Kelembapan kulit amat penting untuk memastikan tidak kering dan sentiasa tampak awet muda. Untuk memiliki kulit yang sentiasa lembap, pelbagai cara dan langkah yang harus dilakukan. 

Sumber gambar: Sora

Tak susah pun untuk memiliki kulit yang sentiasa lembap dan bersinar. Hanya luangkan beberapa minit sahaja, pastinya kulit terus berseri dan sihat!

Sumber gambar: Sh.vets

1. Ramai yang tahu tentang kebaikan minum air kosong, bukan? Tetapi masih ramai juga yang mengabaikan tentang kebaikan minum air ini. Sebenarnya, minum air kosong sebanyak lapan hingga sepuluh gelas sehari bagi mengekalkan kelembapan kulit. Jadi, usah malas untuk minum air ya!

2. Siapa yang selalu tidur tanpa mencuci solekan pada muka? Ataupun langsung tidak mencuci muka sebelum tidur? Awas! Bahaya tau! Ia boleh menyebabkan keradangan pada kulit muka. Mencuci muka dengan air bersih sebelum tidur. Jika muka tidak dibersihkan, kotoran dan bakteria pada muka boleh menyebabkan jerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

IKLAN
Sumber gambar: Sam Lion

3. Khas pada anda yang suka bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang aktif, pastikan muka anda dibersihkan sebelum memulakan senaman kerana apabila berpeluh, ia akan mengurangkan kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Setiap kali selepas mencuci muka, amalkan menggunakan penyegar (toner) disusuli dengan krim pelembap bagi membekalkan kelembapan pada wajah.

IKLAN

5. Apabila keluar rumah, jangan lupa untuk lindungi wajah dengan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit dari terbakar.

IKLAN

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI