Sebagai seorang selebriti yang memiliki lebih 35.8 juta pengikut di laman Instagram, pastinya akaun tersebut menjadi nadi dalam menjalankan perniagaan dan juga menjadi sumber kepada pendapatan.
Namun begitu ini bukan menjadi alasan untuk wanita cantik ini sibuk dengan aplikasi media sosial tersebut. Laudya Cynthia Bella mengumunkan di laman Instagramnya yang dia akan menyerahkan segala urusan berkenaan media sosial tersebut kepada para pekerjanya yang akan menjadi admin sepanjang bulan Ramadan.
Tulisnya pada ruangan kapsyen, “InsyaAllah, sepanjang Ramadan Instagram say aini akan dikendalikan oleh admin kumpulan. Jumpa anda semua nanti ya. Selamat beribah teman-temanku.”
Ads
Keputusan yang dibuat ini mungkin berkait rapat dengan pilihan untuk lebih mendekatkan diri kepada agama. Sementelah dia juga menitipkan sepotong ayat hadis tentang keberkatan bulan suci ini yang berbunyi, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Ihtisab maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR Imam Al Bukhari dan Imam Muslim)
Perkongsian pelakon yang popular menerusi filem Syurga Yang Tak Dirindukan ini menuai ribuan ujian daripada rakan selebriti dan juga pengikut Instagramnya. Ramai yang mendoakan agar segala urusan yang dilakukan oleh bekas isteri Engku Emran ini dipermudahkan dan mendapat keberkatan.
Ads
Jika dilihat pada hantaran di Instagramnya, Laudya antara selebriti Indonesia yang sangat aktif menggunakan media sosial tersebut. Bukan sekadar memuat naik perkembangan terkini dirinya, wanita cantik ini juga banyak melakukan kolaborasi bersama produk seperti kecantikan, fesyen dan banyak lagi.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berubah ke arah kebaikan sememangnya satu tindakan yang sangat terpuji. Tidak kiralah siapa kita di masa lalu, yang pentingnya ialah siapa kita di masa akan datang.
Tekad menjadi insan yang lebih baik, Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta kini mahu membaiki penampilannya sebagai seorang muslimah dan kini beliau lebih gemar mengenakan jubah atau baju kurung longgar.
Akui Che Ta, sejak awal tahun ini dia dalam usaha bagi mengubah penampilannya kea rah patuh syariah dan mahu menutup aurat dengan sempurna. Beliau juga akui mula rasa malu apabila memakai pakaian yang menampakkan bentuk badannya.
“Semenjak awal tahun ini sebenarnya saya sudah mula mengubah kepada fesyen yang lebih patuh syariah dalam usaha menutup aurat dengan sempurna dengan mengenakan pakaian yang longgar.
“Saya tidak mahu sekadar ‘balut’ aurat tapi sebenarnya tidak sempurna malah dosanya sama sahaja dengan tidak menutup aurat.
“Alhamdulillah perlahan-lahan saya cuba ubah ke arah lebih baik dan paling penting istiqamah dalam melakukan sesuatu,” jelasnya kepada mStar Online.
Walaupun pada awalnya beliau merasakan sukar untuk ikhlas, namun kerana sedar bahawa menutup aurat dengan sempurna itu adalah satu kewajipan, lama-kelamaan perasaan ikhlas itu datang dengan sendirinya. Beliau juga akan menjual pakaian lama yang dirasakan sudah tidak sesuai lagi untuk dipakai.
Jelas Che Ta, perasaan untuk berubah itu bukan datang secara tiba-tiba tetapi merupakan hasil daripada mempelajari tentang agama selain didorong oleh adik-beradik lain yang menutup aurat dengan sempurna.
“Paling penting kita sedia untuk belajar dan betulkan kesilapan diri. Alhamdulillah, adik-beradik lain selalu juga tegur kalau kita ada buat silap dan betulkan,” kata isteri kepada Zain Saidin ini.
Siapa yang tak kenal pasangan suami isteri Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Pasangan ini cukup popular di media sosial lebih-lebih dengan kehadiran anak mereka Yusuf Iskandar yang menjadi pengikat cinta mereka yang dimeterai setahun yang lalu. Boleh dikatakan Hairul dan Hanis dilabel sebagai ‘loving couple’ kerana sering dilihat menghabiskan masa bersama-sama dan terbaru ke Pulau Maldives.
Bukan calang-calang orang boleh pergi ke situ kerana pastinya memerlukan bajet yang tinggi. Tetapi jika diizinkan dan diberikan rezeki oleh-Nya, segala urusan akan permudahkan. Kedua-duanya kita tahu bekerja keras untuk mencapai apa yang mereka inginkan dalam hidup. Kata orang kejayaan tidak datang bergolek.
Begitu juga bagi Hairul dan Hanis, bukan mudah bagi keduanya melalui detik bahagia ini. Menurut Hairul dia tak akan lupa tarikh 9/10/90 lalu kerana tarikh hantaran dan juga ulang tahun kelahiran isterinya. Dia mengungkap rasa sayang yang tak berbelah bagi pada Hanis yang setia bersamanya yang ketika itu hanya pakai Iswara.
A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on
“Terima kasih sebab jaga makan diet saya, terima kasih jadi ibu yang baik untuk Yusuf, nak tulis panjang-panjang malu. Selamat hari lahir my love”.
So sweet ucapan yang diberikan buat Hairul pada isterinya itu. Menurut Hairul dia bukan lahir dari kalangan orang senang. Malah pernah berpengalaman menjadi budak rempit sebelum dipertemukan jodoh dengan Hanis Zalikha. Ternyata wanita ini banyak mengubah kehidupannya seperti apa yang dikecapi sekarang.
Menurutnya, walaupun bergelar budak rempit dulu, tetapi dia punya cita-cita besar dalam hidup. Segalanya tidak akan datang bergolek tanpa berusaha. Sebelum berkahwin lagi kehidupannya sudah berbah sejak menjuarai pertandingan Fear Factor sebelum itu dan telah membuka matanya.
Dengan wang hasil kemenangan, Hairul gunakan untuk memulakan perniagaan bersama Hanis dan berkat usaha serta doa segala urusan dipermudahkan.
Hairul turut memberitahu, isterinya adalah tulang belakang kepada kejayaannya hari ini kerana pengetahuan Hanis dalam selok belok bidang perniagaan memudahkannya membuat keputusan tepat.
Perniagaan pertama yang dibangunkan bersama Hanis dan ketika itu dia memang tiada ilmu juga pengalaman. Tetapi Hanis telah membantunya memandangkan dia mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan. Keduanya bermula dari bawah hingga ke tahap sekarang. Alhamdulillah rezeki mereka berdua semakin murah dan setelah mempunyai anak, makin bertambah.
Jadi, tidak hairanlah betapa Hairul begitu menghargai isteri tercintanya ini. Hanis merupakan penyokong tegar Hairul dan akan terus kukuh berdiri di sebelah melalui pelbagai lagi rintangan.
Dahulunya dia pernah ada rasa benci terhadap agama Islam tanpa sebab yang kukuh. Dia juga sering tertanya-tanya mengapakah dalam Islam dibenarkan bagi seorang lelaki untuk mengahwini empat orang isteri.
Namun, segalanya berubah bagi Nur Jacyntha Florentius,25, selepas dia mula memasuki alam universiti pada tahun 2013. Menyaksikan rakan serumahnya yang mengamalkan ajaran Islam membuatkan dirinya semakin berminat untuk mempelajari agama tersebut.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.