Untuk memiliki wajah yang menyerlah sempurna, bukan sekadar bergantung pada alat solek dan juga tidak hanya pada penjagaan kulit semata. Ia perlukan keseimbangan, gabungan antara kedua-duanya menghasilkan kulit sihat dan berseri. Tidak percaya? Cuba langkah-langkah berikut dan nilai sendiri hasilnya.

Tak Susah Untuk Miliki Kulit Menawan, Inilah Rutin Rahsia Untuk Kelihatan Berseri & ‘Glowing’ Sentiasa!
Sumber gambar: Polina

PUPUR SEBELUM MULA Pakai pupur sebelum memulakan solekan akan memberikan kulit anda ekstra lembab, dan dengan itu kulit akan tampak lebih sihat dan bermaya.

PEMAKAIAN PELEMBAB  Tidak kisahlah jika kulit anda berminyak atau normal, pemakaian pelembab adalah perlu. Oleskan pelembab yang teksturnya tidak terlalu pekat selepas penggunaan pupur tadi. Kemudian, biarkan sekurang-kurangnya dua minit agar kulit dapat menyerap sempurna khasiat pelembab tadi.

BEDAK ASAS CECAIR Oleskan bedak asas dan biarkan selama beberapa minit. Ini akan membantu melembutkan tekstur kulit anda malah hasilnya juga tidak akan tampak kaku.

Ads
Tak Susah Untuk Miliki Kulit Menawan, Inilah Rutin Rahsia Untuk Kelihatan Berseri & ‘Glowing’ Sentiasa!
Sumber gambar: Karolina

PEMAKAIAN PENYERLAH  Penyerlah hadir dengan pelbagai tekstur, ada yang berbentuk batang, kompak dan juga cecair. Namun seeloknya adalah berbentuk batang atau krim kerana tekstur sebegini memberikan hasil yang lebih asli dan mudah mesra pada kulit.

Cara terbaik untuk mengoles penyerlah bedak adalah dengan menggunakan berus yang besar, ini kerana berus yang lebih besar memberikan sapuan yang lebih meluas dan ketara namun kekal semula jadi.

Tak Susah Untuk Miliki Kulit Menawan, Inilah Rutin Rahsia Untuk Kelihatan Berseri & ‘Glowing’ Sentiasa!
Sumber gambar: Greta

PEMERAH PIPI BERSINAR Setelah selesai dengan pemakaian penyerlah di bahagian atas tulang pipi, layangkan tipis pemerah pipi yang bertekstur berkilau (shimmer) pada tulang pipi. Struktur tulang pipi akan lebih menonjol dengan perbezaan ton antara penyerlah dan pemerah pipi.

Ads

SAPU TIPIS BEDAK WAJAH LUT SINAR Oleskan bedak tabur lut cahaya pada seluruh wajah untuk meminimumkan kilauan pada wajah agar tampak lebih semula jadi dan lebih menyerlah.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Ads

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tak Susah Untuk Miliki Kulit Menawan, Inilah Rutin Rahsia Untuk Kelihatan Berseri & ‘Glowing’ Sentiasa!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI