Lipstik diibaratkan sebagai penaik seri wajah dalam etika solekan. Tanpa olesan lipstik, maka wajah anda bagaikan suram dan kosong. Pun begitu, pemilihan rona lipstik juga memainkan peranan penting untuk memastikan gaya solekan anda tampak semourna dan rapi. Penggunaan lipstik pastinya memberikan wajah tampak lebih segar dan bold, apatah lagi jika berona merah yang hangat. 

Sumber gambar: Mart.production

Tetapi harus diingat, lipstik juga mudah comot dan cepat pudar jika salah cara. Cuba cara mudah ini untuk kekalkan gincu agar kekal tahan lebih lama sepanjang hari.

1. Skrub bibir

Sumber gambar: Polinawhatever

Jangan ketepikan rutin skrub pada bibir anda. Banyak kebaikan skrub bibir ini contohnya ia dapat membuangkan kulit mati pada bibir dengan menggunakan skrub yang khas untuk bibir sahaja. Ini akan membuatkan gincu melekat dengan lebih mudah dan tidak mengelupas kekeringan.

2. Pelembap bibir

Sumber gambar: Ron Lach

Pasti ramai yang tahu tentang kebaikan pelembap bibir. Tapi bagi anda yang masih tidak tahu mengenainya, pelembap bibir dapat menjadikan bibir lebih lembut dan bibir tampak lebih ‘seksi’, Jadi, sapukan pelembap bibir terlebih dahulu untuk memastikan bibir sentiasa cukup lembap dan tidak kering. Kesat lebihan pelembap agar bibir tidak terlalu berminyak kerana ia boleh menyebabkan rona gincu susah melekat dan meleleh.

IKLAN

3. Penggaris bibir

Sumber gambar: Rafael

Untuk trik yang mudah menggunakan penggaris bibir ini, gunakan penggaris bibir dengan rona seakan sama gincu yang ingin kita gunakan pada bahagian luar permukaan bibir. Untuk lebih kekal lama, oleskan juga penggaris bibir di bahagian dalam di atas permukaan bibir sebagai lapisan paling bawah. Elakkannya jika anda mengalami kulit kering. Ia akan menjadikan garisan comot dan tidak kemas.

4. Berus kecil

Sumber gambar: George

Untuk kekal lebih lama, oles lembut gincu dengan menggunakan berus kecil yang dibuat khas untuk bibir. Elakkan dari mengoles gincu terlalu banyak kerana ia akan mengakibatkan gincu mudah comot.

IKLAN

5. Bedak halus

Sumber gambar: Marcelo

Terakhir sekali adalah sapukan sedikit bedak halus dengan berus lembut pada bibir. Ianya sebagai lapisan penutup pada gincu agar rona gincu kekal lama sepanjang hari.

6. Gunakan straw

IKLAN

Elakkan dari meminum air terus dari gelas kerana ia boleh mencomotkan gincu di bibir. Gunakan penyedut minuman agar gincu tidak hilang terkena air.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI