‘Tak Tau Nak Nangis Ke Gelak’- Farah Lee Terkedu Lihat Anak & Cousin Main Potong Rambut

Share

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Farah Lee berkongsi kisah lucu yang terjadi kepada anaknya, Maream Esabel.

Luahnya,dia tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi apabila mendapat tahu anak saudaranya, Orked, memotong sendiri rambut Maream.

Maream: Orked wants to cut my hair.
Orked: Because Maream wants hair like boys.
Omma: …

Taktau nak nangis ke nak gelak. 30 minit gak aaa omma speechless taktau nak cakap apa. Selama ni tengok anak orang je main potong-potong rambut.

Anak sendiri dan cousin, complete macam kedai. Dia ingat kedai gunting rambut still belum boleh bukak kot. Huwaaaaa tolong cantum balik hati omma yang berkecai ni 😫😫😫

Perbezaan rambut Maream yang kini dan dahulu.

Ramai netizen yang terhibur dengan insiden tersebut dan menganggap ia akan jadi kenangan yang bermakna buat Maream,5, apabila sudah dewasa nanti.

Menariknya, di usia yang masih kanak-kanak, Orked juga seperti mempunyai kemahiran memotong rambut apabila dapat memotong bahagian belakang rambut Maream dengan kemas.

 

IKLAN