Tak Solat Tapi Exam 4 Flat? Tersentap Hati Lepas Tahu Akibat Melewatkan Solat Ini

Share

Zaman sekarang, kita mungkin biasa melihat orang lain ataupun diri kita sendiri yang tidak rasa apa-apa bila melengah-lengahkan solat. Kita mungkin berfikir yang ada perkara yang lebih penting perlu dilakukan dahulu sebelum mendirikan solat. Yang tinggalkan so lat pun ramai juga malah tidak malu mengakuinya.

Ada yang berfikir, mengapa perlu solat sedangkan dia rasa dirinya sudah bijak, pandai, kaya dan lengkap segala-galanya?  Namun, tahukah anda kesannya disebalik tindakan anda itu? Sentap betul rasanya apabila membaca perkongsian daripada akaun twitter @tarbiahsentap ini. Mari kita hadam baik-baik.

“Tak solat tapi keputusan peperiksaan 4 flat’’

Bila kita sengaja menangguhkan solat, maka tertangguhlah segala urusan dalam hidup kita seperti jodoh, kerjaya, hidayah daripada Allah dan sebagainya.

Menurut Imam Hassan al-Basri, rendahnya nilai hidup kita bergantung kepada rendahnya nilai solat kita dalam kehidupan seharian. Subhanallah.

Takut rasanya bila membaca kesannya yang mungkin kita sangka kecil namun mampu memberi impak yang mendalam dalam hidup. Moga kita semua tidak termasuk dalam golongan umat yang alpa. Amin.

 

IKLAN