Pelakon drama Keluarga Iskandar, Anita Baharom berkongsi khabar duka apabila ibunya yang tercinta, Wirmah Pawanchee meninggal dunia pada 6 Mei yang lalu.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Mak Ita dah tak de. Makkkkkk
“Syurga Ita dah tak dak Mak. Semoga Mak bahagia tenang di alam sana.. Ita sayang Mak dunia akhirat.
“Kita jumpa di sana ya Mak. Semoga Mak dapat jumpa abah dan Ismadi. Kami rindu Mak. Al fatihah,” coretnya di laman Instagram.
Menurutnya, jenazah dikebumikan di Taman Orkid Fasa 4 Sungai Petani, Kedah. Anita bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian arwah ibunya itu.
Menerusi ruangan komen, ramai warganet termasuklah rakan artis yang memberikan ucapan takziah serta doa buatnya agar terus kuat meneruskan hidup.
“Allahuakbar.. Semoga kuat ya. Semoga dipermudahkan segalanya. Semoga arwah mak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Hugs.
“Innalillah…. moga Allah mengampunkan semua dosa-dosanya.
“Inalillahiwainailahirajiun… Besar dugaan ita. Ita kuat k. Takziah ita, abg zul and family,” antara komen warganet di laman Instagram.
Personaliti media sosial kelahiran Medan, Sumatera Utara Elisabeth Clara Shinta Aritonang atau Clara Shinta bukan sahaja terkenal dengan content inspirasinya di TikTok dan Instagram bahkan personalitinya yang merendah diri.
Lulusan ijazah undang-undang ini turut bergelar usahawan di mana dia terlibat dalam aktiviti mengeksport ikan. Perniagaannya berkembang sehingga ke Filipina dan Amerika Syarikat.
Clara Shinta berjaya membuktikan wanita mampu berjaya dalam pelbagai bidang.
Di tengah kesibukannya sebagai usahawan dan content creator, Clara Shinta tetap memancarkan pesonanya menerusi gaya tudung dan solekan yang sentiasa memukau.
Berikut inspirasi gaya tudung dan solekan Clara Shinta yang boleh menjadi inspirasi para hijabi untuk tampil lebih yakin.
Selendang Hitam & Solekan Elegan
Clara Shinta sering berkongsi foto aktiviti sehariannya di Instagram. Dalam salah satu perkongsiannya, Clara Shinta kelihatan menarik dengan selendang hitam labuh digabungkan dengan outfit bernuansa silver.
Solekan sempurnanya menyerlahkan lagi kecantikan semula jadi Clara Shinta. Bagi melengkapkan penampilan, Clara Shinta memakai beg sandang.
Tudung Bawal & Pembayang Mata Berkilauan
Penampilan Clara Shinta ini cukup menarik dengan tudung bawal berwarna cerah. Sentuhan pembayang mata memberikan kesan kilauan yang sempurna pada solekannya.
Outfit dengan tudung bawal yang ringkas, Clara Shinta kelihatan memukau dalam foto yang dikongsinya. Solekan glowing menyempurnakan lagi penampilan Clara Shinta.
Solekan flashproof yang digunakan membuatkan wajahnya kelihatan flawless.
Tudung & Solekan Glowing Raih Pujian
Kapsyen berbunyi “Semakin ikhlas, semakin tenang” membuatkan ramai pengikut memuji Clara Shinta.
Mereka menyifatkan penampilannya sangat cool dan menenangkan.
Anggun Dalam Setiap Gaya Tudung Ketika OOTD
Bentuk wajah Clara Shinta membuatkan dia sentiasa kelihatan sesuai untuk pelbagai gaya tudung.
Gaya tudungnya yang ringkas digabungkan dengan solekan lembut mencipta kesan elegan.
Dipuji Irish Bella
Penampilan Clara Shinta yang memakai outfit berwarna silver meraih perhatian selebriti terkenal Irish Bella yang memberi komen, “Memang cantik”
Clara kelihatan begitu berseri dengan solekan berkilau yang menyerlahkan raut wajahnya yang ‘sempurna’.
Biarpun tampil dengan gaya tudung dan solekan natural tetapi Clara masih kelihatan glamor sehinggakan ramai yang terpegun dengan penampilannya.
Terbaharu, tular di laman TikTok sebuah video memaparkan seorang remaja perempuan yang memiliki dan membawa tumbler jenama kopi terkemuka berharga RM 1,800 ke sekolah.
Malah, tindakan remaja ini yang menjadikan video berkenaan sebagai kandungan laman TikToknya telah mengundang pelbagai kecaman dan kritikan hebat daripada netizen.
