Tampil Dalam Majalah Sports Illustrated: Swimsuit, Model Berhijab Halima Aden Sekali Lagi Mencipta Sejarah!

Share

Majalah Sports Illustrated setiap tahun akan mengeluarkan edisi Swimsuit yang menampilkan para model yang dibaluti dengan bikini seksi mereka. Namun pada tahun ini, Sports Illustrated: Swimsuit memecah tradisi dengan menampilkan seorang hijabi sebagai modelnya.

Hijabi itu adalah Halima Aden, model berhijab ternama berdarah Somali-Amerika. Halima mencetak sejarah, sebagai satu-satunya wanita berhijab yang memakai burkini di majalah Sports Illustrated: Swimsuit.

Halima Aden lahir di sebuah perkampungan Kenya dan telah menetap di sana sehingga berusia 7 tahun, selepas itu dia berpindah ke Amerika Syarikat. Kini Halima kembali ke tanah kelahirannya, untuk melakukan ‘photoshoot’ untuk edisi istimewa ini dengan fotografer Yu Tsai.

Mari kita lihat antara gaya dan ‘look’ burkini Halima untuk majalah Sports Illustrated: Swimsuit.

Nampaknya tahun demi tahun, model berhijab kini diiktiraf oleh dunia. Buktinya semakin ramai wanita berhijab berani menceburi bidang peragaan dan meniti nama seperti Halima Aden. Diharap kehadiran wanita berhijab dalam dunia fesyen antarabangsa ini dapat mengubah stigma negatif dunia barat terhadap wanita berhijab dan agama Islam sendiri.

Tahniah Halima Aden!

 

IKLAN