Sumber gambar: via pixabay.com

Seumur hidup kita sebagai seorang remaja, fasa wajah dinaiki jerawat dan meninggalkan kesan pasti tidak akan dielakkan. Kesan jerawat di wajah kadang-kala meninggalkan membuatkan keyakinan diri sedikit luntur. Namun usah khuatir, kesan ini boleh dikurangkan dengan beberapa amalan kecantikan yang boleh membantu memulihkan kesan noda dek jerawat.

Ini adalah bahan-bahan yang ada dalam produk kecantikan yang boleh anda pertimbangkan untuk kesesuaian penggunaan diri.


.

  1. Minyak Rosehip

Kaya dengan sumber antioksidan dan asid lemak penting. Minyak biji rosehip akan membantu menyembuhkan kulit yang rosak dan kering pada kadar segera. Struktur minyak ini yang bertekstur ringan cepat diserap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan cela.

IKLAN
  1. Asid Glikolat Semula jadi

Asid Glikolat Semula jadi berasal dari ekstrak epal yang berfungsi dengan baik untuk menghilangkan cela dan parut. Ambil empat bahagian air dan satu bahagian asid glikolat, campurkan bersama. Kemudian campuran tersebut ke kawasan yang diperlukan. Biarkan selama lima minit dan bilas dengan air sejuk selepas itu. Amalkan campuran ini seminggu sekali selama tiga minggu dan kemudian dua minggu sekali.

  1. Baking Soda

Baking soda dapat menyeimbangkan pH kulit anda dan juga merupakan bahan pengelupasan semula jadi untuk kulit anda. Membuang sel kulit mati tanpa merosakkan kulit di sekitar parut, boleh menjadikan kulit anda kelihatan segar dan kenyal. Campurkan 50ml air dan 20g baking soda untuk membentuk cairan kental. Kemudian, sapukan campuran ini ke parut dan gosokkannya ke kawasan yang mempunyai cela. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilas dengan air sejuk. Ulangi proses ini sekali setiap minggu.

IKLAN
Gel aloe vera semula jadi. Sumber gambar: via pixabay.com
  1. Gel Aloe Vera (Lidah Buaya)

Sebahagian besar daripada kita menyedari banyak faedah lidah buaya. Walaupun penyelesaian berasaskan gel tersedia di kedai, cara terbaik untuk menggunakan lidah buaya adalah dengan mengekstrak dan mendapatkan gel semula jadi dari tumbuhan itu sendiri. Pecahkan daun tanaman lidah buaya, gosokkan gel jernih dari dalam dan sapukan terus ke bahagian wajah yang berparut. Setelah kering biarkan beberapa Ketika sebelum membilasnya.

IKLAN
  1. Cuka Apple Cider

Cuka Apple Cider adalah bahan serba guna yang berfungsi untuk semua perkara, mulai dari penjagaan kulit sehingga memberi manfaat kepada rambut anda. Untuk membuat krim apple cider yang menenangkan di rumah, ambil 45 ml jus apple cider dan tambahkan 5ml jus lidah buaya, 5ml madu dan 50ml air ke dalamnya. Sapukan campuran ini ke kawasan yang bermasalah tiga kali sehari untuk hasil terbaik.

Semoga petua yang penulis kongsikan ini bermanfaat untuk anda. Ini adalah antara bahan-bahan yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan kesan parut di wajah. Selamat mencuba!

Sumber: Cosmopolitan India