Pisang dan susu termasuk dalam makanan yang kaya dengan manfaat kesihatan. Kedua-duanya juga memiliki rasa yang enak. Oleh kerana alasan inilah adanya produk milkshake atau smoothies yang dibuat dengan campuran daripada kedua-dua bahan ini. Susu dan pisang adalah kombinasi sumber makanan yang boleh dijadikan jus minuman yang lazat maka tidak hairanlah jika minuman ini dijual di pasaran. Namun sebenarnya jus minuman ini boleh dibuat sendiri di rumah. Ianya lebih berkhasiat dan terjamin dari segi kualitinya.
Berikut cara-cara untuk membuat sendiri susu pisang.
Stres beli susu pisang rupanya bukan pisang betul pun, tapi susu campur perasa pisang. Mahaiii kemain.
Buat sendiri ni ha.
Pisang sebiji, susu penuh krim segelas. Tanpa perasa tiruan. Cukup puas hati
Ada yang nak resepi ke?
-sebiji pisang, blend sampai hancur, kacau-kacau dengan segelas susu (susu penuh krim, recommended. Susu segar pun ok)
-1 sk gula/madu kalau nak tambah manis. Tapi pisang saja pun dah sedap dan manis dah. Tambah sikit senyuman, bertambah-tambahlah manis
Selamat mencuba!
Sumber kredit: AJ Idris via Masak Apa Hari Ini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI