Memilih produk untuk tampil cantik dan berseri haruslah dilakukan dengan berhati-hati. Jangan mudah terpengaruh dengan produk yang menjamin kecantikan segera, sebaliknya pilihlah produk yang berfungsi untuk merawat wajah dan sekaligus memberi hasil yang baik tanpa sebarang kesan sampingan.

Seperti produk kecantikan Botanicalle yang diasaskan oleh Puan Norlaila Yusof, dia komited dalam usaha mendidik masyarakat Malaysia mengenai bahan kimia yang selamat digunakan dan yakin produk Botanicalle ini menepati ciri-ciri produk penjagaan kulit yang menyeluruh terutama bagi mereka yang mempunyai kulit normal dan kering.

Mengutamakan penggunaan bahan semulajadi di dalam produk yang ditawarkan, Botanicalle tampil dengan set penjagaan wajah tanpa sebarang bahan kimia merbahaya.

IKLAN

Menurutnya,“Rangkaian produk Botanicalle Natural Skincare terdiri daripada beberapa rangkaian produk. Bagi rangkaian permbersihan muka, kami menawarkan Oil Cleanser, Gentle Cleansing Mousse, Milk Cleanser dan Botanicalle Organic Clay Mask serta Organic Rose Hydrosol yang boleh disesuaikan mengikut masalah kulit yang dihadapi oleh pengguna.

“Bagi rangkaian penjagaan kulit pula, Botanicalle Natural Skincare mengeluarkan rangkainan Hydrating Serum serta Moisturiser.”

IKLAN

Berkongsi mengenai inspirasinya dalam menghasilkan produk-produk Botanicalle. Dia menyatakan mengenai kesukaran untuk menemukan produk yang berkesan dan selamat khususnya untuk mereka yang memiliki jenis kulit kering.

“Saya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencuba produk yang dihasilkan untuk melihat sendiri keberkesanan produk. Beberapa kali saya menukar formula untuk menyesuaikan formula Botanicalle kepada mereka yang mempunyai kulit kering,” kongsinya lagi.

IKLAN

Menariknya, untuk mereka yang baru pertama kali mahu mencuba Botanicalle turut dijual dalam saiz mini “Travel Set” supaya pengguna boleh melihat keberkesanan serta kesesuaian produk yang ditawarkan ke atas kulit mereka.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI