Siapa yang tidak mahu memiliki kulit yang sihat berseri? Sungguhpun ia bukanlah perkara yang sukar untuk dimiliki namun tidak mustahil untuk anda mula mengamalkan beberapa rutin terbaik bagi memberi kebaikan kepada kulit anda.
Bagi mereka yang inginkan khasiat semula jadi dan gemar untuk mencuba, apa kata amalkan beberapa petua yang murah dan mudah ini bagi menjadikan kulit cerah di samping menyihatkan.
Yogurt
Ia mengandungi asid laktik yang bertujuan memutihkan. Ramuan berikut sesuai untuk semua jenis kulit. Caranya, gosok perlahan yogurt pada kulit wajah. Biar selama beberapa minit dan kemudian cuci dengan air suam. Lakukan sekali setiap hari selama beberapa minggu untuk melihat kesan ketara.
Oren
Bahan utama dalam produk penjagaan wajah adalah Vitamin C. Ia mencerah ton kulit selain menjadikan tekstur kulit lebih halus dan menganjalkannya.
Madu
Terkenal dengan kebolehannya mencerahkan wajah dan juga agen melembap. Kulit kering adalah sebab utama ketidaksamarataan warna kulit wajah. Madu juga punyai agen antibakteria yang membantu memudarkan kesan jerawat atau tompok gelap.
Lemon
Sama seperti oren, ia memiliki kandungan Vitamin C yang tinggi. Ia menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih baik. Lemon juga mempunyai kandungan antioksida yang tinggi, bagus untuk kompleksi kulit anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI