
Tidak kiralah samada berhijab atau tidak, penjagaan rambut itu perlulah dititikberatkan. Jangan jadikan tudung sebagai alasan untuk kita malas menjaganya kerana bila rambut sudah rosak pasti kita terasa menyesal pula.
Jika hijabi memiliki rambut yang panjang, bolehlah ikuti rutin penjagaan daripada Nazriq Nana ini. Memang lengkap segala rutinnya. Siapa kata lelaki tak mementingkan penjagaan dirikan?
Menetap di Jepun membuatkan keadaan rambutnya berubah-ubah mengikut keadaan cuaca di sana. Akui dahulunya suka mewarnakan rambut, dia kini tidak lagi mahu melakukannya kerana ia merosakkan rambut serta menjadikan hujung rambutnya bercabang.
Rutin penjagaan rambut yang pertama ialah syampu! Nazriq akan membasuh rambutnya dua hari sekali ataupun sehari sekali jika melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Dia juga mengamalkan penggunaan conditioner dan juga treatment. Amatlah penting untuk kita mencari yang terbaik untuk rambut kerana bukan semua produk sesuai dengan kita.
Guna pengering rambut dengan suhu yang sejuk membantu rambut untuk lebih cepat kering tanpa merosakkannya.
Dia juga mengamalkan ‘deep coconut oil mask’ sebulan sekali bagi membuatkan rambutnya terasa begitu sihat dan lembap!
Macam banyak yang perlu dilakukan bukan kalau nak rambut panjang yang cantik dan sihat? Memang nampak susah tapi kalau anda betul-betul mahukannya maka haruslah komited menjaganya. Tanamkan sikap kerajinan dalam diri untuk dapat rambut yang letop! Kalau tak pandai jaga, jadi Hantu Kak Limah lah nanti!
kredit: twitter @nazriqnana
Minyak Kelapa Boleh Mencerahkan Kulit Wajah? Ini 5 Kebaikan Buah Kelapa Kepada Kesihatan Kulit Anda!

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya kelapa memberi banyak khasiat kepada tubuh badan terutamanya kepada kulit!

Ha! Bukan sahaja sedap diminum, tetapi nutrisi yang terdapat dalam buah ini dapat memberikan kulit wajah yang mulus dan menawan! Kami kongsikan 5 kepentingan buah kelapa yang perlu anda tahu manfaatnya dalam merawat kulit wajah!

1. Merawat Jerawat

Air kelapa bukan sahaja baik untuk tubuh badan tetapi ia juga mempunyai banyak nutrisi untuk kecantikan kulit wajah seperti mineral dan vitamin C, B kompleks. Protein, karbohidrat dan rendah lemak. Sapukan air kelapa pada wajah pada waktu malam. Selitkan langkah ini dalam rutin penjagaan malam anda. Air kelapa merupakan salah satu cara untuk merawat jerawat dengan cepat.
Caranya – Sediakan satu gelas air kelapa kemudian campurkan dengan tiga sudu serbuk kunyit. Simpan dan biarkan selama semalaman dalam peti sejuk. Tapis air campuran dan sapukan pada keseluruhan wajah. Biarkan 20 minit kemudian bilas dengan air.
2. Anti –Penuaan

Kandungan asid lemak, sitokin atau asid laurik merupakan elemen penting dalam proses pertumbuhan sel kulit baru. Elemen ini berfungsi untuk menghalang terjadinya proses penuaan pada kulit. Selain itu antithrombotic dan anticarciogenic dapat menjaga dan menyeimbangkan kadar PH pada kulit.
3. Membersihkan Pori-Pori Kulit

Air kelapa mempunyai pelembap semula jadi dan zat untuk memutihkan kulit. Selain itu air kelapa juga dapat membersihkan pori-pori kulit akibat terkena debu udara yang kotor.
Caranya – Celupkan atau basahkan kapas wajah ke dalam air kelapa, kemudian sapukan pada wajah. Gunakannya untuk membersih wajah setiap hari.
4. Skrub Wajah

