Tak Kenal Erti Putus Asa, Umie Aida Bangga Lihat Anak Berjaya Genggam Ijazah

Share

Ibu mana yang tidak bangga apabila melihat anaknya berjaya menggenggam segulung ijazah. Segala usaha dan penat lelah hilang begitu sahaja apabila dapat menyaksikan kejayaan yang diraih oleh anak tercinta.

Begitulah yang dirasakan oleh aktres terkenal iaitu Datin Seri Umie Aida apabila hadir ke majlis konvokesyen anak angkatnya yang telah dijaga sejak kecil iaitu Mohd Dzulhilmi,25.

Luah Umie di laman Instagramnya, dia begitu bangga melihat semangat anak lelakinya itu yang tidak pernah putus asa dalam mencipta kejayaan.

Disamping itu, ramai rakan di sosial medianya yang turut memberikan ucapan tahniah buatnya serta anak di atas kejayaan yang dilakar.



Selain Mohd Dzulhilmi, Umie mempunyai dua orang lagi anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Nur Aisya, 5 bulan.

IKLAN