja kebiasaanya mesti tunggu hujung minggu nak buat semua.
Bosan dengan rutin ni, asal Sabtu sahaja mesti membasuh, menyidai dan melipat. Apa kata selepas ini cuba jadikan amalan; setiap petang atau malam, basuh baju. Kalau ahli keluarga ramai, banyak lah kan walaupun hanya sehari.
Jika baju terpakai tak banyak, buat 2 hari sekali. Kita sendiri akan nampak, rumah kita bersih & kemas dari timbunan baju terpakai dalam baldi atau belum dilipat. Untuk meringankan beban latih anak-anak dan suami buat aktiviti ini. Minta mereka lipat baju masing-masing dan simpan di tempat sendiri. Mudah kan?
Jika cuaca mengizinkan, buka tingkap dan biar udara dah cahaya matahari keluar masuk. Kadang-kadang udara yang tak segar ni boleh buat rumah kita nampak kotor. Jika ada tetamu nak datang dalam masa terdekat, boleh gunakan penyegar udara atau nyalakan lilin wangi di seluruh rumah kita.
Guna kelebihan produk pencuci yang ada dalam pasaran. Spray shower mandi, permukaan sinki, lantai, dinding dan biar dulu beberapa minit untuk bahan pencuci itu bertindak balas dengan kesan kotoran.
Buat kerja lain terlebih dahulu, kemudian selesaikan semula. Hasil tindak balas tersebut mungkin kita hanya perlu mengelap atau menyiramnya sahaja. Tak perlu susah payah menyental atau memberus.
Produk itu sendiri dah memainkan peranan memudahkan kerja dan menjimatkan masa kita. Selamat pada tangan, sangat berkesan pada kotoran dan semulajadi.
Jika ada kesan tumpah, cuci dengan segera. Kita hanya akan melibatkan sedikit masa menyental kotoran tersebut dibandingkan dengan kesan tumpah yang dah dibiarkan lama.
Begitu juga dengan kotoran pada pinggan mangkuk. Jangan biar ‘bermalam’ dalam sinki dapur. Selepas makan, buang sisa makanan dan basuh terus. Bayangkan jika kita biar tidak berbasuh semalaman.
Esok paginya, jadi kerja pulak nak rendam dulu supaya senang cuci. Haruman kurang enak akan merebak ke seluruh dapur. Bertambah pula kerja lain kan.
Dalam Islam pun ada menegaskan, jangan biarkan pinggan mangkuk yang dah digunakan tidak berbasuh. Sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas tidak berbasuh menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka makanan kotor dan busuk. Islam amat menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan penyakit.
Pilihan gajet rumah adalah tindakan paling bijak hijabi untuk menjimatkan masa dan mengurangkan bebanan kerja.
Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, sebuah pembersih vakum pelbagai guna, sebuah inovasi yang diketuai oleh Neatsvor dan A&S, A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor boleh melakukan kerja-kerja seperti memvakum, menyapu dan membersihkan lantai. Dilengkapi dengan teknologi kecekapan pembuatan, pembersih vakum ini boleh melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa.
Kerjasama pertama A&S dengan Neatsvor ini juga memperlihatkan A&S memperluaskan kepelbagaian produk yang ditawarkan di pasaran. Dengan membawa nama A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, A&S akan menangkap pasaran yang lebih luas, terutamanya di bandar dimana pengguna sering mencari alternatif dalam membantu mereka dalam melakukan kerja rumah.
A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot V390 mempunyai berat sekitar 2.5kg, dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, pengecasan automatik, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Ia boleh menyesuaikan kuasa sedutannya secara automatik, mengikut mod pembersihan yang berbeza.
Sementara itu, A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot X500 memiliki empat mod pembersihan yang direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Ianya boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi ataupun alat kawalan jauh. Ciri-cirinya termasuklah menyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, kuasa sedutan yang kuat, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Kedua-dua pembersih vakum mempunyai kapasiti 600ml kotak debu.
A&S juga akan melancarkan A&S Pembersih Vakum Tangan Tanpa Kord S100 dan A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100. A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100, yang beratnya lebih kurang 1.41 kg, mempunyai ciri-ciri seperti kuasa sedutan yang kuat (sekitar 8,000 Pa), pembersihan satu kunci, fungsi sentuhan, penapis HEPA, dan tanpa kord.
Manakala, A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany S100 boleh diposisikan dengan baik dalam keadaan lurus bagi menyeimbangkan berat yang optimum dan mudah dialihkan. Seberat 1.42 kg, ia dilengkapi penapisan mesin HEPA keseluruhan dan sedutan yang kuat, lebih kurang 20,000 Pa. untuk membersihkan di mana sahaja. Ia juga mudah dipegang dan dibawa.
Mudahkan! Sekiranya hijabi bijak dalam merancang masa dan peralatan membersihkan rumah, semuanya akan berjalan dengan lancer tanpa bebanan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pada masa kini, semakin ramai kaum wanita yang melanjutkan pengajian hingga ke peringkat tertinggi ijazah. Banyak juga di kalangan gadis-gadis muda yang sudah memasang impian untuk belajar hingga ke peringkat doktor falsafah namun tidak tahu mahu bermula dari mana.
Adakah hijabi juga begitu? Kalau ada fikiran yang sama, mari ikuti thread ini oleh Dr.Mar di twitter di akaunnya @MarAzlan.
Semoga penjelasan ini menjawab kekeliruan yang bermain di minda anda semua. Selamat mencapai cita-cita anda. Kentalkan semangat InsyaAllah anda akan sampai ke puncak yang tertinggi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.