Skrub wajah yang mengandungi ampas kelapa terbukti sangat efektif untuk menangggalkan kotoran yang menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan kulit mati. Kulit akan terasa lembut dan kelihatan segar.
Caranya – Lumur ampas kelapa pada keseluruhan kulit. Kemudian gosok dengan pelahan dan biarkan beberapa minit. Akhir sekali bilas dengan air bersih.
5. Mencerahkan Kulit

Minyak kelapa juga dapat mencerahkan kulit wajah. Penggunaannya senang sahaja, oleskan sedikit minyak kelapa pada wajah lakukan rutin pada waktu malam. Biarkan ia kering seketika kemudian baru boleh tidur seperti biasa. Lihat perubahan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya. Cukup dengan lakukan dua kali seminggu, kulit akan kelihatan lebih cerah dari biasa.
Awas! Hindari menggunakan minyak kelapa pada waktu pagi atau petang kerana bila terkena kotoran ia akan mengakibatkan pori-pori tersumbat sehingga menyebabkan jerawat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Elak Beli Ubat Jerawat Atas Talian, Doktor Ini Kongsi Jenis Ubat Yang Kita Kena Ambil Tahu

Semua orang ingin kulit yang cantik dan gebu. Bila ada yang berkongsi di media sosial tentang sesuatu produk maka ramailah yang teruja untuk mencubanya. Selalunya produk yang menarik perhatian ialah rutin ialah produk penjagaan wajah bagi merawat kulit wajah berjerawat.
Lazimnya produk-produk sebegini akan jadi tular dan dikongsi ribuan kali. Masalah timbul apabila ada produk/ubat yang disyorkan itu mengandungi bahan terkawal yang mempunyai risiko kesan sampingan. Ia tidak sesuai untuk sesetengah pengguna, malah mendatangkan bahaya jika diambil tanpa pengetahuan dan pengawasan.

Jika mahu merawat kulit yang breakout seeloknya dapatkan nasihat daripada pihak doktor. Jangan terus beli sahaja produk-produk yang dikatakan mampu mengatasi masalah kulit breakout.
Mari kita lihat maklumat-maklumat penting yang tidak diberitahu tentang ubat-ubat jerawat yang biasa disyorkan oleh wargamaya.
—EX: contoh produk
—TX: rawatan
—RX: preskripsi
—SE: kesan sampingan
1. BENZOYL PEROXIDE 5-10%
Kandungan paling lazim dalam produk komersial. Ada dijual di kedai runcit, atas talian, dan farmasi.
— EX: Oxy10, Benzac, Neutrogena Rapid Clear.
— TX: jerawat tahap ringan dan sederhana.
— RX: tak perlu preskripsi doktor.
— SE: kulit merah, menggelupas dan alahan.
2. CLINDAMYCIN (SAPUAN)
Sejenis antibiotik topikal/kegunaan luar. Dijual di klinik dan farmasi sahaja. Boleh guna bersama tretinoin.
— EX: Dalacin T, T3 Mycin
— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk
— RX: tak perlu preskripsi doktor
— SE: loya, muntah, cirit-birit, alahan.

3. TRETINOIN/ADALAPENE (SAPUAN)
Ia adalah derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Disapu sekali sehari.
— EX: Retin-A, T3 Actin, Differin, T3 Ada Gel
— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk.
— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
— SE: kecacatan janin, fotosensitiviti, alahan.
4. ANTIBIOTIK ORAL (KAPSUL/TABLET)
Antibiotik makan juga boleh membantu. Dijual di klinik dan farmasi sahaja.
— EX: Docycline, Tetracyclin,
— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk
— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
— SE: bergantung kepada antibiotik yang diberi.

5. ISOTRETINOIN (KAPSUL)
Ia juga derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Di makan sekali sehari.
— EX: Accutane, Roaccutane, Acnotin
— TX: jerawat tahap teruk
— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
— SE: kecacatan janin, kering muka, kering mata, rekah bibir, fotosensitiviti, depression, alahan.
Jika dilihat senarai ubat untuk merawat jerawat ini, hanya Benzoyl Peroxide sahaja boleh dibenarkan dijual di mana-mana kedai, termasuk atas talian. Yang lain perlu dibeli di farmasi.
Ubat mengandungi retinoid ditegah pengambilannya oleh wanita hamil, menyusukan anak, atau wanita yang merancang untuk hamil. Retinoid hanya akan dimulakan setelah pemeriksaan kehamilan adalah negatif, dan setelah pengambilan bermula, pesakit perlu mencegah kehamilan.

