Ramai di kalangan wanita asia yang memiliki bentuk mata hooded. Hooded atau biasanya disebut sebagai hooded eyelid adalah bentuk mata yang memiliki lipatan mata, namun tidak terlalu terlihat jelas atau tenggelam ketika membuka mata.

Bak kata orang, mata jenis begini memang nampak unik. Namun, jika sesekali ada mahu serlahkan bahagian tersebut dan menjadikannya double eyelid, anda bolehlah menggunakan stiker mata. Eh! Apa tu?

Stiker mata ataupun lebih sinonim dipanggil eyelid tape digunakan bertujuan bagi memberikan lekukan berganda pada bahagian kelopak mata.

Berkongsi bersama Hijabista, jurusolek tersohor iaitu Ayang Kamell telah menunjukkan caranya menggunakan stiker mata. Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu menampalkannya di bahagian kelopak mata yang anda inginkan.

IKLAN

Cabut stiker tersebut daripada pelekat menggunakan pengepit. Kemudian, semburkan air ke arah stiker tersebut sebelum menampalnya. Trik rahsia untuk anda, tampalkannya jauh sedikit ke bahagian atas agar efeknya lebih terserlah.

IKLAN

Nampak berbezakan? Selepas itu, anda bolehlah menggunakan maskara pula agar solekan bahagian mata nampak lebih menonjol.

IKLAN

Perbezaan bahagian mata kiri (sebelum) dan kanan (selepas)

Inilah trik rahsia solekan mata sebenarnya yang perlu anda tahu. Kalau dipraktikkan selalu, pasti hasilnya akan menjadi semakin natural dari hari ke hari. Agak-agak apa lagi trik solekan yang anda mahu tahu selepas ini?

Nak tutorial penuh? Tonton saja video di bawah ini!

https://www.youtube.com/watch?v=3kO7TQcN4a4

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI