Tidak perlu guna produk mahal-mahal. Air basuhan beras yang kita buang sahaja itu sebenarnya banyak kegunaany untuk kecantikan. Dengan hanya menggunakan air basuhan beras, anda mampu memiliki kulit wajah yang segar, lembut dan flawless.
Kalau nak tahu, air beras mengandungi pelbagai khasiat tersembunyi yang akan membuat anda lebih cantik dan paling penting, dapat berjimat berbanding membeli produk kecantikan.
Berikut enam manfaat yang terdapat di dalam air cucian beras.
1. MENYERLAHKAN WARNA KULIT
Air cucian beras dapat menghilangkan setiap kotoran dan sebum berlebihan yang terdapat pada kulit muka. Cara penggunaannya adalah dengan merendamkan kapas dalam air cucian beras dan lapkan pada kulit muka. Jika ia dijadikan sebagai rutin, hasilnya kulit wajah akan menjadi lebih lembut, cerah dan segar.
2. TOPENG MUKA
Air cucian beras juga dapat menggantikan topeng muka yang kebanyakan dijual di pasaran. Cara penggunaannya, ambil topeng muka yang sudah tidak digunakan atau kain, rendamkan ia dalam air cucian beras selama 10 minit.
Kemudian, letakkan pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Pasti kulit akan terasa segar berbanding biasa selepas memakainya.’
IKLAN
3. SEBAGAI PENCUCI MUKA
Air cucian beras selalunya berwarna putih pekat dan ternyata ia mengandungi pelbagai khasiat. Ia boleh disimpan di dalam botol atau bekas yang sesuai.
Malahan, ia boleh digunakan sebagai pencuci muka buatan sendiri. Khasiatnya baik untuk mencerahkan kulit muka. Perbezaan akan dapat dilihat selepas menggunakannya seharian.
Ternyata ia lebih selamat berbanding produk kosmetik sedia ada yang kebanyakan mengandungi bahan kimia.
IKLAN
4. MENGECILKAN LIANG PORI
Kelebihan menggunakan air cucian beras untuk kecantikan wajah adalah sangat baik. Ia dapat mengecilkan liang pori dan membuatkan kulit wajah lebih segar dan anjal.
Cara untuk mengecilkan liang pori adalah rendamkan kapas dalam air cucian beras dan lapkan kapas berkenaan pada kulit muka. Usap dan urut secara perlahan-lahan setiap pagi dan petang.
IKLAN
5. MENGHILANGKAN JERAWAT
Bukan semua produk kosmetik sesuai dengan kulit wajah kita. Ada produk kosmetik yang akan membuatkan kulit lebih teruk dan hodoh.
Ia kerana bahan kimia yang terkandung tidak bersesuaian dengan kulit wajah. Tetapi jangan terkejut bahawa air cucian beras boleh juga menghapuskan jerawat dan jeragat di kulit muka. Air cucian beras ini terbukti dan ternyata dapat menyembuhkan masalah kulit muka secara semula jadi dan lebih cepat.
INFO: MENCUCI WAJAH DENGAN AIR BERAS
*Cuci semangkuk beras sehingga debu dan kotoran daripada beras hilang dan buang airnya.
*Tambahkan air dan kacau dengan tangan. Biar selama 30 minit supaya nutrisi yang terkandung pada beras masuk ke dalam air.
*Pisahkan air daripada beras dan basuh wajah dengan air itu. Picit lembut dengan jari selama enam minit.
*Bilas dengan air bersih, keringkan dengan kain lembut sambil menepuk kulit.
Sebelum kewujudan produk kecantikan yang pelbagai di pasaran, pelbagai cara untuk menjaga kecantikan dengan menggunakan bahan semula jadi. Kagum dengan kecantikan wanita pelbagai Negara, ketahui cara mereka menjalani rutin kecantikan harian.
Berikut ialah beberapa rahsia kecantikan terbaik dan paling mudah dari seluruh dunia untuk kekal cantik secara semula jadi. Pilih salah satu rutin kecantikan dari Negara yang anda gemari yang menjamin bahawa menambahkannya pada rejimen kecantikan harian akan membuatkan anda kelihatan seperti baru sahaja menjalani rawatan spa.
