Bakatnya dalam bidang pengacaraan tidak perlu dipetikai. Setiap coleteh sangat bermanfaat dan memberi keceriaan kepada penonton. Terbaru Sherry Alhadad menjadi penyampai bersama untuk program bual bicara Mingguan Wanita musim terbaru.
Ramai yang memuji penampilan Sherry semakin cantik dan bentuk badannya juga sudah sedikit langsing.
View this post on Instagram
Biarpun tidak ketara penurunannya tetapi sebenarnya Sherry berjaya mengurangkan 11 kg dalam masa beberapa bulan sahaja.
Sebab utama menurunkan berat badan bukanlah kerana mahu kurus tetapi lebih kepada fakor kesihatan.
Menurut Sherry dia sebenarnya pernah diberi amaran dan diingatkan oleh doktor untuk menurunkan berat badan dalam tempoh 3 tahun. Atau mungkin dia akan berdepan dengan pelbagai kompikasi penyakit.
View this post on Instagram
Takut dengan kemungkinan yang berlaku, sejak Januari tahun lalu Sherry tergerak hati mengubah gaya hidupnya dan memulakan program menurunkan berat badan.
Siapa sangka hanya setelah tiga bulan menjalani progam berkenaan, Sherry sudah kehilangan 11 kilogram. Biarpun penurunan itu tidak begitu drastik tetapi dia tetap berpuas hati dengan jumlah penurunan itu.
Bercakap dengan Sinar Hiburan Online, Sherry berkata dia menjalani proses bersenam dan menjaga pemakanan bukan untuk kurus semata-mata tetapi lebih kepada gaya hidup sihat dan cergas.
View this post on Instagram
Artikel Berkaitan: Dihina Berbadan Besar, Gadis Ini Nekad Turunkan Berat Badan
Berat pemilik sebenar Sahriffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad sebelum ini 119 kg dan terkini hanya 108 kg. Dia mensasarkan untuk mengurangkan lagi beratnya mencecah 100 kg dalam tempoh dua bulan lagi.
Bukan mudah sebenarnya untuk dia menjalani proses peralihan ini kerana terpaksa melupakan segala makanan kegemaranya, terutama coklat. Pada mulanya agak sukar tetapi lama kelamaan dia dapat menyesuaikan diri.
Sherry juga turut meluangkan masa di pusat kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bukan itu saja, dia juga turut diberi jadual pemakanan oleh jurulatih kecergasan.
View this post on Instagram
Namun begitu, bagi Sherry dia juga menetapkan satu hari sebagai ‘cheat day’ di mana dia boleh makan apa sahaja diingini tetapi bukan secara melampau.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SHERRY ALHADAD
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI