Saat kita menonton filem Disney seperti Cinderella dan Rapunzel, selain pakaian yang digayakan, satu perkara yang membuatkan kita terpesona adalah rambut. Melihatkan rambut yang sihat, hitam dan lebat pastinya menimbulkan keinginan untuk kita juga memiliki rambut seindah itu.

Sebenarnya boleh sahaja untuk kita memiliki rambut yang sihat, lebat dan hitam berkilat. Syaratnya kita perlulah rajin merawat rambut dan juga kulit kepala. Apabila kulit kepala sihat maka ia akan menyuburkan rambut agar ‘tumbuh’ sihat dan kuat.

Melalui perkongsian Ibrisam Wossali wanita ini berkongsi cara membuat sendiri skrub limau purut di rumah yang boleh kita cuba. Senang dan sangat menjimatkan kos. Selain menyuburkan rambut, skrub limau purut ini juga mampu menjadikan rambut harum mewangi.

Hanya ambil buah limau purut di belakang rumah sahaja. Menariknya lagi, menurut beliau skrub limau purut ini boleh menggantikan syampu kepala. Skrub ini juga boleh digunakan untuk tubuh. Pendek kata kegunaannya 2 dalam 1.

Bukan saja sihat, malah rambut dan badan akan berbau haruman limau purut. Jom Cuba!

BAHAN-BAHAN:
Buah limau purut secukupnya
Mesin pengisar (Blender)
Sedikit air

IKLAN

CARA MEMBUAT:
1. Basuh bersih limau purut.

2. Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar).

3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika mahu scrub menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja.

4. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna ambil sedikit sahaja. Senangkan.

IKLAN

Lumur macam biasa skrub limau purut tersebut dan jadikan seperti syampu. Lakukan urutan lebih sikit di kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut kena skrub beraroma hebat ni. Biarlah sekejap pada kepala dan kemudian barulah dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar malah baunya pun wangi.

Selain limau purut itu sendiri, daun limau purut juga punya khasiat untuk kecantikan. Berikut manfaat daun limau purut untuk kecantikan.

KELEBIHAN DAUN LIMAU PURUT UNTUK KECANTIKAN SEMULA JADI:

IKLAN

1. Hilangkan Bau Busuk
Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.

2. Pewangi Semulajadi
Hiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam kereta. Wangi sentiasa.

3. Putihkan Gigi
Nak putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.

4. Wangikan Badan
Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tubuh anda.Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan sekaligus melembutkan kulit.

Sumber kredit: Ibrisam Wossali

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI