“Syukur Pada Allah Dah Bebas Dari Kanser” – Lelaki Ini Kongsi Tip Sihat Kecutkan Tumor Dalam Telinga

Share

Allah menguji hamba-Nya dalam pelbagai cara untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan seseorang itu. Dan Allah jualah yang berkuasa untuk menyembuhkan sesuatu itu. Seperti perkongsian lelaki ini di twitter Amirul Ashraf yang tidak menyangka akan sembuh dari penyakit yang dideritainya selama ini. Dia mengucapkan rasa syukur kerana telah bebas dari penyakit Neuroma Akustik.

Neuroma Akustik atau Vestibular Schwannoma merupakan ketumbuhan benigna yang membesar daripada sel-sel Schwann yang meliputi vestibular, saraf pendengaran (kelapan). Ia sering membesar bermula di terusan pendengaran tempurung kepala (yang terlepak di saraf kelapan) dan kemudiannya mengembang ke dalam untuk menekan otak.

Kredit foto: Pinterest

Dalam tulisannya di twitter, Amirul memberitahu cara pemakanannya dengan minum air putih dan mengambil sayur-sayuran salah satu sebab dia boleh bebas dari penyakit berkenaan, selain dari berdoa pada Tuhan.

Kepada orang di luar sana, jangan putus asa. Tanda Allah sayang dan beri terbaik untuk kita.

Doktor beritahu tumor sudah kecut dan cadang buat pembedahan dengan cepat.

Rahsianya ambil makanan yang natual. Minum air putih setiap hari, sehari 12 kali. Tak makan 3 jam sebelum tidur dan banyak makan ubi, lobak dan turut bersenam.

Tak tahu macam mana penyakit ini hilang. Yakin dengan Allah kerana Dia yang berkuasa.

Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan. Dan semoga Allah membalas baik segala kebaikan.

Inilah pemberian Allah paling terindah dalam hidup. Untuk terus bersujud dan tak lalai lakukan ibadah.

Ramai yang turut mendoakan dirinya.

IKLAN