“Bawa tumbler RM2.50 ke sekolah, tidak. Bawa tumbler RM1,800 ke sekolah, ya,” tulisnya pada hantaran video berdurasi berkenaan.
“Mula-mula air rasa sedap bila minum dengan tumbler ni. Akhirnya baru rasa menyesal pula beli mahal-mahal, satu botol sahaja. Macam kena beli lagi je,” tulis Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamam atau Piya pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja menyedari hantaran video itu menerima respon negatif (backfire) hingga dikecam oleh warganet serta menimbulkan rasa kurang senang orang ramai, Piya telah tampil untuk menjernihkan semula keadaan.
Menurut Piya, Tumbler berkenaan diperolehinya dari hasil jual beli menggunakan khidmat pembeli peribadi (personal shopper) dan sememangnya ia berharga RM1,800 dan dibeli menggunakan hasil titik peluh dirinya yang mengambil alih perniagaan milik ibunya sejak berusia 14 tahun lagi.
“Tumbler tu memang harga RM1,800 sebab edisi 2021, tapi Piya baru beli tahun 2023 dengan seorang personal shopper. Masa tu hanya ada lima buah sahaja tumbler sama yang dijual di Starbucks.
“Lagipun guna duit sendiri hasil perniagaan, tak pernah minta duit daripada mummy atau papa untuk beli,” jelas Piya.
Tambahnya lagi, kedua ibu bapanya sedia maklum akan minatnya yang gemar berbelanja barangan mewah dan tidak pernah menghalang dirinha untuk membeli barangan mahal kerana ianya merupakan perkara yang biasa dilakukan.
Bukan sahaja mampu memiliki Tumbler dengan harga yang mahal, Piya turut mendedahkan bahawa duit hasil titik peluh perniagaannya itu jugalah yang membuatkan dirimya mampu membawa keluarganya menunaikan umrah bersama-sama, menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.
“Piya ada bagitahu parents, tapi mummy dan papa okay sahaja sebab dah biasa beli barang-barang mahal. Ini bukan kali pertama beli barang dengan harga macam tu.
“Dah lama Piya teringin nak pergi Makkah dan Alhamdulillah selepas ambil alih bisnes mummy tak sangka pula pada umur 14 tahun dah boleh bawa keluarga tunai umrah sama-sama.
“Balik dari Makkah, Alhamdulillah perniagaan semakin baik. Masa tu jugalah ternampak pembeli peribadi dalam TikTok promosikan gelas tu. Tanpa fikir panjang, saya mesej dia tanya harga dan terus beli sebab ada pendapatan sendiri,” terangnya.
Ketika ditanya berhubung apakah perasaan Piya ketika menerima kecaman sedemikian rupa dari wargamaya, Piya akui dirinya terkejut dan tidak menyangka kandungan TikTok yang dibuat sekadar ‘suka-suka’ itu menjadi tular.
Piya menegaskan bahawa, dia hanya mahu berkongsi kegembiraan apabila dapat memiliki barangan yang diimpikan dan tidak bertujuan untuk riak, apatah lagi menyangka ia akan menjadi sesuatu yang serius.
“Terkejut juga sebab buat tu hanya suka-suka sahaja. Selalunya muat naik posting berniaga sahaja. Waktu itu tak ada bahan yang nak kaitkan dengan perniagaan, jadi muat naik video tumbler tu.
“Piya tak bermaksud nak riak pun sebab hanya untuk konten sahaja. Tak sangka ramai netizen anggap benda itu serius. Saya nak ucap terima kasih kepada yang kecam sebab tanpa mereka, video Piya pun tak mungkin akan viral,” jelasnya lagi.
Sekadar info, kedai kopi popular Starbucks sememangnya terkenal dengan keluaran pelbagai jenis tumbler mengikut musim.
Tumblernya yang biasa dijual dalam edisi tertentu dengan coraknya yang menarik membuatkan peminat kopi Starbucks ingin membelinya walaupun harganya mencecah ratusan mahupun ribuan ringgit.
Shopping dan wanita memang tidak dapat dipisahkan! Apatah lagi bila tiba jualan murah, pasti ramai yang memborong segala barang yang diinginkan. Tetapi, tahukah anda sebenarnya ada cara untuk berjimat tau waktu membeli-belah. Eh, bagaimana tu?
Di Twitter, akaun @magicbrushes_ telah berkongsikan cara dan tips nak berjimat waktu online shopping. Wow, menarik ni!
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.