Senyuman yang indah selalu diiringi dengan gigi yang putih dan juga bibir merah merona. Selain gigi yang putih dan sihat, bibir merah dan mungil juga menjadi idaman setiap wanita. Kombinasi gigi yang putih dan bibir yang sihat pastinya membuatkan senyuman indah dipandang.

Kebiasaannya untuk mendapatkan ‘penampakan’ bibir yang merah mungil, ramai wanita menggunakan lipstik. Pendek kata  lipstik menjadi acara kosmetik wajib setiap kali berdandan.

Walau bagaimanapun penggunaan lipstik yang terlalu kerap akan membuatkan bibir anda cepat kering dan lama-kelamaan hitam. Mana mungkin setiap masa anda perlu menyapu bibir dengan lipstik demi mendapatkan bibir yang merah sepanjang masa.

Lebih baik jika anda mencuba perawatan bibir menggunakan cara alami. Berikut cara mengatasi bibir hitam menjadi merah alami yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

SUSU

Asid lactic yang ada dalam susu sangat efektif untuk mencerahkan bibir. Dengan mengoleskan susu segar pada bibir selama 15 minit, ia membantu untuk mengangkat sel-sel kulit mati. Apabila sel kulit mati dapat disingkirkan maka bibir akan lebih segar dan sihat.

MADU

Kandungan glukosa dan fruktosa dalam madu akan merangsang epidermis untuk menghasilkan kolagen baru. Dengan cara ini warna merah bibir akan jelas kelihatan. Caranya mudah sahaja. Campur madu dengan gula lalu gosok-gosokkan pada bibir agar sel-sel kulit mati terangkat.

TIMUN

IKLAN

Timun mempunyai kandungan air yang sangat tinggi. Ia dapat melembapkan bibir agar bibir kelihatan merah merona secara semula jadi. Rajin-rajinlah menggosokkan timun pada kulit bibir. Boleh juga simpan hirisan timun di dalam peti sejuk dan kemudian barulah sapu pada bibir. Sensasinya memang mengasyikkan.

MINYAK ZAITUN

Bukan sahaja baik untuk kulit rambut dan kulit wajah, minyak zaitun juga baik untuk memerahkan bibir. Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan vitamin K yang dapat memerahkan bibir secara semula jadi. Amalkan menyapu bibir dengan minyak zaitun setiap hari setiap pagi dan sebelum tidur.

AIR MAWAR

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa air mawar sangat banyak manfaatnya untuk perawatan kecantikan. Air mawar berfungsi sebagai pelembap bibir yang alami dan terbukti dapat memerahkan bibir jika diamalkan setiap hari.

IKLAN

 

DAUN PUDINA

Selain memberikan sensasi dingin pada bibir, daun pudina juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineral yang dapat memerahkan bibir secara alami. Caranya mudah sahaja. Haluskan beberapa helai daun pudina. Sapu pada bibir dan biarkan selama 15 minit lalu bilas dengan air bersih. Sejuk sahaja rasa bibir. Jika diamalkan setiap hari, bibir akan kelihatan merah dan segar.

DAUN LIDAH BUAYA

Lidah buaya sama seperti timun yang dapat memerahkan bibir secara alami. Caranya hanya  dengan menyapukan gel lidah buaya pada bibir. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air bersih. Bibir akan terasa lembut dan lembap. Sesuai juga untuk mengatasu masalah bibir kering.

MINYAK KELAPA

IKLAN

Minyak kelapa membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit bibir dengan cepat. Kulit bibir yang hitam dan lebam akan kelihatan merah semula jika disapu dengan minyak kelapa setiap hari. Kulit bibir pun nampak lembap dan apabila disapukan dengan lipstik, sapuan bibir akan jadi lebih kemas dan rata.

GULA PERANG

Antara sebab mengapa bibir kelihatan hitam dan kusam ialah kerana sel-sel kulit mati yang tidak disingkirkan pada kulit bibir. Sama seperti kulit wajah, bibir juga perlu di skrub. Caranya mudah sahaja. Gunakan gula sebagai medium skrub.

Campurkan gula kasar dengan sedikit air lalu gosokkan secara lembut pada kulit bibir. Tekstur gula akan mengangkat sel kulit mati pada bibir dengan lembut. Gosok lembut, jangan terlalu kasar sehingga boleh melukakan kulit bibir.

BUAH STRAWBERI

Selain enak dimakan, buah strawberi juga  boleh dijadikan  medium untuk perawatan kecantikan. Strawberi merupakan pemerah bibir yang kaya dengan kandungan vitamin C di dalamnya. Tidak hanya vitamin C, strawberi juga strawberi juga mengandungi antioksidan yang membuatkan warna strawberi kelihatan merah terang.

Kandungan antioksidan pada buah strawberi ini mampu menjadikan bibir kelihatan merah dan mungil. Caranya mudah sahaja, belah dua buah strawberi. Sapukan pada bibir dengan lembut. Biarkan selama 15 minit. Selepas itu bilas dengan air bersih. Jika diamalkan selalu, hasilnya bibir yang hitam, lebam dan kering akan kembali sihat.

Beginilah cara mudah yang boleh kita amalkan bagi mendapatkan bibir yang merah dan sihat. Selamat mencuba!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI