Masalah kulit kering merupakan salah satu masalah kulit yang selalu membelenggu kehidupan kaum Hawa terutamanya. Menjadikan rasa tidak selesa dan kulit tampak tua dari usia, kulit yang kering bukanlah perkara yang biasa. Meskipun banyak produk atau krim wajah dijual di pasaran, namun tidak semuanya memberikan kesan yang bagus. 

Sumber gambar: Angela

Oleh itu, tukarkan rejim kecantikan anda dengan menggunakan bahan semula jadi seperti di bawah ini untuk merawat masalah kulit kering! Lebih jimat dan lebih mudah!

Sumber gambar: Lipani Skincare
  1. Tomato
Sumber gambar: Margo.estudio

Tahukah anda, tomato dapat melembabkan kulit dan dapat merawat masalah kulit yang kering dan kusam. Caranya:

  1. Lenyekkan sebiji tomato yang telah dipotong kecil sehingga keluar jus tomato tersebut.
  2. Sapukan jus itu ke seluruh wajah untuk dijadikan seperti masker dan biarkan selama 10 minit supaya dapat diserap oleh kulit muka. 
  3. Bilas dengan air suam dan lakukannya dengan kerap untuk melihat hasil yang menakjubkan.

2. Madu

Sumber gambar: Romadintsow

Madu bukan sahaja digunakan sebagai penawar untuk penyakit-penyakit seperti batuk, sakit perut dan pening kepala malah madu juga boleh merawat masalah kulit kering. Untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih lembab dan anjal, gunakan madu asli. Madu terkenal sebagai pelembap semulajadi yang mengandungi antioksidan dan antibakteria. 

Bukan itu saja malah madu juga mengandungi banyak vitamin yang dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit. 

IKLAN

Caranya:

  1. Lulurkan madu ke seluruh badan dan wajah selama 5 hingga 10 minit sebelum mandi. 
  2. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Untuk kesan yang bagus, urutkan sedikit di kawasan yang kering itu semasa membilas. Jadikan cara ini sebagai rutin harian anda untuk menikmati kulit yang sihat dan lembap.

3. Minyak kelapa

Sumber gambar: izgubljenausvemiru

Kandungan nutrisi dan vitamin yang ada pada minyak kelapa bukan sahaja bagus untuk kecantikan rambut, malah ia juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk merawat kulit yang kering. 

Caranya:

IKLAN
  1. Sapukan minyak kelapa sawit di kulit badan dan bahagian badan yang kering. 
  2. Lakukan ini setiap hari untuk mendapat kulit yang lembap dan lembut. Anda juga boleh menggunakan minyak kelapa ini selepas mandi sebagai pelembap kulit.

4. Aloe Vera

Sumber gambar: mdsn.design

Terkenal dengan kebaikannya pada tubuh manusia, bahan aktif dalam lidah buaya ini terbukti mampu merawat parut, tompok hitam, mencegah penuaan dan melembapkan kulit. 

Caranya:

IKLAN
  1. Belahkan daun lidah buaya ini dan ambil gel pada daun tersebut lalu sapukan pada kulit beberapa kali seminggu. 
  2. Selain itu, anda boleh jadikan ia sebagai masker dengan mencampurkan satu sudu gel lidah buaya dengan satu sudu madu. Sapukan pada muka selama 15 sehingga 20 minit.
  3. Bilas dengan bersih. Lakukan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

5. Yogurt

Sumber gambar: The Daring Gourment

Siapa sangka yogurt mampu memberi kelembapan pada kulit? Diperkaya dengan sumber tenusu yang tinggi, yogurt antara salah satu bahan yang dipercayai mampu mengemmbalikan kesegaran pada kulit.

Caranya:

  1. Sapukan yogurt (asli) pada bahagian yang kering.
  2. Urut perlahan bersama-sama dengan yogurt yang sudah disapukan. Biar selama 10 minit.
  3. Kemudian, bilas bersih dengan air suam. Lakukan setiap malam sebelum tidur untuk menghilanglan kulit yang kering.

 

https://www.youtube.com/watch?v=XqUlr0-K9KA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI