‘Syurga Ita Dah Takde Mak’- Ibu Anita Baharom Meninggal Dunia

Share

Pelakon drama Keluarga Iskandar, Anita Baharom berkongsi khabar duka apabila ibunya yang tercinta, Wirmah Pawanchee meninggal dunia pada 6 Mei yang lalu.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Mak Ita dah tak de. Makkkkkk
“Syurga Ita dah tak dak Mak. Semoga Mak bahagia tenang di alam sana.. Ita sayang Mak dunia akhirat.
“Kita jumpa di sana ya Mak. Semoga Mak dapat jumpa abah dan Ismadi. Kami rindu Mak. Al fatihah,” coretnya di laman Instagram.
Menurutnya, jenazah dikebumikan di Taman Orkid Fasa 4 Sungai Petani, Kedah. Anita bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian arwah ibunya itu.
Menerusi ruangan komen, ramai warganet termasuklah rakan artis yang memberikan ucapan takziah serta doa buatnya agar terus kuat meneruskan hidup.
“Allahuakbar.. Semoga kuat ya. Semoga dipermudahkan segalanya. Semoga arwah mak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Hugs.
“Innalillah…. moga Allah mengampunkan semua dosa-dosanya.
“Inalillahiwainailahirajiun… Besar dugaan ita. Ita kuat k. Takziah ita, abg zul and family,” antara komen warganet di laman Instagram.

Terdahulu, Anita telah kehilangannya suaminya Ismadi Ismail,50, pada 1 Januari lalu di kediamannya di Shah Alam, Selangor.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

IKLAN