PERANCIS
1. Menyapu ketulan ais pada muka – Rawatan ringkas ini merangsang peredaran darah dan memberikan anda kulit yang lebih sihat dan berseri.
2. Pek muka panas dan sejuk bergantian – Ia memberi anda kulit yang sihat, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan keanjalan kulit dan menepukan kulit anda dengan kelembapan. Hanya celupkan tuala lembut dalam air yang sangat suam dan letakkan pada muka, kemudian ulangi prosedur yang sama menggunakan air sejuk. Ulangi teknik berselang-seli ini beberapa kali.
3. Menggunakan jus lemon untuk mengurangkan keradangan – Menyapukan sedikit jus lemon pada jerawat melakukan kerja yang baik untuk menjadikan jerawat menjengkelkan lebih kecil dan kurang merah.
CHILE
4. Kulit berseri dengan anggur merah – Wanita Chile mendakwa bahawa kulit mereka berseri adalah disebabkan oleh antioksidan yang terdapat dalam anggur merah. Mereka membuat pes dengan mencampurkan anggur merah dengan dua sudu tepung. Setelah pes siap, mereka meletakkannya di muka mereka dan biarkan selama 10 minit sebelum mencucinya. Masker ini mempunyai kesan terbaik apabila digunakan pada waktu pagi.
SWEDEN
5. Pemakanan sihat – Ramai pakar kecantikan mengaitkan kulit bercahaya wanita Scandinavia dengan makan makanan sihat seperti ikan dan beri yang tinggi antioksidan.
6. Sauna – Haba sauna adalah kaedah yang berkesan untuk membuang toksin dari badan.
JEPUN
7. Air beras – Ia membersihkan muka anda, merangsang pengeluaran kolagen, dan memberikan kulit anda tekstur yang lebih licin.
8. Urutan muka setiap hari – Urutan membantu meningkatkan keanjalan kulit dan menyerap oksigen. Anda boleh menggunakan sebarang minyak atau krim untuk urutan muka. Teknik, bagaimanapun, boleh berbeza-beza bergantung pada keperluan kulit anda.
9. Kurang menggunakan bedak muka – Wanita Jepun percaya bahawa kulit yang sihat harus mempunyai sedikit sinar semula jadi. Oleh itu, penggunaan bedak muka dengan kerap boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan keradangan.
BRAZIL
10. Jus lobak merah – Jus ini adalah ubat yang sangat baik untuk menghilangkan jerawat di rumah. Jus lobak merah segar dibungkus dengan beta-karotena, yang diketahui dapat membantu badan anda menyembuhkan jerawat.
SEPANYOL
11. Potongan kentang mentah – Menggunakan kentang untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata. Potong kentang mentah menjadi bulatan nipis dan letakkan di atas kelopak mata anda selama 10 minit.
KOREA
12. Lendir siput – Ini adalah salah satu bahan paling popular untuk krim muka Korea. Ia mempunyai sifat penyembuhan yang baik dan mengandungi kolagen dan elastin.
13. Minyak – Untuk menjadikan kulit anda sangat licin, letakkan sedikit minyak kelapa atau argan pada muka anda sebelum menggunakan krim atau gunakan minyak ini sebagai topeng muka.
14. Serum dan emulsi berasaskan bahan semulajadi – Wanita Korea menggunakan serum setiap malam dan sangat kerap menggunakannya bersama-sama dengan minyak. Urutan penggunaan produk penjagaan kulit mereka adalah seperti berikut: serum, minyak, pelembap.
15. Gantikan produk kecantikan secara berkala – Ini menghalang kulit anda daripada membiasakan diri dengan bahan-bahan tertentu.
TURKI
16. Losen dan topeng berasaskan quince – Jika anda mempunyai kulit berminyak, produk pencuci muka ini adalah pilihan yang tepat.