Wargamaya ditegah membeli ubat rawatan jerawat yang dikategorikan sebagai ubat terkawal dalam Akta Racun 1952, melalui jualan atas talian. Selain itu, disarankan juga agar pembeli berhati-hati dengan ubat alami tetapi tidak berdaftar. Bimbang dicampur bahan terkawal(eg: steroid, tretinoin)
Jika ada masalah jerawat yang teruk, dapatkan khidmat nasihat doktor dan farmasi. Kalian akan diberitahu semua maklumat ubat yang diberi kepada kalian. Perlu tahu sebelum ambil. Utamakan kesihatan dan keselamatan, sebelum kecantikan! Semoga bermanfaat!
Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Top image: Canva
Bahaya Keluar Rumah Tak Pakai Sunblock! Wanita Ini Kongsi Sunblock Yang Best Di Drugstore

Banyak rakyat Malaysia yang masih kurang kesedaran mengenai betapa pentingnya penggunaan sunblock pada kulit kita. Eh, tak bolehlah macam tu. Kata nak kulit cantik!
Jika anda baru berjinak-jinak untuk mencuba sunblock dan keliru tak tahu mana satu yang terbaik untuk kulit, bolehlah ikuti cadangan yang disyorkan oleh beauty guru, Izzaty Jamal yang telah dikongsikan oleh lebih 5 ribu pengguna facebook ini.
S U N B L O C K / S U N S C R E E N ?
Sunblock ni salah satu skincare WAJIB untuk dipakai.
Nampak tak tulisan wajib tu semua huruf besar? Jangan cuba-cuba keluar rumah tanpa sunblock! You pakai skincare harga RM700 satu set tapi takda sunblock pun tak guna tau ?
Zaty akan share beberapa jenis sunblock yang ada kat drugstore.
Don’t forget to share & tag your BFF!
#BeautyTipsByIzzatyJamal
#YourFunnyBeautyGuru
Botol biru – lebih kepada moisturizing & hydrating.
Botol pink – sensitive skin.
Texture ringan! Pakai je terus meresap dalam muka. Tak berminyak tak melekit.
Korang kena beli ni, sebab sunblock kan kena reaplly setiap 4 jam sekali. So reapply je pakai ni.
Zaty beli ni color pink tu.
SUNBLOCK NI UTK ALL SKIN TYPE from NORMAL – OILY – COMBINATION – DRY.
RM36.80
Ni adik beradik kat atas. Tapi ni jenis cream.
Botol biru, moisturizing.
Botol putih, brightening.
Dua dua boleh guna for all skin type.
RM23
Korang kaki peluh kan? I would suggest this one. Tapi kalau jenis peluh lencun mcm baru lepas ladi marathon tu tak pasti la ok ke tak.
Lepas pakai terus meresap & dia akan bagi kesan matte kat muka. Kulit berminyak worry no more sbb sunblock ni tak liplap kan muka kau mcm disko.
Combination & oily skin pakai ni
RM26.20
Ni sesuai untuk normal & combination skin.
Kalau kulit jenis berminyak cepat peluh i tak suggest this one la.
Kang ko boleh buat sunblock goreng tepung kang.
RM28.80
Yang ni paling murah yang wujud kat drugstore.
Boleh guna kat muka & badan.
For all skin type.
RM14.80
Lighweight! Ringan gila. Sesuai untuk orang yang tak suka pakai sunblock melekit – lekit. Salah satu sunblock yang membekalkan hydration kat kulit muka.
Sesuai untuk Normal – Dry Skin
RM40
Ni pun sama mcm kat atas. Tapi yang ni untuk oily & combination skin.
Texture dia sangat ringan. I dah cuba try test tadi!
RM40
kredit: facebook Izzaty Jamal & instagram @izzatyjamal