17. Penggelek jed – Menggunakan penggelek jed pada muka meningkatkan peredaran darah dan warna kulit anda.
ISRAEL
18. Skrub kulit garam laut – Skrub garam laut bagus untuk membuang toksin dari badan anda.
CHINA
19. Teh – Teh herba dan beri sangat bagus untuk membersihkan kulit anda.
INDIA
20. Topeng muka madu dan lemon – Lemon mengurangkan benjolan di dahi anda dan juga di mana sahaja ia boleh muncul, manakala madu menenangkan kulit.
RUSIA
21. Skrub oatmeal – Gunakan skrub ini untuk membersihkan kulit anda dan mengetatkan liang-liang.
GREECE
22. Pemakanan yang betul – Wanita Yunani makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan. Diet mereka juga termasuk pelbagai jenis ikan yang mengandungi tahap tinggi asid lemak omega-3 dan omega-6.
23. Mengukus muka – Tuangkan 2 sudu besar bunga chamomile ke dalam 2 cawan air mendidih dan kukus muka anda selama kira-kira 20 minit. Ingat bahawa menggunakan skrub selepas mengukus muka adalah lebih berkesan.
24. Kiub ais – Ia menggalakkan pembaharuan sel kulit dan merangsang sintesis kolagen semulajadi dan gentian elastik. Selain itu, air berais meningkatkan seri wajah.
25. Topeng muka kunyit – Topeng ini mempunyai ciri antibakteria dan antiseptik yang kuat.
26. Minyak zaitun – Urutan minyak zaitun akan membantu menjadikan kulit anda sihat, lembut dan lembap.
MESIR
27. Topeng tanah liat putih – Topeng tanah liat putih digunakan untuk membersihkan, menyuburkan, dan memutihkan kulit.
28. Krim aloe vera – Aloe vera secara aktif melembapkan, menyuburkan dan melindungi kulit anda daripada penuaan pramatang. Tumbuhan ini juga bagus untuk memulihkan keseimbangan lembapan dalam sel.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Bibir yang mekar, merah dan mungil tentunya menjadi idaman ramai wanita. Pemakaian lipstik, lip balm, lip tint dan lip gloss menjadikan bibir kelihatan sempurna. Namun berapa wanita yang tahu tentang perbezaan ke empat-empat produk kecantikan ini?
Mungkin ada yang beranggapan semuanya sama sedangkan hakikatnya semua peralatan kecantikan untuk bibir ini berbeza antara satu sama lain. Apa kata kita ambil sedikit masa untuk kenal apa sebenarnya lipstik, lip balm, lip tint dan lip gloss yang setiap hari kita pakai.
PERBEZAAN LIPSTIK, LIP BALM, LIP TINT DAN LIP GLOSS.
LIPSTIK
Lipstik adalah produk pewarna bibir pertama yang ditemui. Manfaatnya digunakan secara sederhana untuk mengubah warna bibir. Oleh kerana itu lipstick memiliki variasi warna bermula dari merah, ungu, orange, dan sebagainya.
LIP TINT
Dikenali juga sebagai lip stain, lip tint belakangan ini sangat popular terutama di kalangan pencinta kosmetik Asia. Lip tint memiliki variasi warna yang jauh lebih sedikit dibandingkan dengan lipstik. Hal ini kerana lip tint digunakan untuk meningkatkan warna semula jadi bibir. Oleh kerana itu warna yang sering ditemukan adalah merah, pink, atau peach.
LIP BALM
Produk ini digunakan untuk melembabkan dan merawat bibir. Jika anda memiliki masalah bibir kering atau pecah, maka lip balm adalah pilihan yang tepat. Pada umumnya lip balm tidak memiliki warna, namun sekarang terdapat variasi lip balm yang memberikan warna pada bibir.
LIP GLOSS
Lip gloss memiliki formula yang lekit di bibir, dan membuat bibir terlihat glitter. Jika kamu memiliki bibir yang tipis, produk ini dapat membuat bibir terlihat penuh. Namun, warna yang dihasilkan lip gloss tidak bertahan terlalu lama.
Setiap kali mahu keluar daripada rumah, pasti kita akan mengoles lipstik pada bibir. Lipstik ini ibarat item solekan yang wajib ada di dalam beg tangan setiap wanita. Barulah wajah tampak lebih berseri.
Yang menjadi masalah adalah untuk memilih warna lipstik yang sesuai mengikut tona kulit kita. Pastikan anda tahu tona kulit anda terlebih dahulu sebelum membeli gincu yang baru. Ini ada beberapa tips untuk anda.
1. Tona kulit cerah
Buat gadis berkulit cerah, warna gincu yang terbaik untuk anda adalah rona nude. Rona nude seperti peach atau merah jambu memang sesuai untuk anda. Elakkan memilih rona coklat gelap dan burgundy. Sesekali tampil dengan rona merah untuk kelihatan lebih anggun dan seksi.
2. Tona kulit kuning langsat
Gadis yang memiliki tona kulit ini sesuai dengan kebanyakan warna gincu. Rona coral merupakan warna yang terbaik untuk anda. Selain itu, rona bronze dan warm pink juga sesuai dengan tona kulit ini. Cuma, sebaiknya elakkan memilih gincu rona coklat dan ungu kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak lebih pucat.
3. Tona kulit sawo matang
Rona nude, oren dan merah jambu merupakan rona pilihan yang paling sesuai untuk anda dan boleh dipakai setiap hari. Merah antara warna yang perlu dielakkan untuk tona kulit anda. Selain itu, elakkan juga memakai rona ungu dan kuning kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak seperti sedang sakit.
4. Tona kulit gelap
Sekiranya anda memiliki tona kulit ini, lipstick rona coklat, plum atau merah merupakan pilihan yang terbaik. Untuk waktu siang, anda boleh memilih rona coklat karamel atau pecah. Manakala untuk waktu malam pula anda boleh cuba mengoles rona merah wine.
Ramai di antara kita yang gemar melakukan facial sendiri di rumah berbanding berkunjung ke spa kerana lebih mudah dan menjimatkan. Tak salah pun sis untuk melakukannya sendiri janji bahan-bahan yang digunakan adalah sesuai dan selamat dengan kulit wajah kita.
Jika anda ingin mendapatkan kulit yang cerah berseri tanpa berbelanja lebih, bolehlah cuba tip yang dikongsikan oleh Nursha Salleh ini. Mudah sahaja!
Menariknya, Tip Ini Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit!
Banyak manfaatnya dan ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak.
Ini pula cara-cara untuk anda mengaplikasikanya. Paling penting usaha tu perlu konsisten tau!
Pertama sekali, anda perlu mengambil satu sudu tepung beras tapi, sedikit susu tepung dan kcolly.
Kemudian, bancuh sampai pekat likat. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat macam dalam gambar ni. Kalau korang nak campur serbuk kunyit pun boleh, yogurt, putih telur atau madu. Tapi Sha tak campur apa-apa sebab untuk pakai harian kan.
Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk. Pakai sampai kering dan kemudian basuh muka hingga benar-benar bersih. Kalau nak pakai sampai pagi esok pun tak jadi masalah.
Tunggu sehingga kering dalam 5-10 minit, lepas tu kita cuci muka. Fuh!! Bila dah cuci muka tu rasa best je. Time pegang muka tu rasa lembut sangat dan halus mulus je.
Amalkan setiap hari, dan aanda akan terkejut dengan kesan dia. Kulit akan semakin lembut dan cerah. Jerawat pun dah susah nak timbul. Kulit kusam pun semakin ‘glowing’ dan cerah sekata.
Nak cakap kulit akan jadi licin ibarat kulit telur tu memang tak, tapi ia dapat bantu mengurangkan masalah kulit anda. Kulit yang naik jerawat pun dah makin okay, kulit kusam dan kering pun tak perlu risau lagi.
Eh! Tapi WAJIB konsisten ya. Jangan buat sehari terus nak dapat kulit yang sihat.
Wah, berseri betul bila lihat hasilnya! Yang penting kesabaran anda haruslah tinggi kerana kesannya bukanlah dapat dilihat dalam seharian. Jika anda rajin mengamalkannya maka lebih cepatlah hasil yang akan dilihat.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.